Bab-6

4.8K 58 1
                                    

Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Bunyi alarm memecahkan kesunyian pagi.

Adli mematikannya dan bangun daripada katilnya sambil menggeliat luas.

"Letihnya hai..",keluh Adli sambil menguap.

Adli mula teringatkan Feeya yang bermalam di rumahnya.Sudah bangun ke?Dia meluru ke bilik di mana Feeya tidur.

"Feeya?",Adli mengetuk pintu bilik itu.

Tiada jawapan.

Adli membuka pintu tersebut dengan perlahan. Dilihatnya bilik itu sudah kosong dan kemas.

"Awalnya perempuan ni bangun? Kat dapur ke?",dia masih tercari-cari si Feeya hingga ke dapur di tingkat bawah.

Di dapur juga tiada. Barangkali sudah pulang ke rumahnya.

Dia menuju ke atas semula untuk bersiap-siap namun langkahnya terhenti apabila melihat di atas meja makannya itu ada makanan dan sekeping nota ditinggalkan.

Dia membaca nota tersebut yang bertulis :

'Tq Adli sebab tolong aku semalam. Sorry sebab menyusahkan kau dan sebagai tanda terima kasih,aku siap kn breakfast utk kau..Aku harap mulai harini kita tak bertemu lagi sebab Haziq pesan jangan jumpa lagi dengan mana2 ahli keluarga dia lagi. Assalamualaikum."-Feeya

Adli tersenyum kecil.

"Senang kerja aku tak payah buang masa pergi Starbucks beli breakfast.",seronok benar breakfast untuk pagi itu sudah terhidang.

Dia tidak terfikir langsung tentang pesanan Feeya yang tidak mahu lagi berjumpa dengan dia kerana hubungan sepupunya dengan Haziq.

" Ada aku kisah? Kalau dah terjumpa, jumpa je lah.",ujar Adli selamba sambil makan sandwich tuna yang dibuat Feeya.

Kalau boleh dia mahu mengenali diri Feeya yang sebenar. Betulkah apa yang diceritakan oleh Haziq tentang perangai Feeya itu? Kalau benarlah Feeya curang terhadap Haziq, dia sanggup membalas dendam terhadap wanita itu untuk pihak Haziq. Boleh sahaja dia mempermainkan perasaan Feeya supaya dia menyesal akan perbuatannya terhadap Haziq.

"Buku bertemu ruas. Silap besarlah."

____________________

Jam tepat pukul 9 pagi. Mesyuarat yang dinanti-nantikan oleh Feeya dan rakan sekerjanya, Izzul bakal dijalankan sebentar lagi.

Mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat 5 minit awal untuk bersiap sedia dengan bahan yang hendak dibentangkan kepada bos syarikat besar tersebut.

Tak lama kemudian,bos Syarikat Ammara Pearl, Dato Sri telah tiba dengan ahli-ahli korporat atasan yang lain.

Kelihatan ruang di dalam bilik mesyuarat tersebut sudah dipenuhi dan Feeya ingin mula mengendalikan mesyuarat tersebut namun dihalang Izzul.

Feeya termangu.Kenapa?

"Ada lagi seorang orang atasan yang patut kita tunggu."

"Tapi Dato Sri dah sampai kan?"

Feeya melihat Dato Sri yang seolah-olah sedang menunggu seseorang yang penting baginya.

"Tak boleh,selagi dia tak datang, mesyuarat tak diteruskan sebab tender ni di bawah urusan dia.", terang Izzul perlahan.

"Siapa dia tu?", soal Feeya.

Belum sempat Izzul menjawab soalan Feeya,Adli bersuara daripada belakang.

"Saya,Adli bin Dato Sri Khalif. Pewaris Syarikat Ammara Fashion.",senyum Adli mesra. Dia dengan segaknya berjalan ke arah tempat duduknya di sebelah Dato Sri.Sudah lambat datang, buat-buat tak bersalah pula tu.

"Apa masalahnya? Asalkan aku datang tunjuk muka sudahla.", desis hati Adli menenangkan dirinya yang sebenarnya gentar melihat riak wajah ayahnya ketika itu.

Feeya masih terpaku.Dia bertemu dengan Adli lagi.Semestinya dia akan bertemu lagi dengan Adli kerana Adli adalah bos di syarikat itu.

Izzul menyedarkan Feeya dari lamunan. Mahu bermesyuarat boleh terpaku pula.

