Berjumpa, tak pernah. Bertegur sapa apatah lagi. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia dilamar seseorang yang tidak dia kenali. Dan tiba-tiba, dia sah bergelar seorang isteri. Si Pilot yang penuh rahsia. "Najla percayakan abang, abang percayakan Najla. That's what matters." - Taufiq Zafran Si Prosecutor yang tertanya-tanya. "Macam mana Najla nak percayakan abang, kalau abang sendiri buat diri abang untrustworthy!" - Nur Najla Datang pula spesis jantina yang dilahirkan tanpa sikap malu, menyondol rumahtangga orang, Najla semakin ragu-ragu dengan Zafran. "I bukan nak jadi orang ketiga dalam rumah tangga you, Najla. Tapi, I cuma tak mahu you menderita. Zaf cintakan I, bukan you. You should get yourself a mirror." - Ellyaz Fatini "Zafran suami saya. Hak saya. Mungkin, Cik Elly yang patut cermin diri sendiri." - Nur Najla Tapi apabila bukti mensahihkan kata-kata orang ketiga, Najla goyah. Patutkah dia terus bertahan? Atau berhenti di sekerat jalan? copyright © 2018 by nurayouseri