Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.
"Ayah, ibu saya akan berkahwin."
"Tahniah atas perkahwinannya!"
Bai Luo Yin tersentak dari tidur, telinga dan lehernya basah dipenuhi keringat. Cuaca musim panas yang belum lagi berakhir membuatkan dia sering kali terjaga akibat kepanasan pada setiap hari.
Tangannya dilurutkan ke atas kulit dan telapak tangannya dipenuhi peluh. Waktu itu masih lagi pagi tetapi dirasakan dirinya sudah pun terbakar.
Sambil menyeret kedua-dua selipar, dia menuju ke paip dan membenamkan kepalanya di bawah paip itu. Membiarkan air yang dingin mengalir ke seluruh kepala dan leher. Setidak-tidaknya ia mampu melegakan sedikit perasaan hatinya.
Ayah Bai Luo Yin, Bai Han Qi sedang menyapu di halaman rumah. Lelaki yang setinggi 1.85m itu hanya duduk di rumah untuk menguruskan kerja sehariannya.
Mungkin akan lebih baik jika dia betul-betul boleh menguruskan kerja tersebut, tetapi sebaliknya dia hanya mengucar-kacirkan keadaan.
Barangkali itulah sebabnya Bai Luo Yin memanggil ayahnya itu sebagai seorang yang perosak pemandangan.
Bai Luo Yin meneguk segelas air lalu meludahnya kembali. Kepala paip itu dipulasnya, menunggu air keluar untuk membasuh mulutnya yang dipenuhi buih-buih ubat gigi.
Tetapi, paras air di lembangan hanya naik separuh, mungkin ia tersumbat lagi.
Beberapa minit kemudian, selepas mengail sehelai kain buruk menggunakan ranting, air mula mengalir turun melalui sistem saliran.
"Ayah, ayah buang seluar dalam saya ke dalam longkang lagi." Bai Han Qi yang sedang sibuk menyapu tiba-tiba berhenti sejurus mendengar kata-kata anaknya itu.
Penyapu yang dipegangnya dilemparkan ke tepi, lalu dia menuju ke ampaian.
Satu.. Dua.. Tiga..
Tidak kira berapa kali dia menghitung, kelihatannya sepasang seluar dalam telah hilang.
Sah! Ia mesti terjatuh ketika dia sedang membasuh dan ia mungkin berpusar ke dalam longkang bersama air sabun.
"Hei! Janganlah buang. Kalau kamu basuh ni boleh pakai lagi" Bai Luo Yin sebetulnya dapat merasakan asap dingin yang keluar melalui hidungnya. "Buang sajalah. Kalau ayah nak, ayahlah yang pakai."
•••
Bai Luo Yin keluar melalui pintu hadapan rumahnya, berjalan melepasi sebuah lorong kecil lalu dia bertemu Yang Meng yang kebetulan baru sahaja meninggalkan rumahnya.
Yang Meng mempunyai nama yang berbeza daripada orang lain. Ketika ayahnya masih muda, dia telah menjadi jalang yang terkenal di kampungnya, terkenal dengan sifatnya yang lemah-lembut, sehinggakan kelembutannya mengalahi kebanyakan wanita.
Malangnya pada ketika itu, kepercayaan penduduk kampung terhadap dirinya yang keras kepala amat dikesali kerana ternyata sifatnya yang dulu tidak menyerupai sifatnya yang sekarang.
Akhirnya, demi meneruskan keturunan keluarga, ayah Yang Meng memaksa dirinya untuk mendapatkan seorang isteri. Dan ketika Yang Meng lahir, dia meletakkan harapan tinggi kepada anak lelakinya itu. Lalu diletakkan nama anak itu dengan nama 'Meng'.
(T/N: 'meng/猛' dalam Bahasa Cina bermaksud 'bengis/garang')
Namun, harapan ayahnya hanya sia-sia.
Cara hidup Yang Meng ternyata mengikuti cara hidupnya yang dulu.
Sementara kanak-kanak lain menghabiskan masa mereka dengan bermain di dalam lumpur atau memanjat pokok, tetapi dia hanya menyembunyikan dirinya di rumah.
YOU ARE READING
Are You Addicted? (Bahasa Melayu) - New Update
Teen FictionNovel Asal: 你丫上瘾了? (Are You Addicted) Pengarang Asal: Chai Jidan Bahasa Asal: Cina Terjemahan Ke Bahasa Inggeris: Just BL Things Luo Yin: Kau sakit! Gu Hai: Ya, aku sakit. Luo Yin: Makanlah ubat! Gu Hai: Kaulah ubat aku. Sesetengah orang itu ibarat...