Chapter 12

40 3 47
                                    

Wonwoo's pov

Scoups hyung, Mingyu dan Vernon dorang ke gym. Joshua hyung dengan Dino ikut Jeonghan hyung pasang Lego. Booseoksoon tengah main pingpong dekat bilik bawah. Woozi macam biasa, pergi studio.

Aku? Hari minggu aku duduk rumah je  Menghabiskan masa aku dengan buku, tidur dan telefon.

Aku rasa bosan jadi aku ke tingkat paling atas untuk mengambil sedikit udara segar petang. Mata aku mengalihkan pandangan ke rumah Chaeyeong. Dia pun ada dekat situ juga, tengah baca buku rupanya.

" Kenapa dia sengih sorang sorang? Hahaha aku rindu senyuman tu " ngomelku.

Kali terakhir aku lihat senyuman tu beberapa tahun yang lepas. Senyuman yang selalu membuatkan hari-hari aku penuh kebahagiaan.

Aku mengeluarkan seutas rantai daripada poket. Rantai ini aku renung. Inilah satu-satunya pemberian daripada Chaeyeong sebelum aku pindah.

Flashback

" Nah, hadiah dari aku "

" Rantai? Tch aku bukan perempuan la Chae. Tak nak ah " Wonwoo menolak.

" Kau ni...Aku tak suruh kau pakai tapi simpan "

" Nak buat apa simpan? "

" Kau kan nak pergi dah. Ni kira hadiah terakhir dari aku. Ni rantai kesayangan aku tau. Aku sayang sangat dekat rantai ni. Aku sayang rantai ni macam aku sayang kau. Nah, ambil. Aku ada lagi satu hehe "

" Terima kasih, Chae. Eh kejap. Asal kau punya mangga, aku punya kunci? "

" Hihi aku mangga kau pulak kunci. Sebab kau kunci hati aku. Maksud aku...bff kau punya sorang je. Dah takda orang lain boleh ambil aku.

" Ouh...macam tu... "

" Wonu, janji dengan aku tau. Kau akan jaga rantai ni macam mana kau jaga aku. Kalau kau rindu aku, tengok je rantai ni tau. Aku pun akan buat benda yang sama " Chaeyeong membuat pinky promise.

" Aku janji " Wonwoo pun membalas.

End flashback

Rantai ni pelepas rindu aku bila aku rindu sangat dekat kau, Chae.

Author's pov

Chaerin dan Naeun sudah bersedia untuk pergi rehat. Tiba-tiba, Jihyun dan rakan-rakannya menghalang mereka.

" Korang nak pergi rehat ke? "

" Kau nak apa? "

" Minta tolong boleh? Tolong siapkan kerja rumah aku. Aku hari ni sibuk. Ada hal. Tak sempat nak buat "

" Buat ah sendiri. Siap tak siap tu masalah kau. Bukan masalah kitorang. Ada tangan kan? Buat lah. Kalau Tuhan tarik balik tangan kau tu baru tahu "

" Eee kau ni "

" Apa? Tak puas hati? Jom Naeun. Tak payah layan perempuan pemalas macam dia ni " Chaerin menarik tangan Naeun pergi dari situ. Dia malas mahu melayan perangai Jihyun yang menyakitkan hati itu.

Skip

Chaeyeong dan kawan-kawannya bercadang ke kafe yang mereka selalu pergi. Setibanya di depan pintu kafe, Xiaoqi membuka pintu. Seventeen dan Jiyoon turut ada. Mereka memilih meja yang agak sedikit jauh dari meja Seventeen.

" Alright guys, nak minum apa? Aku order kan "

" Aku nak iced americano " kata Chaeyeong.

" Aku dengan Jessica nak white cream cappucino "

My Childhood Bff [ Editing ]Where stories live. Discover now