Hari ni ialah hari pertama bagi Halilintar, Taufan, Blaze dan Solar masuk ke sekolah baru selepas cuti semester. Tiada apa yang special di sekolah baru ini. Semua berjalan macam biasa sehinggalah tiba waktu rehat.
Ketujuh adik beradik itu duduk di salah satu meja kantin seraya berborak ria. Kecuali Halilintar. Sejak tadi dia tak bercakap. Semua soalan dari adiknya hanya dijawab anggukan dan gelengan. Dari riak wajahnya, nampaknya dia tengah tak sedap hati.
Kerana merasa bosan, Halilintar bangun dari duduknya dan hendak melenggang pergi. Tapi soalan dari Blaze menahannya.
“Nak pergi mana tu, abang?”
“Kelas.”
Selepas menjawab apa yang perlu, Halilintar kembali menyambung langkahnya. Bukan ke dalam kelas, tapi ke rooftop. Entah apa yang nak dia buat kat sana. Yang penting bukan nak bunuh diri.
Halilintar mendudukan dirinya di bibir rooftop itu sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang menerpa wajah hensemnya. Matanya ditutup rapat bagi menenangkan hatinya yang sejak semalam sudahpun tak sedap rasanya. Memori-memori kelam mula bermain di mindanya sampai ia terus menerus menyumpah dalam hati.
“Kenapa dia mesti datang balik?”
Soalan itu masih berputar di dalam kepalanya sejak perjumpaannya dengan seseorang yang tak pernah ia ingin jumpai lagi. Amato--ayahnya sendiri.
"Apa kau buat tu, Hali?”
Nyaris sahaja Halilintar jatuh dari atas gedung disebabkan terkejut. Ia menoleh ke belakang dan ternampak seorang lelaki sebayanya yang berambut unggu tengah melambai ke arahnya. Ceh, budak landak ni rupanya.
"Fang?"
Halilintar menyoal hairan. Dahulunya Fang ialah kawan rapatnya, tapi dia pindah ke luar kota sebab kerja ayahnya. Tapi tak sangka pulak dia pindah sini. Dan Halilintar pun tak pernah nampak dia. Oh betul, Halilintar tak pernah keluar rumah.
Fang tergelak kecil lalu berjalan mendekati Halilintar dan duduk manis di sebelahnya. Halilintar memandangnya datar. Ingat lagi rupanya, ingatkan dah lupa dengan kawan sendiri.
“Apa kau buat kat sini?”
"Berenang."
Terus sahaja ia dijeling tajam oleh Halilintar sebab jawabannya yang mengarut. Dia ingat lawak ke? Hambar doh. Melihat Halilintar yang geram, Fang justru tergelak. Merasa lawak dengan muka Halilintar bila dah marah.
"Hahahah... gurau je. Okey, back to the topic. Kau buat apa kat sini? Tadi aku nampak adik-adik kau ada dekat kantin, apehal kau ada sini?”
Halilintar menghela nafas pelan.
“Semalam aku jumpa dia,”
“Siapa?”
Halilintar memutar biji matanya. Malas ia nak sebut nama orang itu. “Macamlah kau tak tau.”
“Hm, Ayah kau?”
Halilintar mengangguk mengiyakan. Entah kenapa kini tubir matanya berasa panas. Perbualan ini terlampau sensitif untuknya. Ia tak suka bincangkan pasal ayahnya. Dia dah terlampau benci.
“Hali, semua orang berhak dapatkan peluang kedua.”
Fang cakap macamtu bukan sebab takde alasan. Dia taknak Halilintar jadi anak derhaka. Dia dah mengenal Halilintar sejak dulu. Manusia batu macam Halilintar memang susah kena nasihat. Dan berkali-kali Fang bagi dia nasihat untuk maafkan ayah dia, tapi tak pernah pun dia dengar.
Fang pun tahu yang keluarga Halilintar ni kacau. Dia pun rasa iba. Fang boleh rasakan macam mana derita yang Halilintar rasakan, macam mana susahnya uruskan keenam adik-adiknya sendirian.
KAMU SEDANG MEMBACA
Brothers Hugs [Boboiboy] ✔
Fanfiction[DALAM TAHAP REVISI] Masalah dan rahsia Dalam satu keluarga mesti ada dua benda tu, 'kan? Macam yang dialami putera dari keluarga yang bermarga "amato" inilah. Ditinggalkan oleh Ayah dan Ibu sejak masih kecil bukanlah suatu yang senang untuk diterim...