Author's pov
KRINGGG
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah pun bermula.
" Yeay rehat! Kita nak pergi kantin ke tempat biasa? " tanya Yuri.
" Ikut kau lah. Eh- kejap. Chaemi? Xiaoqi? Jessica? Mana dorang? Bukan selalunya dorang datang kelas kita ke? " tanya Chaeyeong dengan hairan.
Selalunya waktu rehat empat orang kawan baiknya itu akan datang ke kelas mereka untuk pergi rehat bersama-sama tetapi hari ini tiada pula.
" Dorang cakap dorang gerak dulu. Si Xiaoqi tu ha nak makan. Hari ni kan makcik kantin masak makanan favourite dia " balas Sohyun.
" Ouh patut lah "
Di kantin, ramai pelajar beratur membeli makanan. Hari isnin ialah hari dimana makanan sedap sedap dijual. Tidak seperti hari biasa. Selasa hingga Jumaat semua makanan dijual sama sahaja. Mana tak muaknya kan?
" Sini pun korang. Puas kitorang cari! " tegur Sohyun.
" Weh Chae, Cikgu Lee tu asal dia nak jumpa kau? " Sohyun membuka balik pertanyaan itu.
" Esok ada sekumpulan pelajar baru masuk sekolah kita. So dia nak aku datang bilik mesyuarat. Lepas tu alah macam biasa bawa round round satu sekolah. Tu je. Tapi aku tak tahu dorang lelaki ke perempuan "
" Alah baru nak tanya hahahaha. Kau ni tau tau aje " balas Yuri tersenyum menahan malu.
Yuri jika ada pelajar baru, memang dia akan orang pertama yang ingin tahu sama ada pelajar baru itu lelaki ataupun perempuan. Kalau lelaki memang menggatal Yuri itu. Mulalah sesi menggedik.
" Aku dah agak dah. Kalau pelajar lelaki mesti kau nak menggatalkan. Eleh aku tau lah Kang Yuri " perli Chaeyeong.
" Iyoo laaa " jawab Yuri sambil menjeling.
Mereka yang melihat reaksi muka Yuri hanya tertawa.
" Xiaoqi nikmati betul lunch dia hahahaha " cebik Sohyun.
" Ish kau ni dia tengah nikmati kan. Tak payah kacau dia " marah Jessica.
Jessica Park. Dia campuran England-Korea. Dia dilahirkan di England dan dibesarkan di Korea. Ayah Jessica ialah orang England. Manakala, emaknya pula ialah orang Korea. Kadang-kadang dia seorang yang masuk air dan dia juga seorang yang mudah terhibur.
" Hehehe sorry "
" Maknae okay? " tanya Yuri kepada Chaemi.
" Okay je "
Song Chaemi. Ahli yang paling muda dalam kumpulan mereka. Dia seorang yang tidak banyak bercakap. Kesayangan kakak-kakaknya. Lebih lebih lagi Yuri. Kadang-kadang dia akan dibuli oleh kakak-kakaknya tetapi apa yang harus dia lakukan lagi? Dia sayang dengan semua kakaknya itu.
Chaeyeong, Sohyun, Yuri, Chaemi, Jeong Na, Xiaoqi, Jessica dan Soo ah. Mereka berlapan berkawan baik sejak sekolah rendah lagi. Walaupun masing-masing berlainan umur tetapi itu bukan penghalang dan alasan untuk mereka menjadi kawan baik.
Nama kumpulan mereka ialah Makcik Bawangsss Ranger. Lain macam bukan nama kumpulan mereka ini? Nama ini Sohyun dan Yuri yang beri. Kumpulan mereka ini kalau bab membawang memang nombor satu. Ada saja gosip-gosip hangat yang dibicarakan oleh mereka. Kalah Melodi.
Semua masih sekolah bersama-sama kecuali Jeong Na. Dia terpaksa berpindah ke luar negara dan belajar di sana. Ini adalah kehendak ibu dan ayahnya. Walaupun mereka berjauhan, tetapi mereka masih berhubung sesama sendiri. Bak kata pepatah jauh dimata tapi dekat dihati.
