Chapter 13

32 4 20
                                    

" Hai Chaerin "

" Apa lagi kau nak? " soal Chaerin dalam nada geram.

" Takda apa-apa. Saja tunggu korang dekat sini. Hai Naeun " Jihyun melambai kepada Naeun. Naeun hanya menundukkan kepalanya.

" Tepi. Kitorang nak balik kelas "

" Tunggu kejap. Aku nak cakap sikit dengan kau "

" Kau nak cakap apa lagi Jihyun? Tak habis habis kacau hidup orang. Kau tak serik ke? "

" Aku kacau hidup kau ke kau kacau hidup aku? Hah?! " jerit Jihyun lalu menolak bahu Chaerin dengan kuat.

" Kau kacau hidup Naeun! Tak serik ke buli orang? Mentang mentang kau lawa, kaya, famous senang senang je kau rendahkan orang bawah kau! Harta, kekayaan, kecantikkan bukan segala-galanya. Kau cantik pun tapi pembuli takda gunanya! "

" Ergh aku dah hilang sabar dengan kau! Guys, bawa dorang masuk makmal sekarang " Jihyun tersenyum sinis. Yena dan Eunha mengangguk dan terus menarik tangan Chaerin dan Naeun pergi ke makmal.

Sampai di makmal mereka mencampak Chaerin dan Naeun dengan kuat.

" Ah! Sakit ah apa main campak campak orang ni? Bodoh ke? "

" Kau cakap aku bodoh?! Siapa yang bodoh?! Meh sini aku ajar kau. Dengar sini eh aku takkan bagi kau hidup aman. Sama jugak dengan Naeun " Jihyun menarik rambut Chaerin. Chaerin menahan sakit.

" Kau ingat aku takut ke? " Chaerin senyum sinis.

" Wow...kau takut eh. Berani kau ye. Lebih baik kau mati lah Park Chaerin! " Jihyun menaikkan tangannya seakan ingin menampar Chaerin.

" Yah! Jung Jihyun! " Jihyun terkejut. Dia menoleh ke belakang.

" Chae...Chaeyeong sunbae "

" Kau buat apa ni Jihyun?! Kau buli adik aku pulak?! Tak serik ke kau buli orang?! " Chaeyeong meninggikan suara.

" Adik? Sunbae s-saya s-saya " Tergagap Jihyun ingin mengeluarkan kata.

" Dah, Jihyun. Aku tak nak dengar apa-apa daripada kau. Soo Ah, bawa Chaerin dengan Naeun pergi bilik rawatan. Biar aku selesaikan dorang ni "

Bilik Guru.

Jihyun dan rakan-rakannya dibawa kepada saem Lee. Selaku guru disiplin sekolah. Mereka bertiga menundukkan kepala sahaja. Chaeyeong di sebelah hanya sekadar memerhati.

" Cik Jihyun, saya rasa saya dah bagi kamu amaran tapi kamu masih buat. Kamu ada masalah mental ke? "

" T-tak ada saem "

" Dah tu? Kenapa masih nak buli orang? Kamu tahu kan Naeun tu orang susah. Kamu ingat saya tak tahu ke kamu yang sebarkan fitnah pasal mak dia pembunuh dan jugak kamu lah yang cakap dia cuba untuk menggoda semua pelajar lelaki "

" S-saya tahu saem dan ye saya salah "

" Haih Jihyun, kamu tak tahu ke yang kamu buli jugak tu adik Chaeyeong? " Saem Lee meraup wajahnya.

" S-saya t-tak tahu saem " jawab Jihyun dengan nada perlahan.

" Saya terpaksa bagi denda. Jangan risau. Tak berat sangat denda ni. Saya nak kamu bertiga bersihkan kawasan sekolah selama empat bulan " ujar saem Lee.

" Empat bulan?! Saem, boleh tak kurangkan dua bulan? Tolong lah saem. Kami merayu... " rayu Jihyun.

" Takda bantahan. Lepas rehat tolong makcik kantin kemas kantin. Selagi kerja dekat kantin tak selesai, jangan harap nak masuk kelas! Makcik kantin akan jadi saksi. Untuk pembersihan, Chaeyeong akan uruskan jadual. Jadi ikut jadual tu. Saya akan buat pemantauan bermula esok. Boleh balik kelas sekarang "

My Childhood Bff [ Editing ]Where stories live. Discover now