Chapter 7

45 3 17
                                    

" Oh lupa nak bagitahu. Dino balik lambat sikit tau. Dino nak study dengan kawan dekat library " beritahu Dino kepada Scoups.

" Ah takda takda . Kau tu idol kan. Mana boleh suka suka hati keluar dengan orang. Nanti kena- " Scoups segera menutup mulutnya.

" Ish kau ni bang! Kalau dapat bebel kan habis semua keluar! " kata Seungkwan.

" Sorry. Tak payah lah pergi, Dino. Bahaya tau "

" Betul apa bang Scoups cakap tu. Lain kali je lah eh " pujuk Vernon.

Dino hanya mengangguk. Dia faham abang-abangnya risau akan keselamatan dia. Lagipula, dia seorang idol.

Scoups mengalihkan pandangannya ke arah Chaeyeong dan kawan-kawannya yang sedang rancak berbual di hujung sebelah meja mereka.

" Tu kan Chaeyeong. Lawa jugak dia walaupun pakai cermin mata "

" Kan. Aku nak kenal dengan dia tapi kan nampak pemalu orangnya " ujar Mingyu.

Wonwoo memandang Mingyu yang masih memerhatikan Chaeyeong dari jauh.

Waktu rehat pun tamat. Semua pelajar pulang ke kelas masing-masing.

" Nanti jumpa tempat biasa ye adik-adik " kata Scoups.

" Okay " semua membalas lalu pulang ke kelas.

Sesi pembelajaran dijalankan seperti biasa. Chaeyeong yang khusyuk mendengar guru bercerita di hadapan dipandang oleh Wonwoo.

" Kau tak ingat aku ke, Chae? " bisik hati Wonwoo.

Chaeyeong's pov

" Baiklah kelas dah tamat. Chaeyeong, letak buku-buku ni kat atas meja saya " arah Cikgu Kim.

" Okay "

Aku melihat buku-buku yang disuruh oleh cikgu untuk diletakkan di atas mejanya.

" Boleh ke aku angkat semua buku-buku ni? Alah takpa. Sikit je ni. Mesti boleh punya "

" Chae, nak kitorang tolong ke angkat buku-buku tu? " pelawa Sohyun.

" Takpa la. Aku boleh buat sendiri "

" Betul ni? "

" Iye. Korang balik lah dulu. Aku okay je "

" Hm ye lah. Kalau macam tu, kitorang balik dulu tau. Bye! "

Susuk tubuh Sohyun dan Yuri makin hilang daripada pandangan aku. Aku tak mahu susahkan mereka berdua. Aku pasti aku mampu buat.

" It's okay, Chaeyeong. You can do it! "

Aku mula mengangkat buku-buku tersebut. Berat juga buku-buku ni walaupun nampak sedikit. Aku meneruskan langkahku ke bilik guru. Satu demi satu anak tangga aku turuni. Buku-buku yang dipegang oleh aku secara tiba-tiba tidak seimbang dan ini membuat aku hilang imbangan lalu terjatuh. Sakitnya.

Tiba-tiba, seorang gerangan datang menolong aku mengangkat buku-buku itu semula.

" Kau okay? " tanya gerangan itu.

" Aku okay "

Aku bangun lalu memandang gerangan itu. Orangnya ialah Wonwoo. Classmate aku.

" Oh, Wonwoo "

" Meh sini aku tolong kau "

" Eh takpa lah. Sikit je ni. Aku boleh buat sendiri "

" Sikit kau cakap? Kalau sikit asal kau sampai jatuh tangga? Jom " balasnya dalam nada mendatar.

Dia jalan meninggalkan aku sambil membawa buku-buku yang terjatuh tadi.

Aku jalan beriringan dengannya. Kami sampai di bilik guru. Buku-buku diletakkan di atas meja Cikgu Kim seperti yang diminta olehnya.

" Thank you Wonwoo sebab tolong aku tadi "

" Erm. Kau okay tak? Ada luka kat mana-mana? "

" Takda "

Sebenarnya ada tapi aku buat seperti tiada. Aku tak nak susahkan dia.

Wonwoo mengalihkan pandangan ke arah lutut aku yang luka tadi.

" Jom. Kita pergi bilik kesihatan. Lutut kau luka tu "

" Eh tak payah. Balik nanti aku boleh sapu ubat. Sikit je ni. Aku okay je "

" Jom " selamba dia membalas lalu terus menarik tangan aku.

Di bilik kesihatan.

Wonwoo mengambil ubat ubatan yang berada di atas almari.

" Meh sini lutut kau tu "

Aku patuh akan perintahnya. Dia mula menyapukan ubat perlahan-lahan pada luka aku itu. Mataku hanya tertumpu pada perbuatannya kepada aku.

" Caring jugak dia ni walaupun dalam kelas nampak macam selfish " ngomelku dalam hati.

Setelah siap menyapu ubat, dia meletakkan plaster dengan berhati-hati. Tiba-tiba sahaja dia mendongakkan kepala membuatkan aku terkejut.

Kami berdua saling bertentang mata. Jantungku berdegup dengan laju. Tak pernah aku rasa macam ni. Kami cepat-cepat mengalihkan pandangan.

" Ehem hm. Dah siap "

" Thank you "

" Asal kau tak minta kawan-kawan kau tolong tadi? "

" Aku tak nak susahkan dorang "

" Next time minta sesiapa tolong kau. Tak pun kau minta aku pun boleh. Jangan buat kerja sendiri je. Bahaya "

" It's okay. Aku boleh buat sendiri " jelasku.

" Lantak kau lah. Jom. Aku hantar kau balik "
" Takpa. Aku boleh balik sendiri "

" Kau ni degil lah. Jom " Dia menarik tanganku sekali lagi.

" Mamat ni memang suka tarik tangan orang eh? "

Dari tadi jantung aku asyik berdegup kencang bila dengan dia. Aku tak tahu cara untuk menenangkan jantung aku ni.

" Weh Chae, ni ke lorong rumah kau? "

" Haah. Asal? "

" Lorong ni pun lorong rumah aku "

" Apa? Ye ke? "

" Haah "

Kami sampai ke rumah juga akhirnya. Kalau tak, memang janggal suasana sepanjang perjalanan pulang.

" Thank you again, Wonwoo. Terima kasih sebab tolong aku. Teman aku "

" No problem "

" Hm aku masuk dulu. Bye. " ujarku sambil melambai padanya.

Wonwoo's pov

" Thank you again, Wonwoo. Terim kasih sebab tolong aku. Teman aku "

" No problem "

" Hm aku masuk dulu. Bye. " ujarnya sambil melambai kepada aku.

Rumah aku rupanya berhadapan rumah Chaeyeong. Tak pernah pula aku nampak dia keluar rumah untuk ke sekolah.

" Aku dengan dia ni jodoh ke? " ngomelku.

















Enjoy for the next chapter!

My Childhood Bff [ Editing ]Where stories live. Discover now