Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT. Nur Wardah Asyikin| Gadis yang mempunyai rupa paras yang cantik. Sopan santun, serta mengikuti perintah agama. Muhammad Aaron Lutfi| Seorang jejaka yang baik serta lemah lembut. Tidak pernah berkeras pada mana-mana gadis yang dikenalinya. Pertemuan Wardah dan Aaron membuatkan Wardah tertanya-tanya. Siapakah gerangan lelaki itu. Masih muda tetapi sudah mempunyai anak. Soalan yang terlintas dikepalanya akhirnya terjawab apabila jejaka itu mengahwininya. "Ana uhibbuka fillah.. aku mencintai kau kerana Allah. Aku berjanji akan jaga dan sayangi kau dengan setulus hati." -Muhammad Aaron Lutfi "Siapa Zarif? Anak kakak awak atau anak.." -Nur Wardah Asyikin "Aku tidak pernah menyentuh mana-mana wanita yang tidak mempunyai hubungan yang halal dengan aku. Budak yang kau nampak masa itu anak saudara aku. Ibunya iaitu kakak aku bersama dengan suaminya meninggal dunia akibat kemalangan." -Muhammad Aaron Lutfi Start: 9 March 2024 End:-