Bab 8

2.3K 28 2
                                    

Dikenakan dengan floral dress yang elegan, Feeya tersenyum ceria ketika sampai di tempat kerjanya. Dia menyusun segala fail yang akan dihantar sebentar sahaja lagi serta barang-barang yang lain di atas meja kerjanya. Sementara menanti kedatangan Izzul ke pejabat, dia berlalu ke pantry untuk menyiapkan minuman kopi untuk dirinya sebagai permulaan hari bekerja. Memang tak sah kalau tak minum latte kegemarannya setiap pagi,barulah bertenaga nanti.

Selesai menjamu breakfast di pantry, dia pun berlalu ke arah mejanya untuk menyambung tugasan yang perlu dipersiapkan. Terlihat kelibat seorang jejaka yang berada di hadapan meja kerjanya. Dia sedang berborak dengan Kak Fah yang berada tidak jauh daripada situ. Terus Feeya meluru ke arah lelaki tersebut yang dianggapkan Izzul. Dia ingin menyerahkan fail yang disiapkan lewat malam semalam dan memerlukan pengesahan daripada pihak Izzul. Namun langkahnya terhenti, senyumnya bagaikan diresap setelah melihat wajah lelaki tersebut.

Rupa-rupanya lelaki tersebut ialah Adli. Padanlah sosok kelihatan sedikit berbeza tetapi tidak terfikir pula orang itu adalah Adli yang sanggup datang menjenguk anak-anak buahnya bekerja. Selalunya, sewaktu meeting sahaja Adli menunjukkan mukanya, itupun kalau meetingnya itu sangat penting. Kalau tidak, memang jarangla nak tengok kelibatnya di syarikat ini sampaikan tidak yakinlah dia yang bakal menjadi pewaris syarikat tersebut. Mimpi apa sampai datang ke sini? Ke department Feeya bekerja pula tu.

"Hai, suram je riak wajah tu. Ada masalah ke? Ke tak breakfast lagi?",tegur Adli tenang.

Feeya terus duduk di ruang kerjanya dan buat-buat sibuk dengan dokumen kerjanya,"Tadi okay je, tiba-tiba pula beralih mood. Tak tahu pula kenapa."

"Oh, biasalah tu. Perempuan kan. Mungkin datang bulan?",usik Adli. Memang sengaja mencari nahas dengan Feeya jikalau ada peluang. Suka melihat reaksi dia.

Feeya menerpakan pandangan tajamnya ke arah Adli.
"Nasib sahajalah kau bos. Kalau tidak dah lama kena cincang depan-depan.",desis hati Feeya.

"Ya? Ada cakap apa-apa ke tadi? Ke luahan hati tu? Macam sayup-sayup pula bunyinya.",tak habis-habis lagi mengusik. Dia tahu Feeya sedang menyembunyikan perasaan geram terhadapnya tapi masih dikawal. Entah apa yang digeramkan sangat padanya. Risau sebab dia merupakan sepupu Haziq? Mungkin juga tu.

"Aduh!",semua melirik ke arah salah seorang pekerja wanita yang terjatuh ketika mengangkat beberapa kotak prop. Adli terus meluru untuk membantu wanita itu.

Dia menghulurkan tangannya kepada wanita tersebut, "Mari saya tolong."

"Boleh jalan tak ni? Ada luka mana-mana ke?",soal Adli dengan nada yang risau. Pandangannya terhadap wanita itu membuatkan wajah wanita tersebut merah padam menahan rasa malu. Cair pula lihat wajah boss yang tampan itu. Betul la dengar kata orang, pewaris syarikat ini tampan rupanya. Lagi tampan bila lihat depan-depan.

"Kau tengok, halah sweet nau boss kita tu. Kalau aku yang jatuh tadi, memang aku buat-buat kaki aku patah je.",ngomel Kak Fah.

"Kan! Kalau macam tu silap-silap boss dukung sampai ke kereta balik nanti.",celah salah seorang rakan sekerja yang berada di sebelah Kak Fah itu. Feeya yang mendengarnya pula naik menyampah.

"Harap muka saja helok, perangai nauzubillahiminzalik.",ujar Feeya dengan perasaan geram. Macam manalah semua boleh tertarik dengan perlakuan lelaki itu. Dikatakan ala-ala 'gentleman' tetapi apa yang Feeya lihat Adli sengaja mengambil kesempatan terhadap wanita. Ucapkan kata-kata manis,pegang-pegang pula tu. Memang itu ultimate skills si dia. Bukannya datang untuk bekerja, padahal datang untuk menggatal. Jemu.

Feeya bangun daripada tempat duduknya lalu berjalan ke arah pantry. Cuba menjauhkan lelaki itu daripada pandangannya buat sementara waktu. Harap-harap cepatlah dia beransur pergi meninggalkan pejabat kalau tidak memang tak senanglah mahu bekerja seharian hari ini.

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now