Author's pov
Chaeyeong dan Wonwoo sampai di sebuah kafe yang berdekatan kawasan rumah mereka sahaja. Setelah masuk, mereka pun mengambil tempat duduk.
" Kau nak minum apa? Makan? " tanya Wonwoo.
" Erm...aku nak iced americano. Aku tak nak makan "
Wonwoo mengangguk. Beberapa minit kemudian, minuman telah sampai. Wonwoo mengambil tempat dihadapan Chaeyeong. Minuman yang dipesan dihirup perlahan. Wonwoo ternampak rantai di leher Chaeyeong. Dia tidak mahu suasana janggal maka dia pun memulakan perbualan.
" Kenapa kau pakai rantai Chae? "
"Ha? Oh. Ni rantai friendship. Rantai ni special. Benda ni ingatkan aku dekat seseorang " Dia menunjukkan rantai tersebut kepada Wonwoo.
" Ouh. Siapa seseorang tu? " soal Wonwoo. Dia berpura-pura tidak tahu sedangkan dia tahu seseorang itu ialah dirinya. Dia cuma mahu kepastian daripada Chaeyeong adakah Chaeyeong masih ingat pada dia.
" Ada lah. Nak aku cerita ke? " Wonwoo mengangguk.
" Aku ada boybestfriend masa kecil dulu. Aku memang sayang dia sangat. Sampai lah satu hari dia terpaksa pindah sebab appa dia ada hal kerja. Mana tak sedih kan. Dia janji dengan aku dia takkan tinggalkan aku. Masa tu aku tak boleh nak terima tapi nak buat macam mana dah takdir kan. Sebelum dia pergi, aku bagi rantai friendship ni. Kitorang kongsi impian yang sama jadi kpop idol. Sekarang aku tak tahu dia dah jadi kpop idol atau trainee. Sekarang ni apa lah dia tengah buat kan? Aku harap dia okay dekat sana " ujar Chaeyeong panjang lebar. Air mula bertakung di mata Chaeyeong tetapi dia menahan.
" Ouh. Kau rindu dia ke? " soal Wonwoo. Chaeyeong mengangguk perlahan-lahan.
" Aku rindu dia sangat. Rantai ni je lah pelepas rindu aku "
Setelah mendengar segalanya, Wonwoo tidak mahu bercerita tentang perkara itu lagi. Ia membuatkan dia merasa sebak.
Hari semakin gelap. Wonwoo mengajak Chaeyeong pulang. Dia takut Puan Park akan risau dengan anak gadisnya. Semasa mereka mahu melintas, secara tiba-tiba sebuah kereta bergerak pantas. Wonwoo yang berada di belakang Chaeyeong cepat-cepat menarik gadis itu lalu dia memeluk Chaeyeong dalam dakapannya.
Chaeyeong terkejut. Matanya terbeliak. Setelah kereta itu melepasi mereka, Wonwoo melepaskan pelukkan.
" Kau okay? " soal Wonwoo kerisauan.
" Hah? Ha okay. Aku okay "
" Lain kali jalan pandang kiri kanan. Nasib baik aku dapat tarik kau. Kalau tak kau kena langgar nanti. Satu hal kena masuk hospital pulak "
" Ye la. Minta maaf. Dah jom jalan "
Muka Chaeyeong sudah merah menyala kerana malu. Dia terus meninggalkan Wonwoo. Wonwoo perasan perubahan muka Chaeyeong. Dia tersenyum kecil.
Chaeyeong masih tidak boleh melelapkan mata. Apabila dia cuba untuk lelap, kejadian berlaku antara dia dengan Wonwoo bermain di fikiran. Setiap kali dia ingat kejadian itu pasti wajahnya menjadi merah. Disebabkan terlalu penat, dia terpaksa. Manakala Wonwoo di atas katilnya, dia tersenyum melihat wajah Chaeyeong yang merah tadi.
Chaeyeong's pov
Aku malu nak jumpa Wonwoo hari ni. Kejadian semalam masih dalam fikiran aku. Mesti dia nampak muka aku merah. Apa patut aku buat supaya dia tak nampak aku macam nak lari daripada dia.
Dengan berani aku melangkah masuk dalam kelas. Nasib baik tiada sesiapa. Tiba-tiba, seseorang menepuk bahu aku.
" Argh!!! " Aku berlari pantas ke tandas tanpa menoleh ke belakang. Sampai sahaja di tandas aku terjumpa Sohyun dan Yuri.
YOU ARE READING
My Childhood Bff [ Editing ]
Fanfiction" Chae, serius ahh kau tak ingat aku? " tanya Wonwoo. " Hah? Apa maksud kau, Wonwoo? " Chaeyeong hairan. Chaeyeong seorang remaja yang mempunyai impian untuk menjadi kpop idol. Dia tertanya siapa Wonwoo yang sebenarnya? Dia cuma kenal Wonwoo sebagai...