Bab 5

5.4K 53 2
                                    

"Alamak.. Pengsan pulak perempuan ni..Camne nih?",Adli menggaru kepalanya.

Setelah lama berfikir,akhirnya Adli mengambil keputusan untuk mendukung Feeya masuk ke dalam keretanya untuk dihantar ke hospital.

"Hello,Amir,kat Jalan Mutiara 2A Damansara ada kemalangan kecil,tolong hantarkan kereta bernombor.....",Adli membaca nombor plat kereta tersebut.

"WPJ 257 kereta Honda CR-V biru gelap. Hantar dekat workshop biasa.Okay..Thanks,bro."

Segala barang peribadi Feeya dibawa sekali dan meninggalkan kereta yang sudah separuh rosak itu.

_____________

Telefon Adli berbunyi.

"Hello,pa..Pasal projek advertisement kat JB tu? Oh,all the files dah bagi kat officer yang in charged and esok ada mesyuarat nak discuss more details.Umm,nak on the way balik ni.. Yes,I'm driving now.. ish,orang takkan gi club la...Ya,lah..Alright,bye pa..see you tomorrow.",Adli mematikan panggilan telefon tersebut.

"Eii,letih betula​ dengar papa bebel.."

"Dahla kena attend projek tu lah..ini lah..Banyak sangat tender..Time papa yang uruskan,takde pulak banyak tender..Time aku pulak,memang mengena lah.."

"Takleh gi club"

"No more fun"

Satu demi satu keluhan dinyatakan oleh Adli sambil memandu untuk menuju ke hospital.

"Ni lagi satu hal,elok pula malam ni aku baik hati sangat nak menolong perempuan nih..Ya Allah takdirnya..Huh!",Adli mengerling matanya melihat wajah Feeya yang masih tidak sedarkan diri.Adli tergamam.

Eh jap! Adli memandang Feeya di sebelahnya sekali lagi.Dia menyelak rambut Feeya ke tepi. Matanya terbeliak,nafasnya seakan tersekat.

"FEEYA?!"

____________

Penglihatan semakin cerah.Matanya pula samar-samar terbuka.Feeya semakin tersedar.

Tiba-tiba dia dibaling bantal kecil oleh Adli.

"Aduh!",Feeya menggosok lengannya.Dia memandang Adli dengan marah.Mengacau lena orang je!

"Sakitlah,baling-baling!Apa jenis nurse nih?!",teriak Feeya.

Adli mengerutkan dahinya.Tak sangka kesan selepas kemalangan kecil boleh jadi macam tu sekali pada Feeya.

"Nurse apa benda kau nih? Wah,,nyenyak kau membuta atas sofa aku,bangun-bangun je meroyan tak tentu pasal dah kenapa?"

"Dah tu..aku kat mana ni?",Feeya mula rasa janggal.Dia memandang Adli dengan teliti.

"Adli?!",jerit hati Feeya.Dia menampar pipinya banyak kali.Adli menghalangnya dengan menarik kedua-dua tangannya.

"Eh,gila ke?!"

Feeya menepis.

"Lepas!Lepas!",habis tangan Adli ditepuk-tepuk dengan kuat.

"Kau....Adli kan?"

"Eh,takla Adlina..Huh! Dah tu? Ada ke patut tanya lagi..",Adli menjawab selamba.

Feeya lari dan duduk jauh daripada Adli.Dia mencapai bantal bagi melindunginya.

"Kau dah kenapa lagi nih,Feeya?",Adli memerhati dengan kehairanan.

"Ni mesti Haziq..Hah ya,Haziq yang suruh kau culik aku kan? Pastu nak bunuh aku? Kan?! Baik kau mengaku!",Feeya memberi tekaan.Bila dah nervous,macam2 perkara yang mula difikirkannya.

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now