3.Pelangi

1.5K 152 3
                                    

Sampai hari suasana hati Taufan masih belum baik. Masih ada rasa marah di hatinya bila mengingat kejadian semalam. Setiap kali ia ternampak adik beradiknya, mesti terus menghindar.

Seperti tadi, Taufan baru sahaja masuk ke dalam kantin bila ternampak adik beradiknya tengah berbual di dalam kantin itu. Terus sahaja ia berbalik arah ke dalam kelas balik. Tapi perjalananannya tiba-tiba dipintas oleh segerombol budak-budak samseng di sekolah itu.

Salah satu dari mereka tergelak kecil lalu berjalan mendekati Taufan. “Bagi duit kau.”

Ceh! Nampak macam kepala setan, rupanya fakir. Ingatkan Taufan takut ke? Heh, mimpi jelah.

“Takde.” jawab Taufan.

“Heii, takyah lah nak tipu kitorang. Aku pun tahu kau ada duit. Cepat bagi aku!”

“Aku kata takde tu takde lah!”

Pelajar tadi terdiam sejenak bila ditengking oleh Taufan. Tapi detik seterusnya ia tersengih sinis, lalu dengan pantas menarik kolar baju Taufan.

“Kau nak cabar aku ke?”

Tangannya sudah siap dikepal. Matanya tajam menusuk Taufan. Tapi tak cukup membuat Taufan takut. “Kalau iya, kau nak apa?” cabarnya.

“Anjing kau!” terus sahaja penumbuknya naik ke udara. Nyaris sahaja Taufan terkena, kalau salah seorang kawannya tidak menjerit.

“Cabut weh!“

Pelajar yang hendak menumbuk Taufan tadi, refleks menoleh ke depan dan ternampak Halilintar berdiri seraya berpeluk tubuh memandangnya. Mati kutu dia dibuatnya. Selepas itu, dia pun terus berlari tunggang langgang bersama kawan-kawannya meninggalkan Taufan.

Taufan memandangnya hairan. Tadi garang semacam, sekarang macam pengacut pulak. Apa-apa jelah. Taufan pun terus berbalik henxak pergi dari sana sebelum anak matanya menangkap susuk Halilintar berjalan di depannya.

Tak perlu waktu lama bagi Taufan untuk tahu kalau budak-budak tadi lari sebab ternampak Halilintar. Semua orang kat sekolah pun dah tau yang Halilintar ni pandai berlawan. Terlebih lagi kalau itu berkaitan langsung dengan adik-adiknya.

Taufan mendengus pelan lalu berjalan menyusul Halilintar. "Hali"

"Hm,"

"Thanks dah tolong aku."

Halilintar mengangguk pelan. “Aku pun nak minta maaf sebab marah kau semalam.”

Taufan menghentikan langkahnya dan menatap Halilintar. Senyuman manis terukir di bibirnya. Rasa lega terus merambat di hatinya. Dia pun menyesal dan rasa bersalah sebab kejadian semalam. Memang tak patut dia buat macamtu pada kembar sendiri.

“Aku yang patutnya minta maaf. Tak patut aku tengking kau semalam.”

Halilintar mengangguk. “Takpe, tak kisah. Ha, kau pergi mana semalam?”

Taufan tersengih. “Ah aku terlajak tidur kat rumah Gopal semalam.”

“Ohh,”

Tanpa mereka sedari, ada sepasang iris hazel yang tengah memerhati keduanya dari balik dinding kooridor. Senyuman lega ia ukir. Ya, itulah Gempa.

Selepas memastikan semua baik, Gempa pun memilih kembali ke dalam kelasnya. Matanya meliar memandang seluruh kooridor yang nampak tenang sampai satu panggilan menyentaknya.

“Hai Gempa!”

Gempa pun menoleh bila dua orang gadis itu menegurnya. “Eh Yaya, Ying, apehal?”

“Cikgu besar ada hal nak bincangkan dengan kau.” jawab Yaya.

“Ha'ah. Ajak Taufan dan Halilintar sekali.” sambung Ying.

Brothers Hugs [Boboiboy] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang