Bab 14

2.3K 38 6
                                    

Cengkaman pada baju Haziq dilepaskan. Adli menyeka darah yang mengalir pada bibirnya dek kesan tumbukan tadi.

"Kau jangan risaulah."

"Aku tak pernah dan tak akan pernah serius dengan mana-mana perempuan pun."

"Great then. Aku nak kau teruskan macam tu. Teruskan sebab aku..aku tak boleh..", Haziq cuba menghabiskan kata-katanya tapi ianya terasa seperti susah untuk diungkapkan.

Adli memaling tajam ke arahnya, "Tak boleh apa?"

"Tak ada apalah.", dengan dinginnya Haziq terus beredar meninggalkan rumah Adli.

Adli memejamkan matanya seketika. Kepalanya pusing memikirkan hal yang terjadi semalam. Entah bagaimana kata-kata Haziq itu membuatkan dirinya berasa curiga dan ingin tahu apa yang cuba disampaikan Haziq.

"Takkan dia.."

"Ada hati lagi dengan..."

"Boss.", tegur Feeya yang sudah berada di hadapan mejanya sejak beberapa minit yang lepas.

Adli membuntangkan matanya setelah melihat Feeya lalu terus bangun dari tempatnya dan menjauhkan diri dari Feeya.

"Boss.. Boss okay tak ni?",soal Feeya. Cemas dibuatnya melihat keletah majikannya yang dalam ketakutan seperti disampuk hantu.

"Bi..bila masa kau masuk bilik aku? Tak reti ketuk ke hah?!"

Feeya mengangkat keningnya tanda hairan, makin lama makin meluat pula dengan perangai lelaki itu, "Datang balik dah perangai buruk dia ni. KETUK?! Dah berpuluh kali kot rasanya sampai lenguh tangan. Kesian lah hai dapat boss pekak!", desis hatinya dengan geram.

"Maaf, boss. Saya yang benarkan cik Feeya masuk sebab dah call boss guna operator banyak kali dah tapi tak berjawab. Ketuk pun dah banyak kali boss.", jelas pembantu peribadi Adli cuba menenangkan ketegangan yang seolah-olah dapat dirasai antara Feeya dan Adli.

"Saya nak tolong serahkan proposal baru ni. Encik Izzul ada lunch meeting dengan salah satu investor projek jadi tak sempat nak serahkan pada boss sebelum meeting esok pagi.",terang Feeya yang ingin sahaja meninggalkan tempat itu secepat mungkin sebelum dia kehilangan sabar. Baru sahaja semalam dia bersemangat untuk berbakti pada syarikat majikannya sebaik mungkin. Sabar Feeya, sabar.

Adli mengambil fail yang dihulur itu. Dia duduk di kerusinya semula dengan tenang, cuba menahan malu terhadap perbuatannya tadi. Tanpa sebarang kata, dia mengangkat tangannya menyuruh Feeya dan pembantu peribadinya itu keluar dari biliknya.

"Baik, boss.", balas pembantu peribadinya bernama Catrina dengan tenang.

Pintu dikelik tutup. Feeya dan Catrina melepaskan keluhan kecil. Kedua-dua dirinya dan Catrina berbalas pandangan lalu terus tergelak.

"I salute dengan you, Catrina. Kalau I la kan, dah lama dah tukar kerja.", Feeya memuji etika kerja yang ditunjukkan oleh Catrina. Tetap sabar dalam setiap keadaan. Lagi-lagi dengan Adli itu.

"Hahaha, i dah terbiasa sangat dah dengan perangai boss yang selalu tak dapat dijangka tu. Key point dia, kena selalu cakap 'Maaf' atau 'Baik' saje, settle masalah."

🌼🌼🌼

Adli melemparkan fail-fail yang disediakan itu ke atas meja mesyuarat.

"Ini ke yang dimaksudkan high quality paperwork? Ini ke yang kita nak bagi, nak tunjuk and nak present dekat pelabur-pelabur penting kita?", tak henti-henti Adli menyoal soalan yang berunsur sinis menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan hasil kerja anak buah syarikatnya itu. Terutamanya dari team marketing, team Izzul.

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now