Chapter 21

24 3 0
                                    

Chaeyeong's pov

Selepas makan malam, aku dan Chaeyang naik ke halaman atas untuk menikmati angin malam. Memandangkan kami berdua sudah lama tak berjumpa, saja ambil masa berbual bersama-sama.

" Cantik bintang malam ni. Akhirya tiga tahun kita tak jumpa, sekarang kakak dapat jumpa Chaeyang. Mari peluk kakak "

Aku membuka kedua-dua lenganku untuk memeluka Chaeyang. Chaeyang membalas pelukan aku. Rindunya aku dekat pelukan ni. Pelukan seorang adik lelaki.

" Chaeyang ada jaga Chaerin elok elok tak sepanjang dia sekolah dekat sana? "

" Mesti lah ada. Kakak pulak ad jaga Chaerin elok elok jugak tak? "

" Eh ada jugak. Kalau ada apa-apa dia panggil kakak. Kalau takda, takda la. Dia dah besar. Pandai pandai lah dia "

" Ha! Gosip pasal Chaerin eh "

Terperanjat aku apabila Chaerin tiba-tiba menerjah kami. Ada-ada saja dia ni.

" Mana ada gosip. Bercerita je " balas Chaeyang.

" Mak dengan ayah mana? " soalku.

" Mak dengan ayah dekat ruang tamu tengah layan drama. Chaerin bosan tu Chaerin naik sini "

" Hahahaha biarkan dorang berdua dating. Sini duduk sebelah kakak " Aku mempelawa Chaerin duduk disebelah aku.

" Lama kan kita bertiga tak macam ni? Dulu masa kecil ada lah macam ni. Bila dah besar susah betul nak berkumpul "

" Kan. Chaerin rindu nak macam ni "

" Alang alang esok cuti. Apa kata kita pergi keluar jalan-jalan nak? " ajakku.

" Nak nak " balas Chaerin diikuti Chaeyang jugak.

Author's pov

Puan Park keluar untuk membuang sampah. Kebetulan Seventeen baru sahaja pulang dari jadual harian mereka.

" Apa khabar makcik " sapa mereka kepada Puan Park serentak sambil tunduk hormat.

" Khabar baik. Kamu semua dari mana? "
" Kami dari luar, makcik. Keluar jalan-jalan kejap " jawab Seungkwan.
" Ouh...Kamu semua dah makan belum ni? "

" Belum lagi, makcik. Kenapa? " soal Scoups.

" Aah bagus lah. Makcik nak masak ni apa kata kamu semua makan dekat rumah makcik je "

" Boleh ke makcik? Tak menyusahkam makcik ke nak masak banyak banyak untuk kami? Lagipun kami ramai " soal Scoups untuk mendapatkan kepastian.

" Tak menyusahkan pun. Kebetulan makcik suruh suami makcik beli barang dapur banyak banyak. Mari masuk dulu "

Puan Park mempelawa Seventeen masuk ke dalam rumahnya untuk menjamu selera makan tengah hari.

Puan Park dan Seventeen duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. Secara tiba-tiba, Chaerin turun ke bawah. Chaerin terkejut apabila melihat terdapat tiga belas orang jejaka tampan berada di dalam rumahnya.

" Perkenalkan ni anak bongsu makcik, Chaerin. Chaerin ni jiran depan kita "

" Hi " sapa Chaerin sambil menundukkan sedikit badannya.

" Erm...mak. Abang Chaeyang dengan ayah mana? "

" Dorang keluar beli barang dapur yang mak suruh "

Kebetulan Tuan Park dan Chaeyang sudah pun pulang. Panjang umur mereka. Sebaik sahaja Seventeen nampak kelibat Tuan Park, mereka terus bangun lalu menyapa lelaki tua itu.

My Childhood Bff [ Editing ]Where stories live. Discover now