Bab 19

1.1K 25 5
                                    

//Flashback//

"Kenapa perlukan peluang dari dia?"

Soalan Adli itu membuatkan Feeya termangu seketika.

"Kau. Kau yang kena beri peluang pada diri sendiri. Dah berapa lama kau pentingkan orang lain berbanding diri kau sendiri?"

"Kau berhak untuk bahagia, Feeya."

//End Flashback//

Hak? Untuk kebahagiaannya sendiri?Itulah kali pertama dia diajukan perkara tersebut, membuatkan dirinya berfikir sejenak.

Terima kasih Adli, for that reassurance.

"Aduh. Perlahan la sikit.", ngomel Adli pada Feeya yang sedang menyapukan ubat pada tepi bibirnya yang luka.

"Yela ni. Dah cukup perlahan dah."

"Tulah, degil orang ajak bergaduh, dia pun nak bergaduh juga.", ujar Feeya sinis. Adli hanya mengerling tajam. Bila dah salah sendiri, senyap sahajalah.

"Dah. Jom gerak pergi lunch nak? Perut kosong lagi ni.", ajak Feeya yang tidak mahu lagi dihantar pulang selagi belum makan.

Adli memandang Feeya dengan riak wajah yang serius. Feeya mengangkat kening hairan.

"Kau oka.."

"Aku okay. Okay, Adli. Kau jangan risaulah.", pantas Feeya menjawab sebelum Adli sempat menghabiskan ayatnya.

"Tak usah tanya aku. Kau tu yang okay ke tak. Tengok muka tu, dah lebam sana sini dah.", risau pula melihat Adli begitu. Rasa bersalah dibuatnya. Kalau dia tak ajak Adli hari itu, sudah tentu mereka tidak akan bergaduh.

•••

//Flashback//

Haziq termenung sendirian. Fikirannya celaru.

"Haziq.", terus hilang lamunannya setelah mendengar namanya disahut. Pakcik Kiran sudah sedar dari pengsan.

"Daddy..Daddy okay tak ni? Ada pening-pening lagi ke?"

Ayahnya menggeleng. Lega melihat keadaan ayahnya sudah kembali stabil.

"Kalau macam tu, Haziq ambilkan makanan sekejap. Makan sikit lepastu makan ubat.", tangan kanannya ditarik perlahan oleh pakcik Kiran, menyuruh anaknya supaya duduk kembali di sebelahnya.

"Berbaiklah.", pesannya.

"Berbaik dengan Feeya. Berbaik dengan Adli."

"Perlu ke kita berbaik dengan orang yang dah hancurkan kepercayaan kita? Salah Haziq ke semua ni?"

"Ini bukan soal mencari salah siapa, Haziq. Sampai bila mahu saling membenci?"

"Daddy tahu kamu takut disakiti. Tapi bukan dengan cara menyakiti orang lain, nak."

//End Flashback//

Riak wajahnya seolah mendapat idea baru.

"Berbaik.", diulangnya ungkapan tersebut beberapa kali.

Kelibat Feeya mula membayangi mata. Haziq tersenyum kecil.

"Abanggg! Tadaa makanan dah sampai! Hari ni Feeya temankan abang sampai habis semua meeting. Okay?", terngiang-ngiang suara Feeya, senyuman manis Feeya dalam bayangannya.

Sejak kebelakangan ini, Haziq sering bermonolog tatkala bersendirian dalam bilik pejabatnya. Dia juga semakin banyak berhalusinasi dek kesan sampingan ubat tahan sakit yang diambil.

Sudah beberapa kali jugalah staf yang lain ternampak Haziq sebegitu seorang diri. Risau melihatnya. Kalau nak tegur, dia majikan. Kalau nak dibiarkan, takut melarat pula.

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now