26.Mencuba Lagi

877 99 15
                                    

year later>>

Semuanya terus menerus hancur seiring berjalannya masa.Semua bagaikan dah hancur tak bersisa.Mungkin ada yang bersisa.

Rasa sakit.

Mungkin hanya itu yang bersisa hingga sekarang.Rasa sakit sebab perginya Halilintar dan Gempa.Semua betul2 terasa sakit.

Lebih2 lagi untuk Taufan.Sekarang dialah yang tanggung semua beban.Dialah satu-satunya yang uruskan segala perkara kat dalam rumah dan segala perkara yang berkaitan dengan adik-adiknya.

Taufan sekarang dah pindah university.Dia kuliah kat tempat tinggalnya--Pulau Rintis.Dia taknak ambil university yang jauh2 agar tetap boleh pantau adik-adiknya.

Entah seberapa berat beban yang Taufan tangung selepas perginya Halilintar dan Gempa.Mungkin hanya Allah sahaja yang tau betapa penat dan menderitanya lelaki berumur 19 tahun tu.

Nak macam mana pun,Taufan hanyalah remaja biasa yang perlukan support untuk masa sekarang.Dia perlukan sandaran untuk berehat.

Tapi dunia tatap paksa dia untuk bangun dan berdiri tegar.Dunia paksa dia untuk jadi kuat dan dewasa demi adik-adiknya.Ditinggal oleh kedua orang tuanya masa masih kecil mesti berat untuk budak manapun.

Tapi,Taufan tak pernah merungut.Satu yang dia percaya,

“Allah dah bagi jalan, tinggal kita ikut je.Tak payah risau”

Halilintar? Dia masih sama.Takde yang berubah sama sekali.Tetap dingin dan tertutup.Dan satu lagi yang tak boleh terlupa dari Halilintar,hatinya masih keras.

Kadang,Halilintar tak faham dengan takdir.Takdir betul2 dah hancurkan segalanya.Bahkan hal yang dah Halilintar rancang dengan begitu rapih sekali, kini dah hancur.

Dia seringkali lampiaskan amarah dan emosinya dengan lukai diri sendiri.Banyak yang dia dah buat.Tak habis kalau nak ceritakan satu persatu.

Dia masih tak boleh maafkan Gempa.Hatinya masih terlalu sakit masa ingat kejadian hari tu.Egonya masih memaksanya untuk tak balik meskipun hati nuraninya menjerit dan mengemis untuk balik dan perbaiki semuanya.

Tapi,sayang.Kini,hati Halilintar dah membeku,

dingin dan keras.

Berbeza dengan Halilintar,terkadang Gempa ada rasa menyesal.Dia rasa menyesal dah tinggalkan adik-adiknya dan turuti emosinya.Dan menyesal dah buat hubungannya dengan Halilintar merenggang.

Gempa akui,dia memang bersalah.Semua ni memang salahnya.Kalaulah hari tu dia tak marah Halilintar sampai sebegitu teruk,semua ni takkan berlaku! Dia memang adik biadap,ia memang patut dipersalahkan,dia memang patut untuk dihukum.

Tapi,rasa bersalahnya terlalu besar,sampai dia malu nak balik.Dia rasa dah tak pantas disebut sebagai seorang 'abang'.Dia bukanlah abang yang baik.Dia abang yang kejam!

Kalaulah orang kata Gempa ni lemah,dia pasti akan terima.Kenyataanya,dia memang lemah.Dia bagaikan pecundang yang tak berani hadapi masalahnya sendiri,dan malah lari dari tanggung jawab.

Hari-hari ia jalani dengan bergumbul dengan rasa bersalah.Fang selaku kawan baik Gempa pun cuba fahamkan keadaan Gempa.

Sering kali ia nampak Gempa nangis kat biliknya seraya peluk foto yang berisikan semua adik beradiknya.Fang pun rasa iba kat Gempa,tapi dia taknak masuk campur dalam masalah keluarga Gempa.Dia hanya boleh hibur dan bagi Gempa nasihat barang sekali-dua kali.

Semenjak peristiwa hari tu,keadaan dalam rumah pun semakin teruk.Dah 1 tahun Halilintar dan Gempa tak balik dan tak dapat dihubungi langsung.

