Pelajar-pelajar yang berada di dalam perpustakaan menoleh ke arah mereka.
" Ni kan perpustakaan. Diam la sikit nanti orang pandang kang " marah Chaeyeong.
" Lantak ah dorang nak cakap apa. Janji kitorang dapat jumpa balik Soo Ah muehehehe " balas Sohyun.
" Kan kan " Yuri bersetuju.
Chaeyeong menggelengkan kepala dan tersenyum melihat mereka. Saat mereka sedang bergelak ketawa dan berpeluk pelukan, Wonwoo memandang Chaeyeong dari jauh diperasan oleh Jiyoon.
Chaeyeong's pov
Dalam perjalanan ke rumah, aku melihat ada sesetengah pelajar bersama dengan pasangan mereka.
" Comel " bisik hatiku sambil tersenyum.
" Masing-masing dah ada pasangan. Aku tak pernah terfikir nak ada pasangan pun. Takpa lah, Chaeyeong. Fokus je lah dengan apa yang ada sekarang " ngomelku.
Setelah beberapa minit berjalan kaki, aku sampai juga di rumah. Kasut dibuka lalu disusun rapi di atas rak kasut. Aku terus naik ke atas bilik untuk membersihkan diri.
" Chae, turun makan " panggil mak.
" Baik... "
Aku turun ke bawah untuk menikmati makan malam. Selesai makan, aku menolong mak mengemas meja. Semuanya selesai. Aku masuk ke dalam bilik untuk menyelesaikan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu.
Mataku terasa berat. Mujur kerja yang cikgu bagi sudah siap. Aku terus mengemas meja belajar aku. Kepalaku diletakkan perlahan di atas bantal.
Keesokkan harinya, aku menuruni setiap anak tangga dengan pantas. Aku terlambat ni.
" Mak, Chae pergi..." percakapanku terhenti.
" Chaerin? "
" Kakak! "
" Bila Chaerin sampai? Tak bagitahu kakak pun "
" Dia sampai malam tadi. Tu pun nasib baik terjaga lagi "
" Ouh. Kalau macam tu...Chae pergi dulu sekolah. Nanti kita borak ye, Chaerin "
" Okay. Bye kakak. Hati-hati "
Aku berlari dengan pantas. Secara tiba-tiba, aku memberhentikan larianku. Aku melihat seorang lelaki sedang mengusap-ngusap anak-anak kucing itu. Orang yang sama aku nampak hari tu. Aku tak dapat melihatnya dengan lebih jelas.
Aku baru teringat yang aku dah lambat. Aku terus menyambung larian aku ke sekolah.
" Sampai pun " ngomelku. Aku melihat jam tangan menunjukkan pukul enam empat puluh tujuh pagi. Kelihatan Sohyun dan Yuri rancak berbual. Berbual apa pun tak tahu. Awal juga mereka sampai.
" Sampai pun kau " tegur Yuri.
" Lambat seminit je aishh nasib baik "
" Relaks, takpa weh lambat seminit je " jawab Sohyun.
Skip
" Jom practice " ajak Sohyun.
Pakaian tidak menjadi masalah bagi kami. Kami semua sudah terbiasa menari dengan pakaian macam ni.
Selepas beberapa minit berlatih dengan peluh yang tidak berhenti meleleh. Kami pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar. Lagipun waktu rehat nak habis dah.
" Jom gerak. Rehat nak habis dah ni. Lagi tinggal seminit je "
" Okay. Jom "
Setibanya di kelas, aku terus mengambil tempat dudukku. Tiba-tiba, Wonwoo datang ke arahku.
YOU ARE READING
My Childhood Bff [ Editing ]
Fanfiction" Chae, serius ahh kau tak ingat aku? " tanya Wonwoo. " Hah? Apa maksud kau, Wonwoo? " Chaeyeong hairan. Chaeyeong seorang remaja yang mempunyai impian untuk menjadi kpop idol. Dia tertanya siapa Wonwoo yang sebenarnya? Dia cuma kenal Wonwoo sebagai...