9.Memohon

936 107 0
                                    

With Halilintar>>

"Hali"perasan namanya dipanggil,Halilintar memusingkan badannya untuk cari mana suara itu berasal.Tapi,kosong.Takde orang lain.Hanya dirinya seorang

"Halilintar"sekali lagi Halilintar terkejut.Tapi ia mula kenal suara itu.

Tiba2 cahaya yang terang muncul dan buat Halilintar refleks tutup matanya.Suara tapak kaki terdengar dan buatkan Halilintar buka matanya perlahan.

Ia terdiam masa tengok orang yang tengah senyum padanya

"Hali,Hali dah besar eh? Apa khabar kat situ? Tanggung jawab yang ibu bagi berat sangat eh? Tapi Hali tak boleh putus asa.Jangan fikir nak ikut ibu"seorang wanita bercakap pada Halilintar dengan lembut sekali seraya usap pipi Halilintar

"Ingat adik-adik kamu,diorang masih kecik lagi.Diorang masih perlukan Hali"sambungnya seraya usap rambut Hali

"Lalu,apa yang patut Hali buat? Hali dah tak tau nak buat macam mana lagi"Halilintar yang dah lama terdiam,akhirnya buka suara.Rasa rindu,luka,sedih bercampur jadi satu sekarang

"Tabah"

"Hali kena tabah.Biarlah apapun yang datang,asalkan korang semua bersama.Ibu yakin putra2 ibu boleh hadapi semua"jawabnya

"Tapi,Hali dah penat"buliran jernih tetiba jatuh dari mata Halilintar.Hal yang sangat langka bagi seorang Halilintar untuk menangis

Wanita yang menyandang status sebagai ibu Halilintar hanya tersenyum "Jadi solung tu kena tanggung beban.Semangat eh,Hali"

Halilintar belum sempat nak cakap lagi,sosok yang ada kat depannya tetiba menghilang.Puas Halilintar jerit namanya,namun ia tak muncul balik.Sampai sakit kerongkongannya bila terjerit-jerit.

"IBU!!!"Halilintar terus bangun dengan badan yang berpeluh-peluh.Nafasnya menderu dengan begitu laju sekali.

"Ck! Mimpi apa pulak aku ni"kata Halilintar

Halilintar mendengus pelan,lalu mengerling kearah Ice yang tengah tido kat pangkuannya.Nasib baik Ice,jadi dia pasti tak dengar jeritan Halilintar tadi.

Perlahan ia usap rambut Ice yang tak tertutup topi.Perlahan tapi pasti,air mata pun mula jatuh dari iris ruby Halilintar.Dia rasa gagal.Gagal jadi seorang abang.Dia rasa dah tak larat nak pikul tanggung jawab ni lagi.

Dia penat dipaksa jadi dewasa oleh dunia yang semakin hari,semakin buat dia hancur! Dia tak larat nak jadi solung.Anak yang harus tetap berdiri tegap masa dirinya sendiri pun dah rasa tak larat.

Kadang ia fikir kenapa kena dia yang kena jadi solung? Kenapa bukan Gempa je? Dia tu lagi layak jadi solung.Bukan macam Halilintar.Cuma anak dari keluarga terpandang yang jadi berandal!!

Itu yang Halilintar fikiran.

"Bu...Hali rindu ibu"lirih Halilintar

Air mata betul2 dah tak boleh ditahan oleh Halilintar.Ia menangis teruk sampai beberapa tetes air matanya jatuh ke pipi Ice yang tengah tido kat pangkuannya.

"Aku pun rindu ibu,bang"

Tak sangka,rupanya Ice dengar apa yang Halilintar cakapkan tadi.Bila dengar sahaja ucapan dari Ice,Halilintar terus rasa makin bersalah.Ia macam rasa dah buat adik-adiknya terlantar.

Halilintar terus peluk Ice dengan erat sekali.Tak beza dengan Halilintar,Ice pun dah banjir dengan air mata.

**********

Ngenggg! Ngenggg!

Gempa memecut motornya dengan begitu laju,melewati beberapa pengendara lain yang memberi dia amaran dengan bunyi klakson.Entah kenapa,tiba2 pesan daripada ibunya teringat balik.

Brothers Hugs [Boboiboy] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang