Hidup sebagai seorang Fillea Elnaura sangatlah perit. Dicurangi, dikhianati dan dibenci. Lebih menyakitkan apabila dia terpaksa terima bahawa bekas tunangnya bakal menjadi sepupu iparnya pula. "Apa kurangnya aku? Aku setia pada yang satu. Tak pernah berniat hendak mendua. Baik buruknya juga aku mampu terima tanpa banyak alasan..." - FILLEA ELNAURA Bukan senang untuk terima tapi sudah itu yang ditulis oleh-Nya. Bagi Fillea, untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baharu sangat susah. Lagi-lagi sekarang ini dia dan Laith mempunyai ikatan keluarga. Macam mana dia nak move on? Apabila hidup Fillea dihantui oleh masa silam, ia membuatkan diri Fillea susah untuk didekati oleh mana-mana lelaki. Mahupun baik ataupun jahat. Justeru susah juga bagi Fillea untuk percayakan lelaki. Namun, pertemuan kali kedua antara dirinya dengan Haedar Raeef sedikit sebanyak mengubah hati Fillea. Walaupun lelaki itu sedikit sombong dan dingin, ia senang bagi Fillea untuk berkawan dengan Haedar. Mungkin bagi Fillea dia takkan mudah jatuh hati pada lelaki yang sombong seperti Haedar. "Apa bahan yang kau ada untuk membuktikan yang aku ni sombong?" - HAEDAR RAEEF "Kalau awak nafikan yang awak tu sombong, sudi tak jadi kawan rapat saya?" - FILLEA ELNAURA "Entah. Aku tak pernah berkawan rapat dengan perempuan." - HAEDAR RAEEF Semakin lama Fillea dan Haedar semakin rapat. Semakin rapat semakin lain pula perasaan Haedar terhadap Fillea. Perasaan sayangnya pada Fillea adalah lebih dari seorang kawan rapat. "Saya rasa kan, saya dah mula selesa dengan awaklah, Haedar." - FILLEA ELNAURA "Baguslah. Nanti dah kahwin dengan aku tak perlulah kau malu-malu." - HAEDAR RAEEF Dua hati mula bersatu. Haedar berjaya buat hati Fillea bisa menerima dirinya. Tetapi bahagia itu hanyalah sementara apabila satu tragedi buruk berlaku pada diri Fillea. Mampukah Haedar menerima semua kekurangan yang ada pada diri Fillea?