8.Balas Dendam

1K 116 2
                                    

“Thorn,kalau Gempa dan Solar dah balik dari pasar nanti,bagitau kalau abang tengah keluar ada hal”kata Halilintar pada Thorn seraya sibuk pakai jaketnya

“Abang nak pergi mana?”soal Thorn

“Thorn tak payah tau”

“Ohhh okey,nanti Thorn bagitau abang Gempa dan Solar”kata Thorn

Halilintar tersenyum kecil lalu usap rambut Thorn.“Abang pergi dulu eh? Bye”

Halilintar terus lari keluar untuk naik keretanya.Baru je buka pintu mobil,ada seseorang panggil nama dia

“Abang!”panggilnya

Halilintar mendengus pelan,lalu pusingkan badan dia.Dan ternampaklah Ice jalan kearahnya

“Nak pergi mana?”soal Ice

“Tak payah sibuk! Kau urus je si Blaze tu”jawab Halilintar

“Dia tengah dengan abang Taufan.Kau nak pergi rumah ayah kan?”teka Ice yang dijawab deheman oleh Halilintar

“Okey,aku ikut”Ice terus masuk kedalam rumah dan ambil jaket dan topinya.Mereka berdua pun terus jalan menuju rumah ayahnya

Skip time>>

Setiba sahaja Halilintar dan Ice di depan rumah ayahnya,Halilintar langsung ketuk pintu rumah tu

Brakk brakk

“Keluar kau bangang!!!”jerit Ice

Sementara Ice sibuk menjerit,Halilintar sibuk untuk gedor2 pintu.Tak lama,kedengaran bunyi tapak kasut yang semakin dekat.

Ceklek!

Seorang pemuda beriris merah delima membuka pintu.Irisnya bertatapan langsung dengan iris ruby Halilintar.

Buk!

Halilintar terus tolak pemuda tu hingga ke dinding.Lepas pemuda tu terpojok,Halilintar terus cekik leher dia dengan kuat sekali.Ice boleh dengar deru nafas Halilintar yang memecut dengan laju.Ice pun marah,tapi ia masih boleh kawal emosinya,jangan sampai mencelakakan orang.

“Abang!”jerit Ice

Halilintar tak mengidahkan jeritan Ice.Ia terus fokus pada orang yang ada didepannya

“Mana Frost Fire?!”soal Halilintar

“Frost Fire?? Kenapa kau tanya dia,bukan korang dah buang kitorang dengan ayah sekali ke dulu??”soal pemuda tu balik

“Jawab je soalan aku,mana Frost Fire?!!”tengking Halilintar

Pemuda tu tersenyum miring,lalu menjeling tajam kearah Halilintar.“Macam mana kalau aku taknak bagi tau?? Kau nak apa,Halilintar?? Nak tumbuk aku? Nak tampar aku? Nak bunuh aku?? Ke,nak halau aku lagi macam dulu?”soalnya

“SUPRA!!!”jerit Halilintar

“APA?!!”pemuda yang bernamakan Supra terus tepis tangan Halilintar dari lehernya.“Jangan tinggikan suara kau tu! Baik kau pergi sekarang! Ini rumah ayah aku!”katanya

“Jaga mulut kau tu! Jangan sampai aku buat benda yang nekat pada kau!”

“Buatlah,aku tak takut pun.Biar kau bunuh aku sekali! Biar adik-adik kau rasa macam mana rasanya kehilangan orang yang amat kau sayang!!!”

Plakk!!

Ice yang awalnya diam,kini dah mula naik pitam.Ia tampar pipi Supra dengan kuat sekali,hingga pipi dia bercapkan telapak tangan.

“Cukup! Kau lupa ke dengan sapa kau cakap ni huh?!! Ingat,dia--”

“Siapa?? Abang aku??”Supra tergelak kecil.“Abang mana yang sampai hati buang adik-adiknya?!!! Anak dengan emak memang sama je!!”

Brothers Hugs [Boboiboy] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang