Bab 21

2.3K 33 9
                                    

Kereta diparkir di luar rumah. Feeya bergegas keluar dari keretanya dan mendapatkan ibu dan adik bongsunya di dalam rumah.

"Ummi. Neeysa.", terus dia memeluk kedua-dua insan tersayang di depannya itu.

Seperti hendak luruh jantungnya tatkala menerima panggilan dari Ummi yang sedang menangis tadi.

Hospital mengesahkan Abah terlibat dalam kemalangan kecil tidak jauh dari kawasan perumahan dan ianya terjadi sewaktu Abah ingin menghantar pesanan kek buatan Ummi kepada pelanggan.

Feeya yang dalam perjalanan ingin berjumpa dengan Izzul terpaksa menangguhkannya hingga ke petang. Terus dia berpatah balik ke rumah. Hati ini berdebar penuh takut, risau, sedih. Semua bercampur baur.

"Jom. Kita pergi hospital. Abah mesti tak apa-apa. Abah kuat.", ujar Feeya mengumpul segala kekuatan jiwa yang ada untuk Ummi dan Neeysa walaupun air matanya tidak dapat dikawal lagi.

•••

"Keadaan Encik Yussry sudah stabil. Hasil pemeriksaan mendapati suami puan mengalami kecederaan dan juga sedikit retakan pada kaki kirinya. Jadi buat masa ni, kami akan buat rawatan yang sepatutnya untuk proses pemulihan. Selain daripada itu, tiada apa yang membimbangkan mengenai Encik Yussry. InshaAllah."

Kelihatan Ummi sedikit lega selepas mendengar penjelasan dari doktor itu tadi. Mereka bertiga berada di sisi Abah menanti Abah untuk sedarkan diri.

Sudah hampir 2 jam berlalu, barulah Abah sedar dari tidurnya.

"Abah okay je. Tak perlu risaulah. Kaki ni hah, sekejap je ni lepastu eloklah balik."

"Degil. Dah tahu kaki tu tak kuat mana.", Ummi tidak mahu mendiamkan diri.

Yelah, sudah separuh abad bersama, memang sudah kenal perangai suaminya yang tidak mendengar cakap.

Kaki Abah memang kebelakangan ini kerap lenguh tetapi dianggapnya sakit orang tua yang biasa sahaja. Setakat mahu hantarkan pesanan kek dan juga tart yang Ummi buat setiap hujung minggu itu apalah sangat.

"Dah. Lepas ni, biar Feeya upah runner hantarkan order. Paling tidak pun, hujung minggu kalau Feeya free boleh sangat nak tolong hantarkan. Cakap je dengan Feeya. Tau?", tiba masa anak pula yang bertegas. Jarang nampak Feeya begitu. Barangkali tiada Dhia, kakak sulungnya, dialah yang harus menggalas tanggungjawab yang ada. Ini kalau Dhia tahu ni, lagi banyaklah dia membebel. Sampai Ummi pun kalah.

Neeysa mengangguk setuju, "Dengar tu, Abah. Duduk rumah diam-diam teman Ummi dengan Neeysa je.", ujarnya tersedu-sedan sambil melentokkan kepala pada lengan ayahnya. Masih tidak hilang sedunya dari menangis tadi. Alahai sedih tengok.

"Feeya, kamu bukan ada kerja ke pagi tadi?", keliru ayahnya melihat Feeya di situ.

"Oh, Feeya minta bawakan ke pukul 4 petang nanti. Takpe je. Abah, ada kerja penting mana sekali pun, Feeya tetap utamakan Abah."

Terukir senyuman terharu pada wajah ayahnya. Anak-anaknya membesar dengan baik sekali. Biarlah berjujuran air mata sekalipun, perasaan sayang itu tidak pernah sesekali mereka sembunyikan dengan ayat-ayat tersirat. Pasti ikhlas tutur katanya dari hati.

"Group hug semua.", Neeysa mendepakan tangan seluas-luasnya.

Ummi melihat jam di dinding. Sudah hampir pukul 3:15 petang.

"Sudah, Feeya. Baik kamu gerak dulu. Nanti tak sempat pula sampai sebelum pukul 4.", pesan Ummi.

"Yelah. Nanti habis je urusan, Feeya datang balik sini tau. Abah, rehat elok-elok."

•••

"Feeya. Kotak apanya tu?", Izzul berjalan ke arahnya. Hairan pula dia melihat Feeya datang dengan membawa dua buah kotak.

Dia sepatutnya ada perjumpaan dengan beberapa wakil korporat untuk berbincang mengenai projek yang akan datang bulan hadapan bersama Feeya selaku pembantunya. Nasib Feeya sempat datang tepat pada waktu.

"Oh. Ada yang tempah homemade tart mak saya. Kebetulan tempatnya dekat sini juga, jadi biar saya je lah yang hantar kan."

"Dekat mana kena hantar?"

"Katanya... Tingkat 3A.", sambil memeriksa mesej yang dihantar pelanggan itu sekali lagi.

"Oh. Jomlah. Kita pergi sekali."

•••

"Hi. Cik Julia ya?"

"Yes! Sampai dah tartnya."

"Sorry terlambat pula."

"Eh takpelah. Janji sampai. Tuan empunya birthday dah lama tak merasa tart yang sesedap ni. Mesti dia suka."

"Oh yeke? Siapa oran--", kata-kata Feeya terhenti seketika apabila melihat kelibat Adli tidak jauh dari situ. Tidak cukup hari bekerja jumpa dia, hujung minggu pun nampak juga muka dia. Haih.

Feeya tidak mahu Adli tahu keberadaannya disitu lalu pantas menghentikan perbualannya dengan Julia.

"Alamak saya kena cepat ni. Sampaikan pada orangnya saya ucap selamat ulangtahun ya. Harap semua enjoy the tart. Terima kasih sangat-sangat sebab order."

"Jumpa lagi.", tidak sempat Julia membalas, Feeya sudah memanggil Izzul dan beredar meninggalkan tempat itu.

Julia hanya mampu memerhati mereka hilang dari pandangan. Adli datang menegur dari belakang membuatkan Julia terperanjat sedikit.

"Usha siapa tu?"

"Orang yang hantarkan tart ni."

"Oh. Ingatkan Il.. ehem.. ehem..."

"Ilmi.", sengaja Adli mengusik rakannya itu.

Julia mengerling tajam. Sejak Adli tahu kisahnya dengan Ilmi dari mulut Maya, bahaya betul. Ada je peluang, mesti nak mengusik orang. Sama je dua-dua, tidak boleh dipercayai langsung.

"Nah! Orang tu tadi, she wished you a BLESSED happy birthday.", mahu hempuk sudah besar. Tak mengapalah, hadap sahajalah Julia.

"Weh, blueberry tart weh! Sedap ni.", Adli mengejar dari belakang. Perangai kebudak-budakkan takkan hilang kalau ada Julia dengannya.

•••

Perbincangan sudah pun selesai setengah jam yang lalu. Feeya masih kekok. Dia hanya mendiamkan diri sejak dia menghantar tart tempahannya itu pada Julia.

Mengapa Adli juga berada di situ? Mahu bertanya, mereka mana ada bergaul sejak 'pertelingkahan' yang berlaku tempoh hari yang lalu.

Dia tahu Adli masih terkesan dengan kata-katanya. Tetapi bukan dia mahu menjauhkan diri dari Adli pun. Dia risau orang sekeliling Adli salah faham sahaja. Tidak henti-henti bermain di fikirannya.

Izzul di hadapan melambai-lambai tangannya. Lamunan Feeya terhenti.

"Tuan Adli takde pressure awak lagi kan?", terus ditanya dengan soalan begitu.

"Eh, takdelah.", tempelak Feeya.

"Feeya. Saya ni takdelah lama sangat kenal awak. Tapi saya tahulah kalau orang tu ada masalah atau tidak. Mind to share?"

"Ada someone ni.. Saya tak nak.. Saya tak nak dia terlibat dengan masalah saya lagi. Bukannya nak membenci atau apa, cuma saya tak nak dia dalam kesusahan disebabkan saya juga."

"Saya tahu dia patut marah dekat saya. Tapi, for our own good sake, tak salah kan?", Feeya cuba menerangkan situasi konfliknya pada Izzul.

Izzul hanya memandang Feeya, berfikir dan cuba meletakkan dirinya dalam situasi tersebut.

"Tak salah. Sebab memang untuk kebaikan korang berdua. Dialah yang sepatutnya kena faham."

"Kan!"

"TAPI. Katakan lah eh, walaupun dia faham awak buat semua ini sebab tak nak susahkan dia, itu tetap terpulang pada dia whether he still wants to be with you through thick and thin."

"What for? Saya ni siapa je, Izz."

"Tu awak kena tanya dia sendiri for what reason."

•••Bersambung•••

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now