Bab 15

3.4K 51 18
                                    

Adli menunjukkan riak wajah yang kurang mesra sambil bersilang tangan. Sudah hampir setengah jam dia menanti di bahagian parkir kereta syarikat seperti yang dijanjikan dengan seseorang.

Kelibat Feeya mula muncul dari perkarangan lobi yang berdekatan kawasan itu. Dia melangkah ke arah Adli yang sedang menunggunya. Cukup tidak senang. Bagaimana mahu berhadapan dengan dia? Feeya jadi kekok serta-merta. Mahu marah, dia sudah banyak kali berada di dalam situasi di mana dia menjadi penyelamat Feeya. Mahu berbaik, rasa geram tatkala dimalukan di pejabat siang tadi masih membelenggu dirinya.

Adli mencampakkan kunci kereta padanya, "Lambat. Kau ingat aku tak ada kerja nak menunggu kau?"

"Lain kali bagitahulah awal. Aku pun ada MELAMBAK kerja nak kena buat SEORANG.", dia menekankan isi tersirat di sebalik ayat yanh diungkapkan itu.

"Kau perli aku? Kau lupa aku boss kau?", Adli mula rasa tercabar.

Melihat jam tangan yang dipakainya, Feeya berkata, "Well, sekarang di luar waktu bekerja kan so keep the business away la.", Feeya kemudiannya tercari-cari di mana kereta asalnya itu diparkir. Butang kunci sudah ditekan, tetapi tiada satu bunyi kereta pun yang kedengaran.

"Mana kereta aku?"

"Dekat rumah aku, pomen tu terus hantar ke rumah aku lewat petang tadi."

Feeya mengerutkan dahinya, mukanya sudah merah padam. Dia sudah seharian bekerja menyiapkan tugasan yang diberi kemudian sanggup pulang ke rumah dahulu bagi meninggalkan kereta yang diguna sebagai gantian sementara dan datang ke situ dengan menaiki Grabcar, hanya untuk segugus kunci yang keretanya tiada di situ?

"Weh! Aku datang sini naik Grab tau dengan harapan aku balik dengan kereta aku yang dah siap direpair tu. Kalau setakat nak serah kunci SAHAJA, lain kali pun boleh kan? Tak pun terus suruh aku datang rumah kau, kan senang? Haduh!"

"Aku pun baru nak balik rumah. Tumpang je la aku. Settle masalah, kan? Haduh!"

Masing-masing berbalas jelingan yang tajam seperti tiada seorang pun yang ingin mengaku kalah. Feeya bercekak pinggang, si Adli menamatkan ketegangan itu dengan keluhan.

"Tolong aku, boleh?"

Feeya tergamam tatkala mendengar soalan yang keluar dari mulut Adli. Tolong? Dia? Tolong apa?

🌼🌼🌼

//Flashback//

"Tt...tolong apa?", soal Feeya sedikit gugup. Barangkali buat pertama kali Adli ingin meminta bantuan darinya, dia berasa sedikit kekok.

Adli mengusap leher belakangnya. Sebenarnya dia hanya ingin meluangkan masa sebentar dengan Feeya. Dia cuba mencari alasan yang munasabah supaya Feeya sudi menolongnya.

"Tolong aku.."

Feeya masih menanti Adli menghabiskan kata-katanya dengan penuh curiga.

"Tolong teman aku pergi supermarket jap."

"Hah? Makin lama makin pelik perangai dia ni. Seriau aku.", desis hati Feeya.

Adli menerangkan bahawa dia baru sahaja diberitahu pembantu rumahnya bahawa dia akan mengambil cuti untuk beberapa hari atas hal kecemasan. Jadi dia perlukan bantuan seseorang untuk membelikan barang dapur sedikit untuk memasak di rumah buat sementara waktu. Done, tipu sunat.

Feeya hanya mampu mendiamkan diri, sedang memproses apa yang disampaikan oleh Adli itu. Niat di hati mahu menolong tetapi kerjanya masih belum diselesaikan. Kalau tidak siap, habislah dia yang kena esok.

"Sorry. Aku ada BANYAKKK lagi kerja nak kena settle ya encik boss. Aku balik dulu.", Feeya mula beredar namun pantas ditahan oleh lelaki itu.

"Ada something yang aku nak cakap dengan kau.", ujar Adli dengan nada yang serius.

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now