__________________

"Caramel latte untuk cik."

"Terima kasih.",ujar Feeya. Dia hanya mendiamkan diri selepas itu.

"Feeya,do you have any problems?",soal Izzul yang bersama dengan Feeya dari tadi untuk minum petang di cafe berdekatan pejabat mereka. Namun, sejak mereka berada di cafe tersebut, Feeya lebih suka berdiam diri daripada berbual dengannya.

"Nothing. Just.. slightly shocked dengan perkara yang terjadi.", balas Feeya perlahan.

"Mind to share?"

Feeya menceritakan kepada Izzul bahawa Adli tidak sepatutnya menjadi bos mereka. Dan dia sepatutnya mengetahui dari awal lagi siapa yang akan mengetuai team syarikat di tempat kerjanya.

"Dia.. ada kaitan dengan masa silam awak ke?", Izzul mula curiga dengan hubungan Feeya dengan bosnya, Adli itu.

"Tak pun.Cuma saya tak dibenarkan jumpa dia dalam hidup saya lagi. Walaupun bukan salah dia."

"Adli tu siapa?"

"One day I'll tell you ok. Dahla lupakan je, yang penting sekarang ni saya ada something nak tanya. Boleh?"

Izzul mengangguk perlahan.

"Boleh saya mohon untuk tukar department?"

________________

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Feeya bercadang untuk balik ke rumah sebelum masuknya waktu Mahgrib nanti.

Tambahan lagi,sudah berjanji dengan keluarganya untuk makan malam kerana sudah hampir seminggu dia sering tidak sempat makan malam bersama mereka disebabkan presentation yang banyak perlu disiapkan.

Sebaik sahaja keluar daripada lif di basement,Feeya berjalan menuju ke tempat keretanya diparkir.

Tiba-tiba dia terserempak dengan Adli yang juga sedang menuju ke tempat parkir keretanya yang berdekatan.

"Kereta kau dalam seminggu lagi siap repair,takpe kan? Ni kereta siapa?", Adli memberitahu Feeya mengenai keretanya yang hampir separuh rosak dek kemalangan lewat malam semalam.

"Memang kereta spare.. Rasanya boleh bagi no telefon bengkel tu je kot. Senang nak keep in touch dengan pomen directly."

"Wah, orang nak tolong, tapi berlagak sombong pula pekerja saya ni.",perli Adli sambil tersenyum sinis.

Feeya tersentak.

"Aku tak suka tengok muka kau. Kenapa, bos?", jawabnya kasar.

"Hamboi,cakap tu berlapik sikitla. Kau beruntung kerja bawah aku tau. Senang nak jumpa bekas laki kau tu. Ambillah hati dia balik. Betul tak?", kata Adli tenang.

"Dia dah takde dalam kamus hidup aku.Aku dah buang dia macam dia buang aku dulu. Bagitau kat dia,mati hidup semula aku pegang pesanan dia kat aku dulu. Plus, dah2 la jadi reporter dia weh."

"Reporter?",Adli keliru.Selama ini dia ingat Adli menjadi orang perantaraan antara dia dan bekas suaminya?

"Yes. Kau jadi tukang update kisah aku kat dia kan selama ni? Nama je bos, tapi lagi suka jadi kuli orang.Crap.",ujarnya selamba lalu terus memasuki kereta dan meninggalkan tempat tersebut.

Adli menggaru kepalanya.

"Bila masa pulak aku tukang report kat Haziq? Dah la takde upah. Nonsense ah perempuan ni. Padan Haziq taknak.",Adli terus menuju ke arah keretanya.

Tujuannya hendak ke blind date malam itu pun terbantut kerana sudah tiada mood.Mahu sahaja balik ke rumah tidur dan rehat sepuas-puasnya. Serabut pula dengan tuduhan yang diberikan Feeya terhadapnya.

Ya. Kebiasaannya Adli sudah banyak kali keluar untuk blind date dengan pelbagai jenis perempuan. Dia mahu mula mencari calon yang sesuai untuk menjadi isterinya kerana jika tidak berkahwin dalam tempoh terdekat ini,dia mungkin bakal dikahwinkan mengikut aturan keluarga.

Namun, masih tiada lagi yang berkenan di hati.Tula, berperangai playboy lagi, kan sudah susah nak mencari cinta sejati.

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now