Bab 17

3K 56 13
                                    

"Lepas ni apa schedule I?", soal Maya. Usai sahaja penggambaran untuk majalah 'Woman of the Month' keluaran terbitan Fashionista itu, dia terus mencapai kerusi untuk duduk.

"Lepas ni no more shooting for today, cik Maya.", jawab pengurus peribadinya.

Maya mengangguk kecil. Sambil-sambil itu, dia asyik memandang skrin paparan telefonnya seperti menantikan sesuatu. Menantikan seseorang untuk menghubunginya? Namun, penantian itu tidak lama. Dia berhenti mengharap.

"Lelaki. Makin lama kenal, makin jemu lah dia.", desis hatinya geram.

Melihat Maya seperti dalam khayalan, Ika merangkap pada pengurus peribadinya cuba menegur untuk sampaikan sesuatu, "Cik Maya, I think I ternampak Haziq dekat bawah tadi tapi I tak tahu dia pergi jumpa siapa."

"I see. Probably dia singgah jumpa Adli tu. Biar je lah, nanti dia nak contact I dia call la.", balas Maya dengan ekspresi yang tenang. Ekspresi sahaja yang nampak tenang, dalam hati ni, siapa saja yang tahu?

"Or probably... not Adli.", terlintas perkara itu di fikirannya. Agak random, tapi itulah yang disangkanya sejak kebelakangan ini.

♡♡♡

Haziq cuba ditahan oleh sekretariat Adli namun tidak berjaya. Haziq terus memasuki ruang pejabat Adli.

"Lama tak jumpa.", tegur Haziq mesra lalu mengambil tempat duduk di sofa berhampiran. Adli yang sedang sibuk meneliti beberapa fail terus menghentikan perbuatannya seketika. Kaca mata ditanggalkan memperlihatkan wajah tampannya dengan lebih jelas.

"Datang dah dia ni.", ngomel Adli dalam hati. Kedatangannya sangatlah tidak dialukan namun sudah diduga. Sejak ketegangan yang berlaku antara mereka sebelum ini, sudah lama mereka tidak bersua muka. Tetapi, baru-baru ini, mereka bertemu jua kerana Julia mengajak mereka sekali lagi untuk gathering bersama.

Tiada apa-apa pergaduhan lagi. Masing-masing tidak mengungkit semula hal yang berlaku mengenai Feeya. Konflik antara mereka berdua seolah-olah telah selesai tanpa kata putus daripada kedua-dua belah pihak. Betul ke dah selesai?

"Apa khabar?",sambung Haziq lagi.

"So far so good. Yang kau, takde angin takde ribut, datang ke sini ada apa-apa ke?", Adli terus mempersoalkan niat sepupunya itu ke mari.

"Takde apa-apa. Saje jenguk. Kenapa? Dah tak suka ke aku datang?", Haziq cuba mengelakkan diri dari soalan Adli.

Adli membalas dengan riak wajah yang serius, "Bukan apa. Aku tahu kau datang sini pun sebab nak jumpa Maya selalu kan? Aku tahu korang berdua tengah... 'hangat bercinta'."

"Cis, mana ada hangat bercinta. Kita orang baru kenal-kenal as kawan je la. Lagipun tak boleh la dengan Maya tu. Dia agak... apa tu orang kata, 'high maintenance'. Jauh beza."

"Jauh beza dengan siapa?", Adli bertambah curiga. Haziq maksudkan Feeya ke?

"Entahlah.", jawab Haziq ringkas.

♡♡♡

"Entahlah?"

"Dia ni memang sengaja sangat buat aku tertanya-tanya.", ngomel Adli sendirian.

Dia mengurut dahinya. Mula terasa pening memikirkan perihal sepupunya itu. Terlalu lama menghadap komputer juga pun satu. Bukan setakat sakit mata, boleh sakit satu badan dibuatnya dek kerana duduk terlampau lama di pejabat dari pagi hinggalah jam menunjukkan jam 9 malam.

Dia mengambil langkah keluar dari bilik pejabatnya. Kelihatan semua pekerjanya sudah mula pulang pada pukul 6 petang tadi, namun langkahnya terhenti setelah terlihat Feeya masih berada di meja kerjanya.

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now