Chapter 18

32 4 0
                                    

Chaeyeong's pov

Notifikasi telefon aku berbunyi. Terus membuka skrin. Tertera pada skrin nombor yang aku tidak kenali.

+82 - xxxx - xxxxx

Hi

Hi. Siapa ni?

Aku wonwoo     

Aah wonwoo.
Mana kau dapat nombor aku?

Ada lah. By the way kau sibuk tak
lusa ni? Aku nak ajak kau pergi satu
tempat ni.

Sure.
Pergi mana?

Nanti kau akan tahu. Okay lah
aku tidur dulu. Bye

Perbualan melalui mesej tamat begitu saja. Aku masih terkejut. Daripada siapa dia dapat nombor telefon aku. Hairan.

" Mana dia dapat eh? "

Skip

Semasa waktu rehat, aku menceritakan tentang mesej Wonwoo semalam kepada kawan-kawan aku.

" Korang. Aku nak cakap ni "

" Hm apa dia? " tanya Yuri.

" Semalam Wonwoo chat aku. Aku tak tahu mana dia dapat nombor aku tu. Ada ke antara korang yang bagi aku nombor dia? "

" Wonwoo? Oh takda. Tapi aku rasa dia ambil daripada Hoshi kot, sebab hari tu Hoshi ada minta dekat aku nombor kau dengan Yuri " ujar Sohyun.

" Nombor aku?! Dia pun minta nombor aku jugak ke?! " tanya Yuri terkejut.

" Haah "

" Aah patut lah. Lepas tu kan dia nak ajak aku keluar tapi aku tak tahu pergi mana. Dia tak bagitahu pun weh "

" Keluar? Wonwoo ajak kau keluar? Wah...Chae pergi date dengan Wonwoo lah "

" Ish mana ada. Bukan date lah "

" Habis tu apa? " soal Jessica.

" Entah "

" Elok la tu. Aku rasa dia ajak pergi fun fair kot. Lusa ni kan ada pembukaan fun fair. Aku tak pergi doh. Dah bosan. Kau Yuri? Pergi tak? " tanya Sohyun.

" Tak. Aku ada makan besar dengan family aku "

" Ouh. Bestnya. Yang lain ada ke perancangan nak pergi fun fair? Mana tahu boleh skodeng Chae dengan Wonwoo date hahahaha "

" Ish kau ni! " marah Chaeyeong.

" Hahahahaha " Mereka semua turut ketawa melihat Sohyun mengusik Chaeyeong.

" Entah weh. Rasanya takda kot. Semua ada hal masing-masing "

" Aku mungkin pergi tapi hari lain. Aku tak rasa hari yang sama " ujar Xiaoqi.

" Alah. Kalau kau pergi hari yang sama dengan Chae, mesti dapat tengok dia date dengan Wonwoo "

" Sohyun! " jerit Chaeyeong.

" Hahahahaha sorry sorry "

" Dah la kau. Malas aku nak layan. Aku pergi toilet dulu "

Aku lekas bangun dan pergi dari situ. Kalau aku duduk lama-lama dekat situ, memang kena jadi bahan bualan sampai waktu balik.

My Childhood Bff [ Editing ]Where stories live. Discover now