Chaeyeong's pov
" Balik sekolah nanti nak tak lepak? "
Xiaoqi memberi cadangan. Lagipun takda kelas tambahan hari ni. Kami ada masa lapang.
" Aku rasa malas ah " balas Jessica sambil membuat muka malas. Minah ni semua benda dia malas.
" Aku rasa tak boleh lah sebab aku kena siapkan kerja sekolah dan aku kena tolong mak aku " aku pula membalas.
Aku memang tak perlu dikatakan. Aku kan pelajar harapan sekolah. Bak kata Sohyun dan Yuri, aku ni anak mak pula tu. Rajin tolong mak di dapur.
" Kalau macam tu...takpa lah. Aku sambung main PUBG lah " kata Xiaoqi.
Wang Xiaoqi. Dia ni keturunan cina. Asal dari China dan menetap di Korea sebab ayah dia bekerja di sini. Kaki game. Dua puluh empat jam dengan PUBG dia. Memang on game selalu.
Selalu dapat chicken dinner dan juga dia ni sedikit tomboy. Lain daripada kami semua.
Skip
" Okay kelas, masa dah tamat. Pastikan kamu semua siapkan kerja rumah yang saya bagi hari ni. Esok pagi Chaeyeong kumpulkan buku-buku dan letak di atas meja saya " kata Cikgu Song.
" Baik! "
" Jumpa esok. Bye. Xiaoqi, nanti on game tau! " jerit Sohyun.
" Alright, bos! "
Mereka berdua ni. Tak habis habis PUBG saja.
Memandangkan hari ni aku takda kelas tambahan, aku ambil keputusan untuk tolong mak.
Aku memulakan perjalanan pulang ke rumah. Menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Selepas pulang dari sekolah, aku akan melawat anak-anak kucing di tepi lorong yang tak jauh dari rumah aku.
Tiba-tiba, aku ternampak seseorang memakai cermin mata bulat dan pakaian serba hitam sedang memberi makan kepada anak-anak kucing itu. Dia mengusap lembut mereka. Comel.
Rancangan aku nak melawat anak-anak kucing, gagal. Takpalah orang tu dah bagi makan. Kalau bagi makan lagi, nanti habis kembung pula perut anak-anak kucing tu.
" Esok je la aku datang lawat dorang "
Setibanya di lorong rumah aku, aku melihat rumah kosong yang berada di hadapan rumah aku telah dihuni.
Aku mendekati seorang lelaki yang sedang mengangkat barang-barang untuk dimasukkan ke dalam rumah tersebut.
" Apa khabar, pakcik " sapaku.
" Oh ye, nak. Khabar baik "
" Anaknya, baru balik sekolah ye? "
" Haah. Rumah ni baru pindah hari ni ke, pakcik? "
" Haah. Penghuni rumah ni baru je pindah hari ni "
" Ouh. Banyak jugak ye barang "
" Itu lah "
" Saya masuk dulu ye, pakcik. Selamat bekerja "
" Baik...Terima kasih, nak "
Aku menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah. Aku melihat mak sedang memasak di dapur. Memang rutin harian dia setiap hari.
" Chae dah balik "
" Oh, dah balik dah anak mak "
" Mak buat apa tu? "
" Tengah menguli dough donut ni untuk minum petang kita "
" Donut? Wah... "
" Pergi naik atas mandi. Kejap lagi tolong mak "
" Okay, mak "
Selesai mandi, aku turun ke bawah semula untuk menolong mak di dapur.
" Mak nak Chae tolong apa? "
" Tolong gorengkan donut je. Minyak dah panas tu "
" Alright "
Enjou for the next chapter!
YOU ARE READING
My Childhood Bff [ Editing ]
Fanfiction" Chae, serius ahh kau tak ingat aku? " tanya Wonwoo. " Hah? Apa maksud kau, Wonwoo? " Chaeyeong hairan. Chaeyeong seorang remaja yang mempunyai impian untuk menjadi kpop idol. Dia tertanya siapa Wonwoo yang sebenarnya? Dia cuma kenal Wonwoo sebagai...