Bab 9

2.1K 32 0
                                    

Cuma hari yang biasa bagi semua. Tetapi tidak bagi Feeya di tempat kerjanya. Sudah hampir sebulan Feeya berkerja di bawah syarikat naungan Dato' Sri Khalif, dan tidak lama lagi akan bertukar naungan kepada anak tunggalnya si Adli itu.

Bukan apa, cuma masih janggal kadang-kadang. Masih rasa ragu-ragu dengan kehidupannya yang baru ini. Betulkah dia sudah bangkit dari segalanya? Dan mulakan kehidupan dengan bekerja di syarikat ini, betulkah langkahnya ini? Pasti tidak akan merumitkan dirinya dengan masa silamnya lagi kan?

Feeya mengeluh perlahan, "Nak buka kalam baru tapi masih selak yang lama. Patutkah?"

Dia melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Beberapa staf sudah memenuhi ruang duduk yang ada. Izzul menarik kerusi kosong di sebelahnya mempelawa Feeya mengambil tempat duduk tersebut.

"Morning, Feeya!",ucap Sabrina dan Felix serentak. Mereka merupakan rakan sepasukan Feeya dalam bahagian advertisement selain Izzul dan Kak Fah.

"Morning, semua!",sambut Feeya dengan senyuman manis. Dia menghulurkan salinan fail dokumen yang disiapkan bersama beberapa minggu yang lalu kepada setiap rakan sekerjanya itu sebagai rujukan dalam mesyuarat nanti.

"Kak Fah, another copy proposal untuk fundraising project tu ada kat siapa ya?",soal Izzul sambil menyelak dokumen di hadapannya itu satu per satu.

"Oh yea, nasib Izz ingatkan. Ada dekat atas waiting desk rasanya, Kak Fah pergi ambil kejap.",Kak Fah bangun dari tempat duduknya tetapi agak sukar untuk dia keluar dari laluan yang sempit itu memandangkan sudah ramai staf yang sudah berada di tempat duduk mereka sekeliling meja mesyuarat tersebut.

"Takpe, Kak Fah. Feeya tolong ambilkan. Kat waiting desk depan tu kan?",ujar Feeya yang duduk berhampiran laluan pintu keluar tersebut.

"Haah, ya. Eh, Feeya tungg..!"

Amaran diberi. Tetapi sudah terlambat. Entah bagaimana sebaik sahaja Feeya meluru keluar, dia berlanggar dengan seseorang. Dirinya seperti ditolak ke belakang dek kasut tingginya mula hilang imbangan namun cepat sempat disambut.
Dengan tidak semena, wajahnya tersembam pada dada seorang lelaki yang kelihatan berkot biru gelap.

"Aduh...",Feeya mengusap dahinya sedikit.

Lelaki itu memandang fokus pada Feeya lalu bertanya, "Are u okay?"

Feeya tersentak. Dia mendongak sedikit melihat lelaki di hadapannya itu. Okay, memang tiada orang lainlah kalau nasib sebegini. Siapa lagi kalau bukan Adli.

Terjegil mata Feeya dibuatnya melihat kemeja biru muda yang dipakai lelaki itu ada kesan warna gincunya yang melekat dek perlanggaran tadi.

Adli perasan. "Seriously, Feeya?",dia merengus perlahan. Dia memasang butang kotnya untuk menutupi kesan tersebut.

"Sorry..."

                                                                 🌼🌼🌼

"HAHAHAHAH, seriuslah? HAHAHAH!",tak berhenti-henti si Felix berdekah mendengar cerita insiden yang berlaku sebelum mesyuarat pagi tadi. Feeya menghampakan kepalanya pada meja sambil mengeluh kecil.

Sabrina menepuk kuat lengan Felix.

"Aduh! Haha..hmm..sorry Feeya i laughed.",ujar Felix kelihatan seperti masih menahan ketawa. Sukalah tu. Bole jadi bahan usikan buat setahun agaknya.

Feeya hanya meraup wajahnya. Sesekali dia mencubit pipinya mengharapkan ianya sebuah mimpi yang tidak diingini.

"It's not that bad kan? Tell me it's not. Huwaaa."

Sabrina memaut erat lengan kanan Feeya, "Alaa Feeya, biasalah tu. Lagipun tak ramai pun perasan tadi.",balas Sabrina cuba menyedapkan hati si Feeya yang masih diselubungi perasaan malu.

