L: ambil posisi masing-masing. Kita lancarkan serangan.
Semua: Baik!!!
Terdapat banyak raksasa, titan dan juga makhluk asing datang menyerang perkarangan sekolah kami. 1 demi 1 cikgu kami ditumpaskan.
*1 jam sebelum plan serangan L*
Bahagian kuarters guru adalah bahagian paling hujung dan jauh dari blok sekolah. Sekolah kami dikelilingi oleh tembok besar setinggi 50m. Biyomon dan Chopper masih tidur kerana masih awal pagi. Tiba-tiba, kedengaran tembok sekolah dipecahkan. Rumah Korosensei adalah yang terhampir dengan tembok sekolah. Biyomon dan Chopper tersedar dan melihat ke luar tingkap. Segerombolan makhluk asing, raksasa, dan titan meluru masuk ke perkarangan sekolah!
Biyomon: macam mana ni? kita diserang!
Chopper: kita tunggu dulu. kita tak mampu nak lawan mereka.
Rumah Korosensei dipecah masuk, Biyomon dan Chopper bersembunyi di bilik atas. Titan memecahkan bahagian atas rumah Korosensei. Biyomon mulai panik.
Chopper: Biyomon! dapatkan bantuan! saya cuba bertahan untuk lawan titan ni.
Biyomon: ta.. tapi.. takkan saya nak tinggalkan awak sorang!!!
Chopper: pergi!!!
Chopper menelan sebiji ubat istimewa dan bertukar menjadi rusa gergasi, malangnya dia tidak dapat mengawal diri! Biyomon meluru ke arah blok sekolah tanpa disedari musuh.
Tsunade menyedari terdapat serangan di bahagian belakang sekolah. Terus dia memanggil setiap cikgu yang mempunyai kekuatan khas untuk berlawan. Malangnya King tidak mahu terlibat dan berlalu ke tempat lain.
Tsunade: KING, AWAK DIPECAT!!!
King: saya tak kisah sebab perlawanan ini bukan perlawanan saya.
King meninggalkan cikgu-cikgu lain. Kini yang tinggal adalah Tsunade, Korosensei dan Vegeta. Tsunade mengambil posisi di bahagian belakang sebagai healer, Korosensei menggunakan kelajuannya untuk melawan semua musuh dan Vegeta pula bertukar menjadi super saiya dan membelasah setiap musuh di hadapannya. Apabila mempunyai peluang, Tsunade menggunakan Taijutsu menumpaskan titan dengan 1 tumbukan.
Makhluk asing: Lord Friza, adakah perlu saya lepaskan makhluk asing yang lain?
Golden Friza: tak perlu. Kita bagi mereka panaskan badan dahulu.
Raksasa dan titan makin mengganas, tetapi terdapat 1 titan yang amat berlainan. Ia berbulu dan kelihatan seperti bigfoot. Itu Zeke! Ia mempunyai kelebihan untuk mengarah titan dan aturkan serangan.
Zeke: haih.. senang sgt2 lawan korang ni. Ingat 10 tahun korang makin kuat. tapi lemah.
Korosensei: pertarungan belum berakhir!
Korosensei memecut laju ke arah Zeke tetapi dia ditembak tepat oleh askar Zeke dari kaum Marley. Askar tersebut adalah Reiner Braun.
Reiner: humph. ingat kuat sangat. tapi kena tembak peluru getah pun dah cair.
Korosensei merupakan manusia yang menjadi bahan eksperimen untuk menghasilkan super weapon. Dia mempunyai kekuatan yang dahsyat tetapi kelemahannya ada peluru getah. Musuh tahu akan kelemahan ini dan bercadang untuk tumpaskan Korosensei terlebih dahulu.
Dalam masa yang sama Tsunade tercedera, namun kecedaraannya boleh dipulihkan menggunakan tenaga chakra.
Tsunade: raksasa ni semua merimaskan, mereka tahu aku di posisi healer dan cuba target aku. Korosensei pulak mengalami kesukaran dengan askar titan. Hanya Vegeta sahaja masih bertahan.
Tsunade menggunakan tenaganya dan memulihkan Korosensei. Sebelum sempat dia habiskan pemulihan muncul lipan gergasi dari bawah tanah menyerang mereka berdua!
Vegeta: Tsunade! Korosensei!
Mereka berdua cedera parah, Vegeta terbang ke lipan tersebut dan melepaskan Kamehameha. Lipan tersebut dimusnahkan, tetapi terdapat banyak lagi musuh di sekelilingnya.
Vegeta: tak boleh jadi ni. Depa berdua dh cedera parah. aku terpaksa gunakannya jugak.
Vegeta bertukar menjadi Super Saiyan 3 kekuatannya meningkat dengan mendadak. tumbukan demi tumbukan dilepaskan ke atas musuh.
Golden Friza: menarik dia ni. Lepaskan separuh askar kita.
Makhluk asing: baik tuan.
Vegeta menuju ke askar Marley dan menghancurkan bala tentera tersebut. Reiner tiada pilihan selain bertukar menjadi Armoured Titan. Dia menahan serangan Vegeta, sebabkan badannya dipenuhi perisai dia tidak dapat bergerak pantas. Vegeta memecahkan perisai titan tersebut. Zeke mulai panik dan arahkan semua titan untuk menyerang. Kesemua titan menyerbu Vegeta tetapi, kekuatan Vegeta tak dapat ditandingi oleh titan yang lemah.
Vegeta melepaskan kamehameha utk kali kedua dan ia membunuh semua titan yang mengepungnya. Sedang Vegeta fokus dalam perlawanan seekor lagi lipan gergasi muncul dari bawahnya kali ini lebih besar, membelit Vegeta. Makhluk asing Friza mula menyerang.
Tsunade bangun dari pengsan dan menyambung rawatan ke atas korosensei. Korosensei akhirnya pulih dan membantu Vegeta. Dia tidak dapat mendekati Vegeta akibat terlalu ramai makhluk asing dan raksasa melindungi lipan gergasi tersebut. Makhluk asing menggunakan pedang getah khas untuk memotong sesungut Korosensei menyebabkan pergerakannya lebih lambat dari sebelumnya.
Vegeta cuba meloloskan diri dari Lipan Gergasi itu dan menggunakan lagi kuasanya untuk memecahkan perisai di lipan tersebut. Tsunade melihat peluang tersebut dan melepaskan 1 lagi tumbukan padu ke lipan tersebut. Lipan tersebut berkecai dan Vegeta dapat melepaskan diri. Friza melangkah ke medan perlawanan dan mencabar Vegeta.
Friza: lawan kau sekarang adalah aku vegeta.
Vegeta: tch. si pendek ni mai balik buat kacau. Aku akan kalahkan gang sebagaimana Goku buat kat hang dulu!
Vegeta dan Friza berlawan sengit di angkasa. Vegeta hampir mengalahkan Friza akan tetapi badan Vegeta tiba-tiba kaku dan tidak boleh bergerak. Rupa-rupanya terdapat seorang psikik yang menggunakan kuasanya terhadap Vegeta. Friza menghentam Vegeta dengan kuat dan bertubi-tubi. Akhirnya Vegeta jatuh terhempas ke bumi.
bersambung...
YOU ARE READING
Petualang Dimensi (Anime Crossover)
FantasyCerita ini sesuai untuk yang layan anime One Piece, DBZ, FMA, AOT, Death Note, Naruto & One Punch Man. Sebuah karya fanfic mencampur adukkan semua watak. Kalau tanya kenapa anime ni je yang ada? Sebab ni antara anime/manga yang aku minat. Enjoy!!! o...