Chaeyeong's pov
" YES! I DID IT !!! YAHOOO "
" Chaerin? Kenapa tu? "
" Unnie, finally i did it!!! " kata Chaerin lalu memelukku. Betul-betul gembira dia ni.
" Jangan cakap yang Chaerin dah berkawan dengan budak tu? "
Chaerin mengangguk dengan teruja.
" Yeee. Chaerin dah berjaya! "
Aku terkejut.
" Ye ke?! Bagus lah kalau macam tu. Jadi apa nama dia? "
" Kang Naeun nama dia. Sedapkan nama dia "
" Haah. Sedap nama dia. Unnie masuk bilik dulu tau. Unnie tumpang gembira. Dah pergi lah mandi "
Skip
Hari ni kitorang memutuskan untuk rehat di kantin. Dah berapa hari kitorang rehat dekat practice room. Sebelum aku, Sohyun dan Yuri ke kantin, kitorang singgah ke kelas Xiaoqi dan Jessica terlebih dahulu.
" Korang, cepat lah " marah Sohyun.
" Aduh kau ni. Tunggu la kejap. Kitorang ada kerja ni. Tak lari pun kantin tu halah " ujar Xiaoqi.
Saem Kang bagi dorang kerja lagi lah tu. Itu lah saem Kang kalau tak bagi kerja dekat dorang memang tak sah. Dorang ni pun suka menyakat saem.
Aku baru teringat yang aku tertinggal kain lap cermin mataku.
" Sohyun, jom teman aku pergi kelas. Aku tertinggal barang "
" Jom "
Apabila aku ingin masuk, kelihatan Hoshi dan kawan kawannya di dalam kelas. Jiyoon pun ada sekali. Aku tak sangka dorang kenal Jiyoon.
" Aih. Dorang ada dekat sini. Tak pergi rehat ke? Si Jiyoon tu pun ada "
" Entah la weh "
" Kau nak masuk tak? "
" Nak "
" Habis tu? Kenapa kau tak masuk lagi? "
" Kejap "
Aku sebenarnya malu nak masuk tapi apa nak buat. Aku terpaksa juga. Ini lah perasaan aku masa pertama kali jumpa dengan dorang tiga belas orang tu.
Nak tak nak, aku kena juga ambil. Aku menarik nafas. Dihembuskan semula. Aku melangkah masuk dengan berani.
" Sorry kacau korang. Aku nak ambil barang kejap "
" Takpa. Ambil je " jawab Woozi.
Setelah mengambil barang, aku cepat-cepat keluar dari kelas. Aku tak nak dorang tegur aku. Tanya apa-apa. Setibanya aku di kantin, ada kekecohan berlaku. Aku segera melihat apa yang sedang berlaku. Rupa rupanya...
" Chaerin! Chaerin okay tak? "
" Chaerin okay je. Unnie jom bawak Naeun pergi bilik pakaian. Baju dia dah kotor "
" Jom. Yuri bagitahu saem aku masuk lambat. Aku ada hal "
Flashback
" Nak duduk mana eh? Ha! Jom duduk sana "
Semasa Naeun dan Chaerin melalui meja mereka, Jihyun sengaja menjulurkan kakinya membuatkan Naeun tersungkur lalu terjatuh. Habis uniform Naeun kotor akibat terkena sisa makanan.
" HAHAHAHAH padan muka kau. Tu lah jalan pandang bawah. Kan dah tersungkur "
Chaerin yang nampak segalanya mula bersuara.
YOU ARE READING
My Childhood Bff [ Editing ]
Fanfiction" Chae, serius ahh kau tak ingat aku? " tanya Wonwoo. " Hah? Apa maksud kau, Wonwoo? " Chaeyeong hairan. Chaeyeong seorang remaja yang mempunyai impian untuk menjadi kpop idol. Dia tertanya siapa Wonwoo yang sebenarnya? Dia cuma kenal Wonwoo sebagai...