[1]

5.9K 437 105
                                    

"Saya dah balik." Renjun meletakkan kasutnya didalam rak yang berada di sebelah kanan pintu masuk rumah. Pintu ditutup lalu dia masuk ke dalam rumah.

"Makanan mak dah siapkan. Kalau kau lapar, makan je sana. Tak payah ajak mak, mak dah kenyang." Puan Huang menaiki tangga ke tingkat atas meninggalkan Renjun yang berdiri statik.

Tuan Huang pula kerja. Waktu jam sudah menunjukkan pukul 23:30 barulah Tuan Huang pulang.

Renjun berfikiran positive. Mungkin ibunya penat atau mengantuk. Segala tanggapan negative dibuang. Sejak kebelakangan ini, dia merasa pelik dengan keluarganya. Walaupun dia adalah anak pertama dan mempunyai tiga orang adik, tidak pernah ibunya berperangai begini.

Renjun menuju ke biliknya yang terletak ditingkat bawah tepi dapur. Biliknya tidak jauh dari ruang tamu tambahan pula dia seorang sahaja yang tidur ditingkat bawah. Adik-adik dan ibubapanya ditingkat atas.

Renjun meletakkan begnya diatas meja belajar. Dia menghempaskan diri diatas katil bersaiz single. Perlahan-lahan matanya terasa berat. Tidak lama lepas itu, Renjun sudah dibuai mimpi.


•••


Renjun terbangun pada pukul 02:00am.

"Lama jugak aku tidur" kata batinnya. Yelah. Dia pulang dari sekolah pukul 5 petang. Maklumlah dia suka balik lewat kerana mahu ulang kaji di library sekolah berseorangan.

Dia meramas-ramas rambut hitamnya lalu bangun dari baring. Kain tuala yang disangkut dibelakang pintu diambil lalu masuk kedalam bilik mandi.

Setelah 15 minit didalam bilik mandi, Renjun mencari baju yang sesuai dengan musim sejuk. Di Korea sekarang ini bersalji. Sejuknya tidak seperti biasa. Hoodie hitam diambil lalu disarung kebadan.

Setelah itu, dia keluar dari bilik. Keadaan diluar gelap gelita. Dia menuju ke suis yang terletak di dinding dapur.

Matanya terancap pada makanan yang terletak di atas meja makan. Ada yang sudah dihinggap lalat. Dia menyinsing lengan hoodienya keatas lalu mengambil pinggan mangkuk yang berisi makanan lalu diletakkan didalam singki.

Dia memulakan kerja menyuci pinggan mangkuk dek tidak dapat tidur. Selepas mencuci segala pinggan mangkuk, dia menuju ke ruang tamu. Dia duduk disofa sambil bermain telefon.

Satu notification daripada WhatsApp dibuka.

Jaemin anak pakcik Na

Oi
Esok free tak

Amboi kau. Oi oi.
Free la. Asal?

Baru sekejap dia keluar dari aplikasi WhatsApp, satu notification pula muncul siapa lagi kalau bukan si Jaemin.

Jaemin anak pakcik Na

Eh tak tidur?

Terbangun.
Kau tu. Selalu sangat berjaga.

👁️👄👁️
Ish pape jela. Kau kata kau free en esok

Haah

Cantik. Esok jumpa kat cafe Kun hyung au.
Tepat pukul 10 pagi.
Jangan tak datang pulak. Aku tembak kau esok, kalau kau tak datang.

Tembak guna apa?
Jangan guna pistol murah au. Aku nak pistol high class punya. Baru mati ada class

Banyakla ko mati ada class. Nanti mati masuk lubang kubur jugak. Takdenye mati masuk kereta Ferrari.

😙✌️
Eh dahla. Pi tidur sana. Aku sumpah ko jadi tanggang baru tau.

Bluek tak takut pun 🙈
Babi kau seen aku

HABISTU KO EXPECT AKU NAK BALAS APE SAITON

AHAHAHAHHAHAHA DAHLA PENAT AKU GELAK.
seen

Renjun keluar dari aplikasi WhatsApp lalu mengambil airpodnya dari dalam poket. Playlist kegemarannya dibuka.

Sambil merenung tingkap besar yang menampakkan bulan dan bintang, disertai dengan lagu yang dipasang, dia melayan emosi. Dia baring diatas sofa empuk.

••••

Mantap pak Abu












broken home. -renjun ✓Where stories live. Discover now