Siapa sangka jejaka yang baru berumur 25 tahun itu mempunyai tiga orang anak perempuan. Yasmin suraya - setelah hampir 5 bulan berkenalan dengan si pojaan hati kini sudah tiba masanya dia diperkenalkan kepada ibu bapa kepada si lelaki. Tetapi siapa sangka setibanya dia dirumah kedua ibu bapa lelaki itu dia dikejutkan dengan tiga orang budak perempuan yang sedang bermain bola sepak. Tergamam dia seketika apabila mendapat tahu sang kekasih hati seorang duda! Gundah gulana hatinya apabila disuruh untuk berkenalan dengan ketiga tiga kanak kanak itu. Dia sudahlah memang jenis tidak suka budak budak. Ini kan pula mahu melayan dan berkenalan "Nama makcik apa?" buk! Tertusuk hatiku apabila dipanggil makcik. Savage! "nany ni apa? Lembutnya, liat pulak tu" katanya sambil menarik narik lemak di perutku. Aku tayang muka pasrah sudahlah dipanggil nany, ditarik lemak pula tu. Mungkin nasib aku akan lebih baik jika melayan si bongsu. Baru berusia dua tahun dan sangat comel. Tetapi jangan tertipu dengan kuasa kecomelan sikecil. Aku cuba mendukung sikecil. Dan dia tertawa kecil. Aku cuba untuk mencuit pipinya pula. Secara tiba-tiba dia menarik cermin mata aku dan membalingnya sehingga pecah. Aku memandang cermin mata yang telah pecah itu dengan pandangan sayu. Sesayu hatiku. Aku punya rabun ni memang kalau buka je cermin mata memang dah tak nampak ape dah. Kabur je semua. 2020 - jangan judge guys ini zaman pra-matang!