"SE.TU.JU. Halah, si boss tu tak kisah punyalah, dia mesti okay. Tengok mood dia tadi, helok je. Siap ajak nak belanja kita lagi waktu lunch ni. Jomlah.",tambah Kak Fah pula. Feeya menggeleng tanda tidak mahu ikut kerana tidak mahu bersua muka lagi dengan Adli buat masa ini.

"Tuan Adli mesti faham situasi tadi. And you said sorry kan. Dah, jom? Semua ada dengan u, don't worry.",giliran Izzul pula memujuk Feeya untuk menghadiri makan tengahari bersama nanti. Kalau dibiarkan berseorangan, mahu mental breakdown Feeya dibuatnya. Mujur ada rakan sejawat yang memahami dan sentiasa membantu dalam senang mahupun susah.

                                                               🌼🌼🌼

"Macam dah reserved je semua meja dekat sini."

Arissa mendapatkan staf yang berhampiran dengannya itu lalu bertanya,
"Ada available seats for two tak?"

"Ada,cik. Mari saya tunjukkan mejanya.",balas pekerja kafe tersebut dengan mesra.

Arissa mengambil tempat duduknya. Haziq pula duduk berhadapan dengan Arissa sambil melihat suasana sekeliling kafe yang tampak menarik kerana susunan interiornya yang 'vintage' dan ala-ala 'instagrammable' itu. Padanlah ramai yang gemar datang ke kafe tersebut sehingga viral jadinya.

"Staf tu kata meja banyak reserved sebab ada company lunch dekat sini nanti. Nanti tengoklah, mesti penuh kafe ni. Lagi-lagi waktu lunch.",terang Arissa. Haziq hanya menggangguk kecil.

"Nasib kita datang awal tau.",tambah Arissa lagi.

"Kalau tidak, tak pasal-pasal kena berpatah balik. Tunggu makan malam teruslah jawabnya.",usik Haziq membuatkan Arissa tertawa kecil.

                                            🌼🌼🌼

"Awak tunggu kejap tau. Saya nak pergi washroom.",ujar Arissa lalu bingkas bangun menuju ke washroom berdekatan.

Haziq yang kelihatan tenang sewaktu makan sehinggalah habis hidangannya tadi sudah mula melilau keadaan sekelilingnya. Sejak mengamati beberapa orang pelanggan disitu, dia sudah mengagak lunch company itu adalah daripada syarikat milik sepupunya itu iaitu Adli. Tetapi bukan itu sahaja yang menjadi tumpuannya.

Dia ingin mengetahui sama ada Feeya masih bekerja di syarikat itu ataupun tidak. Dia pasti kata-kata amarannya beberapa hari yang lepas membuatkan bekas isterinya itu gentar dan akan membuat keputusan untuk berhenti dari pekerjaannya itu.

"Sorrylah ya Feeya. I didn't mean to laugh at you tapi i takleh percaya tau ni betul-betul terjadi.",Felix yang mengejar Feeya dari belakang cuba memujuk rakannya itu.  Bersalah pula kalau dah seharian asyik tertawakan dia sahaja. Seronok mengusik orang, sekarang terkinja-kinja memujuk pula. Felix, Felix... Itulah perangainya. Suka membahan orang tetapi hatinya baik sebenarnya. Dia rajin menolong Feeya berkaitan selok-belok pejabat dalam syarikat sewaktu mula-mula masuk bekerja dulu.

"Apa yang tak percayanya, Felix? It's so real that i feel macam nak ambil mc je esok.",Feeya mencebik.

"Yelah, macam dalam drama u tau tak? Teringat pula dekat Ji Chang Wook, handsome!",jawab Felix selamba.

"Gay.",hah dengan tidak semena-mena Felix digelar gay kerana minat sangat dengan aktor kdrama kegemarannya itu.

"Whatever."

Dia menahan Feeya daripada terus keluar daripada kafe tersebut. Dia mahu Feeya bercampur gaul seperti biasa. Lupakan insiden memalukan pagi tadi!

Feeya mencubit lengan Felix dengan geram.

"Hah, cubitlah lengan i yang tough ni. Cubit lagi. Takpe, i anggap ni sebagai balasan i gelakkan u sepanjang harini. TAPI! U gotta go back inside. Sit with us, with Tuan Adli. Weekend ni dah kena gerak ke Johor, u need to feel better by now, okay?", pandai pula Felix bersyarat sedemikian.

Haziq yang memerhati mereka berdua dari jauh itu hanya mendengus geram.

"Dasar perempuan tak pernah nak berubah.",perasaan marahnya semakin membuak. Dia benci melihat Feeya sebegitu mesra dengan lelaki lain.

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now