Aku kini sudah mengambil alih syarikat appa aku selepas aku berjaya mendapatkan phd dalam bidang perniagaan dan pembinaan di united kingdom. Semua pekerja appa sangat baik terhadap aku, mereka semua memberi kerjasama yang baik. Mereka semua amat peramah Kecuali seorang pekerja aku yang dikenali sebagai jay. Dia sentiasa berseorangan dan tidak pernah bercakap dengan sesiapa. Dia sering mendiamkan diri dan membuat kerjanya tanpa ingin diganggu oleh sesiapa. Dia kacak, ramai pekerja perempuan yang mengoratnya tapi malang, satu pun dia tak pernah melayan. Wajahnya sentiasa dingin. Aku selalu memerhatinya dari jendela di bilik pejabat aku. Dia sentiasa tekun melakukan kerjanya. Kadang kala dia perasan akan aku yang memerhatinya dan dia membalas dengan pandangan tajam seperti helang. Tetapi makin lama aku perhatikannya aku jadi semakin suka dan jatuh cinta padanya. Eomma! Maafkan tae! Tae dah jatuh cinta pada lelaki!