TENGKU RYAN AKASHAH ALVENO seorang jutawan dan CEO di sebuah syarikat bernama Mells Holding. Seorang yang tinggi, berbadan tegap dan tegas. Mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel bernama Tiara. PUTERI DAHLIA BUNGA ATMAJA gadis manis yang berusia 22 tahun. Bekerja di bawah syarikat Mells Holding sehinggalah dia mengetahui bahawa Ryan adalah CEO di syarikat tersebut. "Daddy!!" kedengaran suara kecil memanggilnya sebaik sahaja memasuki bilik pejabat. "Aww, my cutie pie!" Ryan memeluk tubuh kecil anak perempuannya yang berusia satu tahun. "Bunga? Why are you standing right there? Come in.." ujar Ryan dengan riang. Bunga hairan dengan sikap bosnya itu. Selalunya tegas sahaja. "Daddy...cantiknya aunty ni!! Hai, aunty! Apa nama aunty?" soal Tiara kepada Bunga. "Hehehe, nama aunty Bunga." Bunga membalas dengan senyuman. Ryan hanya tersenyum. "Assalamualaikum..boleh saya jumpa dengan Tengku Ryan?" soal wanita itu. "Waalaikumussalam..maaf puan ni siapa?" balas Bunga kehairanan. " Saya adalah bekas isterinya..satu tahun lalu kami sudah bercerai.." wanita itu menjawab dengan selamba. Bunga tergamam. "Sayang! Do you remember me? I am sorry sayang.." jelas wanita itu sambil memeluk tubuh Ryan. Bunga hanya melihat apa yang wanita itu lakukan. Entah dia berasa sedih atau marah. Ryan menepis tubuh wanita itu selepas mendapati bahwa siapakah dia. "AKU BUKAN TENGKU RYAN DANIEL! AKU TENGKU RYAN AKASHAH!" Lama kelamaan selepas setahun Ryan dan Bunga dikahwinkan, perasaan biasa-biasa itu bertukar menjadi luar biasa. Namun Ryan masih tidak dapat menerima Bunga sepenuhnya. Adakah trauma yang dihadapi oleh Ryan masih diselebungi diri. Apakah kesudahan kisah mereka dan siapakah sebenarnya Tengku Ryan?