Secara langsung,mereka berdua dah buat satu jurang kebencian yang amat dalam diantara keduanya.Dan secara tak langsung,keduanya pun dah buat jarak dengan adik-adiknya.

Elemental house~

“Abang”panggil Thorn pada Taufan yang tengah makan.Semua orang yang tengah makan malam pun refleks memandang Thorn

“Ya?”jawab Taufan

“Emhh...Thorn...Thorn nak...nak...--”

“Ish! Cakap jelah,jangan buat kitorang penasaran!”potong Blaze dan Thorn hanya tersengih-sengih

“Thorn nak pujuk abang Hali dan abang Gem”kata Thorn

Seketika mata semua orang terbeliak,kecuali Ice. “APA?!!!”jerit semuanya

“Kau biar betul,Thorn! Dulu aku pun dah cuba,tapi gagal kan??”kata Blaze

“Emhh, Thorn tau...tapi,itu kan dulu...apa salahnya mencuba lagi??”soal Thorn

“Tapi, Thorn, bukan senang nak pujuk diorang”kata Taufan

“Ha'ah,Thorn tau! Tapi, Thorn dah tak larat berterus-terus macamni! Thorn nak semua jadi normal macam dulu lagi!”kata Thorn dgn nada suara yang agak meninggi

Mata Thorn mula berkaca-kaca. “Thorn...Thorn rindu ngan abang Hali dan abang Gem”katanya

Semua orang menunduk.Sebetulnya, apa yang Thorn cakap memang betul.Kalau semua orang diam je, semua pun takkan selesai.

“Hmmm...betul jugak apa yang Thorn cakap”kata Solar

“Tapi,macam mana kalau diorang tetap taknak?”soal Blaze

“Thorn janji,akan bawak abang Hali dan abang Gem balik!”kata Thorn

Taufan tersenyum lalu usap rambut Thorn perlahan, “Yelah,abang percaya Thorn”katanya

Seketika kedua iris hijau emerald milik Thorn berbinar, “Boleh?! Yaeyy, trimakasih abang!”kata Thorn yang terus peluk Taufan

“Eh? Tapi, Thorn pergi ngan sapa?”soal Solar

“Dengan...--”Thorn berfikir sejenak

“Hmmm, Thorn pergi sendiri jelah.Korang kan sibuk”kata Thorn

“Hah sendiri? Biar betul?”soal Blaze.Pandangan Blaze menatap pada Ice, “Weh Ice, sepekan kedepan kau cuti kan?”soalnya pada Ice

“Kenapa? Kau nak minta aku temankan Thorn? Heh,jangan harap”jawab Ice,dingin

“Weh! Kau ni dah kenapa??!”soal Blaze

“Takde apa.Aku cuma tak sudi je tengok muka si Halilintar tu”kata Ice,enteng

“Kau--”tiba2 Taufan pegang pundak Blaze supaya ia tak lagi layan Ice

Memang macamni lah perangai Ice sekarang.Dua kali lima ngan Halilintar,dingin sangat.Mungkin,Ice memang dah terlampau marah ngan Halilintar.

Kalau difikir maklumlah,Ice ni sebetulnya adik yang paling rapat ngan Halilintar.Tapi,disisi lain,Ice pun rapat ngan Gempa.Sebab,sebelum Halilintar pindah kemari,Ice memang tinggal ngan Gempa dan Thorn je.

Jadi,secara tak langsung, Ice memang rapat dgn keduanya.Sebab tu Ice marah sangat ngan Halilintar sebab dah halau Gempa dari rumah.

“Kalau Ice taknak takpe,Thorn boleh pergi sendiri”kata Thorn menengahi pergaduhan antara Blaze dan Ice

“Hmm”kata Ice

“Boleh ke Thorn pergi sendiri??”soal Taufan dengan nada risau

“Boleh je”kata Thorn

“Hmmm,yelah.Tapi,hati2 tau,jangan sampai jadi apa2”kata Taufan

“Okey!”

.

.

.

To be continued...

Hi kawannn! Semoga si Thornie berhasil mbujuk Hali dan Gempa yak:')

See you next chapter👋🏻😘

Brothers Hugs [Boboiboy] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang