Chapter 19

33 3 0
                                    

Chaeyeong sedang berjalan pulang ke rumah dari sekolah. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah kelibat dari jauh sedang melambai-lambai ke arahnya. Dia hairan. Dia menoleh ke belakang. Dia takut orang itu sedang melambai orang di belakangnya tetapi di belakang tiada orang.

Chaeyeong menunjukkan dirinya untuk memastikan bahawa adakah orang itu melambainya.

Kelibat itu melambai sambil mengangguk menandakan memang betul dia melambai kepada Chaeyeong dan bukan orang lain. Chaeyeong cuba berjalan perlahan-lahan sambil mengecilkan kedua-dua matanya sedikit.

Dia berjalan lebih dekat. Rupa-rupanya kelibat itu ialah adik lelakinya sendiri, iaitu Chaeyang.

Setelah melihat kelibat Chaeyang, dia pantas berlari ke arah adiknya. Dia meluaskan kedua-dua tangannya lalu memeluk Chaeyang. Pelukan itu sangat erat.

" Chaeyang cakap Chaeyang datang minggu depan. Kenapa tiba-tiba ada dekat sini? "

" Saja datang awal. Tak boleh lah tunggu minggu depan. Lagipun Chaeyang nak bagi kejutan dekat noona "

" Kejutan lah sangat hahahaha "

Selepas itu, pelukan dileraikan.

" Chaerin mana? " tanya Chaeyang.

" Chaerin tak balik lagi. Ha tu pun dia dah balik. Panjang umur "

Kelihatan Chaerin sedang berlari ke arah mereka berdua seperti anak kecil.

" Abang! " jerit Chaerin dari jarak jauh. Chaeyeong dan Chaeyang tersenyum melihatnya. Chaerin segera memeluk Chaeyang.

" Abang! Chaerin rindu abang "

" Abang pun rindu Chaerin jugak "

" Bila abang sampai? "

" Baru je "

" Mana ayah? "

" Ayah minggu depan baru datang. Abang datang awal sikit "

" Ouh. Jom lah masuk. Buat apa duduk dekat luar ni "

Tiga beradik itu pun masuk ke dalam rumah dengan sebuah senyuman terukir di bibir mereka. Setelah beberapa tahun tidak berjumpa, akhirnya Chaeyeong dan Chaeyang bertemu juga.

Skip

Selepas menjamu makan malam yang dimasak oleh Mingyu, mereka semua berkumpul di ruang tamu.

" Korang, tadi aku ada nampak Chae peluk sorang lelaki dekat luar. Lelaki tu handsome. Tinggi. Korang rasa tu boyfriend dia ke? " soal Hoshi.

" Entah. Boyfriend dia kot " balas The8. Wonwoo yang mendengar jawapan daripada The8 dia terus memandang The8.

" Bang Wonwoo, Chae ada bagitahu tak pasal sesiapa? Boyfriend dia ke apa? " soal Vernon.

" Tak. Dia tak bagitahu pun "

" Takkan dia tak bagitahu kot. Kau kan rapat dengan dia. Ke...kau sorok dari kitorang " balas Hoshi.

" Mana aku tau. Buat apa aku nak sorok dari korang. Aku sendiri pun tak tahu. Kalau nak tahu, tanya ah dia sendiri. Tak pun tanya kawan-kawan dia. Dah ah aku nak naik atas tidur "

" Eh budak ni. Orang tanya je. Chill lah. Emo je "

Skip

Seventeen sedang duduk berbual di kelas 96Line seperti hari-hari biasanya. Secara tiba-tiba, Sohyun masuk ke kelas. Mereka semua memandang Sohyun. Sohyun hanya melakukan perbuatannya tanpa menghiraukan sekeliling.

Setelah selesai, dia melangkah keluar dari kelas.

" Sohyun " Baru sahaja dia mahu keluar dari kelas. Hoshi memanggilnya.

My Childhood Bff [ Editing ]Where stories live. Discover now