Chapter 14

37 4 56
                                    

Saem Lee meminta aku mengemas buku-buku di perpustakaan. Semasa aku sedang menyusun, kedengaran tapak kaki seseorang melangkah masuk. Seseorang itu ialah Wonwoo. Ye dia lagi. Jeon Wonwoo. Siapa lagi kalau bukan dia.

" Kau buat apa dekat sini? " soalku.

" Temankan kau " Dia menyusun buku yang belum aku susunkan.

" Saem suruh kau ke? "

" Tak. Aku saja datang sini tolong kau "

" Ouh "

Tiada seorang pun daripada kami berdua memulakan percakapan. Tangga kecil disudut dinding aku ambil. Aku panjat dengan berhati hati. Terus aku susun satu-persatu buku.

Secara tiba-tiba, aku hilang imbangan membuat aku terjatuh ke belakang. Aku dapat rasakan ada tangan melingkar di leher aku. Aku membuka mata.

Mata kami bertemu. Aku sedar aku dalam dakapannya.

" Kau okay? " Terus aku bangun.

" Ah ye. Aku okay. Sorry "

" Takpa. Kau betul ni okay? "

" Ye betul. Jom sambung kerja "

Selepas menjawab pertanyaan Wonwoo, aku cepat-cepat pergi meninggalkan Wonwoo terkaku disitu dan menyambung kerja aku.

Skip

Hari ini buat kali kedua. Aku balik ke rumah dengan Wonwoo. Suasana masih sama. Suasana yang janggal. Masih tiada perubahan.

" Terima kasih untuk hari ni dan terima kasih jugak sebab selamatkan aku tadi " ujarku.

" Sama-sama "

" Eh lupa pulak. Nah " Aku menghulurkan sebungkus coklat kepadanya.

" Apa ni? " soal Wonwoo.

" Coklat. Ambil lah "

" Aku tak makan coklat "

" Ey mamat ni geram aku. Sombong betul. Nak je aku tenyeh muka dia pakai cili " ngomelku dalam hati.

" Ambil je lah. Ni je aku ada tanda terima kasih aku dekat kau sebab tolong aku. Aku masuk dulu, bye "

Aku meletakkan coklat di atas tangannya dan terus masuk ke dalam rumah.

Wonwoo's pov

Selesai keringkan rambut, aku capai cermin mata bulat aku. Aku lihat coklat yang Chaeyeong beri tadi. Aku buka plastik coklat. Selamat masuk ke dalam mulut. Hmm sedap jugak.

Suasana ruang tamu riuh-rendah. Apa lah dorang kecohkan tu? Aku malas nak turun, jadi aku cuma memerhati dari atas.

" Guys guys, aku jumpa Instagram Chaeyeong "

" Mana mana. Apa akaun dia? " Mingyu pantas menghampiri Hoshi. Semua berebut nak duduk dekat dengan Hoshi.

" Korang ada telefon sendiri kan? Pergi lah tengok dekat telefon masing-masing. Akaun dia imchaeyeong____ " ujar Hoshi.

" Fuh lawa doh " kata Seungkwan.

" Kan kan " DK mengangguk.

" Apa kecoh kecoh ni? " soal Scoups hyung.

" Hyung! Tengok ni Chaeyeong ada instagram "

" Ouh. Yeke? Eh dah la. Daripada korang dok skodeng anak dara orang baik korang pergi tidur sekarang. Esok sekolah "

" Alah hyung, tak ngantuk lagi ah " rungut Dino.

" Takda takda. Pergi tidur sebelum aku mengamuk "

Dorang semua berlari naik ke atas bilik masing-masing. Baru semua nak masuk bilik. Scoups hyung kalau marah memang seram apatah lagi kalau mengamuk.

My Childhood Bff [ Editing ]Where stories live. Discover now