Throwback
" Chae? Kenapa ni? Kau okay tak? " tanya si kecil Wonwoo. Dia risau dengan keadaan Chaeyeong yang menggigil akibat kesejukan.
" O-okay je. Cuma s-sejuk " Menggigil si kecil Chaeyeong. Wajahnya telah pun pucat. Bibir juga.
" Chae, muka kau pucat. Tangan kau dah merah ni "
" Apa?! Alamak "
Wonwoo menanggalkan jaket lalu menutup badan Chaeyeong. Disebabkan dia risau akan gadis kecil itu dia memeluknya erat supaya Chaeyeong rasa kehangatan.
" Macam ni okay? " soal Wonwoo.
" Erm okay. Rasa lagi hangat daripada tadi "
" Kenapa kau macam ni? "
" Omma aku cakap aku tak boleh kena sejuk. Nanti tangan aku merah. Kalau sejuk sangat muka aku jadi pucat. Lepas, nanti kaki dan tangan aku jadi bengkak. Tu aku tak suka musim sejuk. Macam macam aku kena " ujar Chaeyeong panjang lebar.
" Ouh. Aku pun tak boleh kena sejuk. Tapi tak seteruk kau. Aku cepat sejuk satu badan jadi kalau aku pergi mana-mana memang kena bawa benda panas ni selalu "
" Ouh. Kita sama la... " gelak kecil Chaeyeong.
End throwback
Angin malam semakin sejuk. Wonwoo dan Chaeyeong ambil keputusan untuk pulang ke rumah.
" Kenyang betul anak-anak kucing tu sampai tertidur hahahaha. Sebelum aku lupa, ambil jaket kau balik ni " Chaeyeong menanggalkan jaket milik Wonwoo.
" Tak payah. Kau ambil je. Pakai sampai kau masuk rumah "
" Ni kan kau punya. Lagipun aku dah ada dekat depan rumah kan "
" Ambil je. Tak payah risau pasal aku. Aku pandai jaga diri "
" Hm ye la. Aku masuk dulu. Bye. Jangan lama-lama dekat luar ni. Sejuk. Nanti demam kau "
" Ye ye. Aku tahu "
Chaeyeong melambai padanya buat kali terakhie sebelum masuk ke dalam rumah. Wonwoo tersenyum kecil. Jiyoon dari atas memerhatikan mereka berdua. Perasaan cemburu mula dirasai di dalam diri.
Chaeyeong's pov
Aku ke sekolah seperti biasa. Ditemani oleh Chaerin. Sampai di sekolah, kitorang berpisah. Semuanya seperti biasa. Aku perasan kebelakangan ni Wonwoo makin dekat dengan aku. Dia cuba nak rapat dengan aku ke? Persoalan ni selalu aku tertanya.
Kelas saem Song bermula. Kelas subjek sejarah iaitu subjek kegemaran aku. Saem Song kalau bercerita memang seronok. Dia buatkan sejarah tak rasa bosan. Pelajar lain tak mengantuk juga.
Waktu subjek sejarah telah pun tamat. Saem Song memanggil aku keluar dari kelas untuk berbual tentang sesuatu.
" Chaeyeong, kamu free tak balik sekolah ni? soal Saem Song.
" Tak saem. Kenapa? Ada apa-apa ke saya kena buat? "
" Tolong susun buku-buku dekat perpustakaan macam biasa. Nanti sekolah kita akan adakan majlis persaraan dan ada sesetengah pelajar kena buat persembahan. Tak silap saya awak ada jugak. Jadi saya takut awak terlalu serabut "
" Ouh ye ke, saem? Saya tak tahu pun "
" Takpa. Nanti Sohyun bagitahu kamu semua. Saya pun baru bagitahu dia hari ni "
" Ouh. Takpa. Saem saya boleh "
" Betul ni? Nak saya suruh sesiapa temankan awak ke? "
" Eh tak- "
YOU ARE READING
My Childhood Bff [ Editing ]
Fanfiction" Chae, serius ahh kau tak ingat aku? " tanya Wonwoo. " Hah? Apa maksud kau, Wonwoo? " Chaeyeong hairan. Chaeyeong seorang remaja yang mempunyai impian untuk menjadi kpop idol. Dia tertanya siapa Wonwoo yang sebenarnya? Dia cuma kenal Wonwoo sebagai...