[The E's Family vol.2] Bodoh? Memang itu yang Clarissa gelar dirinya sehingga hari ini. Lima tahun lalu.. "Ok! Saya bayar.." -Clarissa Haura- Tatkala itu, baru Clarissa faham mengapa Islam menyuruh umatnya segera melangsaikan hutang. Disaat ibu bapa lain meninggalkan harta untuk anak sebelum mereka pergi, ayahnya meninggalkan hutang yang mencecah lima puluh juta ringgit untuk dia langsaikan. "Kaunter aku tak boleh terima duit kau lagi, apa kata kau bayar cara baru?" -Muhammad Edward Dayyan- Manakan pula, tukang kutip hutang bukan si tuan badan. Tan Sri Danish mengamanahkan anaknya untuk kerja itu, namun apa yang Edward lakukan sebaliknya. Setengah mati dia kerja mencari duit untuk melangsaikan hutang ayahnya, namun itu sia sia apabila Edward mula bosan. Tanpa berfikir waras, gadis tidak bersalah itu menjadi mangsa permainannya. Ugutan menyebabkan dia tiada pilihan, janji manis pula mengaburi minda. Dia serahkan semua. Namun, selepas beberapa kali diguna pakai, dia dibuang bagaikan sampah yang tiada nilainya. Hati luka tidak berdarah, lagi lagi apabila.. "I'm Zandra, wife Edward.." -Zandra C'ntya- Dia tahu dia telah menjual diri semudah itu. Clarissa buntu. Dia terasa sangat berdosa. Dia mula menghilangkan diri, lima tahun berlalu, ingatkan kisah dia dan Edward tamat di situ. Rupanya belum. Indah mawar hitam pada mulanya berjaya mengaburi minda si gadis jelita sekali lagi. Namun tidak apabila mawar yang sering dihantar ke pintu rumahnya ialah mawar hitam yang diselaputi cecair pekat berwarna merah. Dari saat itu, dia tahu, dia dan Edward sudah lama pudar, tapi ini datangnya dari dunia sisi gelap jejaka itu, satu kata, dia kini, berdepan bahaya yang bakal mengancam nyawa. Adakah Edward yang akan menyelamatkan nyawa yang sedang terancam? Mampukah cinta hadir untuk hubungan mereka? Genre: Romance, Thriller, Action, Mystery, Sad , ‼️ WARNING ALERT ‼️ SAD ENDING
65 parts