Hanya ada satu saja nama yang tertulis di dalam hatinya, iaitu Jennifer Ai Ren Deirdre. Sejak nama itu bertakhta di dalam hatinya, pintu hati segera dikunci rapat. Kunci hatinya hanya ada pada pemilik hati iaitu Jennifer. Perasaan sebagai kawan baik bertukar kepada perasaan seorang kekasih hati. Lima tahun dia menanti kepulangan Jennifer, dan selama lima tahun itulah dia sendirian tanpa cinta. Walaupun dia hanya ditemani oleh rakan dan keluarga, dia tetap menanti Jennifer. Tiada surat, panggilan mahupun pesanan yang dapat dikirimkan kepada gadis itu. Dia menunggu walaupun jawapan yang bakal diterima tidak pasti dan mungkin akan mengecewakan hatinya. Percutian Rizq selama sebulan di Perancis bertukar menjadi pertemuan yang bermakna buat dirinya apabila Rizq tanpa sengaja bertemu dengan seorang 'Rizq' junior. Dia cuba menyiasat siapakah kanak-kanak itu. Risikan itu akhirnya membawa kepada pertemuan antara dua hati. "Your name is Rizq?" - Rizq "Yes. Mama gave me that name." - Rizq Jr "Who is your mama?" - Rizq "Jennifer Ai Ren Deirdre." - Rizq Jr Namun, Jennifer masih lagi tetap berahsia dan itu membuatkan Rizq berbelah bahagi tentang perasaannya terhadap Jennifer dan kepulangan Jennifer ke Malaysia membuka lembaran baru kisah kehidupan mereka berdua.