Bab 16

2.2K 44 12
                                    

Sepanjang perjalanan, Feeya hanya membisukan diri. Dia masih segan dengan perkara yang berlaku di restauran tadi. Dia tidak pasti sama ada dia segan akan tingkahnya yang agak cuai sehingga skirtnya terkoyak ataupun...dia segan akan pertanyaan yang disuakan Adli.

"Aku? Sukakan Haziq lagi?", sudah lama dia ketepikan fikiran sebegitu. Sudah berbulan-bulan dia berusaha melupakan Haziq yang pernah menjadi insan yang teristimewa baginya. Kini, dia sudah bangkit daripada kisah silamnya itu dan tidak pernah sejenak pun dia terfikir akan perasaannya yang sebenar....terhadap Haziq.

"Tapi.. kenapa Adli yang tanya? Kenapa dia nak tahu perasaan aku terhadap Haziq?", Feeya terus dibayangi pelbagai persoalan sehinggakan tidak perasan mereka sudah tiba di hadapan rumah milik Adli.

Adli memandang ke arah Feeya. Mereka saling berpandangan dan masih terkelu buat seketika. Pantas masing-masing mengalihkan pandangan. Ya Rabbi, awkwardnya! Tiba-tiba sahaja mereka berdua berasa janggal antara satu sama lain.

"Terima kasih. Aku..balik dulu.", Feeya ingin keluar dari kereta namun lengannya dicapai Adli. Feeya kelihatan sedikit tersentak.

"Aku tanya lagi sekali. Kau masih sukakan Haziq? Sayang dia?", Adli memberanikan diri menanyakan soalan sebegitu pada Feeya. Dia tahu soalannya itu pasti membuatkan Feeya tertanya-tanya akan motif dia yang sebenar. Dia mahukan kepastian tentang perasaan Feeya.

Mereka saling berpandangan lagi. Kelihatan mata Feeya mula berkaca menahan sebak. Dia melirikkan senyuman kecilnya terhadap Adli. Senyuman yang membawa seribu satu duka.

"Aku tak tahu. Aku terlampau tekad untuk bangun..sampai aku tak pernah terfikir pun pasal perasaan aku.", balas Feeya.

"Tipulah kalau kenangan yang dah terbina 3 tahun lepas dah terpadam. It's just been months, but I could say I'm coping very well now.Kan?",sambungnya lagi.

Tiada sesaat itupun Adli melepaskan pandangannya terhadap lain kecuali Feeya. Dia mula diselubungi rasa bersalah kerana menimbulkan isu tersebut kepada Feeya.

Adli mengangguk perlahan, "Yes, you are. Just... keep going on. Kau antara orang yang paling kuat aku pernah jumpa.",ujarnya bagi meyakinkan Feeya. Kata-kata manis yang diungkapkan dengan lirikkan mata yang kadangkala menambahkan debaran degupan jantung, Feeya merasai niat jejaka itu yang penuh dengan keikhlasan. Buat kali pertama. Hatinya tersentuh.

Feeya tersenyum. Air matanya yang hampir berjujuran cuba diseka oleh tangan Adli.

Keadaan itu membuatkan mereka saling berpandangan lagi.

Kali ini lebih seriau.

Agak menjanggalkan.

Feeya menggeleng-geleng kepalanya, cuba memproses perkara apa yang sudah terjadi tadi. Kenapa jantungnya berdegup kencang?

Adli? Selepas menyentuh wajah Feeya, dia jadi nervous tiba-tiba. Terus masing-masing berpaling arah.

"Rasanya, dah boleh keluar kot. Kereta kau..kat depan tu, hah depan tu.",ujar Adli cuba menghalau Feeya.

Feeya cepat-cepat keluar dari perut kereta lalu meninggalkan Adli seorang diri di dalam kereta. Tak sangka satu soalan saja boleh buat dia tidak keruan. Mainan perasaan betul.

♡♡♡

"Dia cakap macam tu kat aku?"

"Sejak bila dia sweet talker ni?"

"Dia cuba lap air mata aku jugak.. O.M.G..."

Feeya tersengih malu membayangkan kejadian tadi. EH! Terus dia menampar lembut pipinya berkali-kali.

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now