Bab 11

2.2K 36 6
                                    

Hari penting yang dinanti-nantikan akhirnya sudah tiba. Majlis pelancaran bagi fesyen terbaru yang direka secara esklusif atas hasil kolaborasi antara Syarikat Ammara Fashion serta para pereka fesyen yang termashyur yang diterbangkan khas dari Jepun dan Perancis. Semua penggemar fesyen tempatan semestinya tidak sabar untuk menantikan keluaran yang tidak pernah menghampakan buat mereka sejak dekad yang lalu.

Sekitar jam 4 petang, kebanyakan prop di pentas peragaan sehinggalah sistem teknikal audio telah diteliti dengan rapi dan telus oleh semua staf Ammara Fashion dan terutamanya pihak penganjur yang sudi memastikan kelancaran program tersebut. Mereka bertungkus-lumus untuk memastikan majlis berprestij yang pertama diadakan di Johor Bahru ini bakal menjadi suatu lagi kejayaan yang membanggakan dalam industri fesyen di Malaysia.

"Ms. Feeya, here is the proposal. We have gone through it and very glad to collaborate with the project that you guys planned.",ujar seorang lelaki tinggi lampai yang dikenali sebagai wakil sekretariat daripada badan organisasi kebajikan mereka serta merangkap kepada orang penting dalam menjayakan apa jua jenis 'fundraising project'.

"Thank you, Mr John. Your team never dissapoint us. We will make sure it turns out the best.",Feeya menyambut fail yang dihulurkan oleh lelaki itu.

"Alamak, habis tu macam mana?",kedengaran suara gusar daripada seorang staf yang tidak jauh daripada tempat Feeya berada. Beberapa lagi staf yang berada di situ juga sudah naik cemas cuba memikirkan solusi yang boleh mereka lakukan ketika itu.

Feeya menghampiri mereka. Melihat baju team mereka yang bertulis 'prep wardrobe', sudah pasti ada sedikit masalah dalam hal persiapan model-model untuk peragaan nanti.

"Maaf menganggu, saya Feeya. Team stage manager. Ada apa-apa masalah ke ni?", tegur Feeya.

"Ada seorang makeup artist kami tak muncul-muncul lagi. Call tak angkat, mesej tak berbalas. Dah pukul berapa dah ni. Kejap lagi semua makeup artist ada briefing dengan pihak tajaan."

"Dia in charge untuk berapa orang model?",soal Feeya lagi.

"Tujuh orang termasuk I,masa 2 jam je untuk preparation... and that will be a disaster.",jawab salah seorang model yang sudah lama menanti tukang soleknya untuk datang.

Semua staf di situ mula merungut. Buntu nak menyelesaikan masalah itu. Mahu mengharapkan makeup artist yang sedia ada memang sudah tidak sempat. Setiap makeup artist mesti mengikut masa solekan yang ditetapkan sahaja. Cari pengganti? Takat mana nak mencari di akhir-akhir waktu ni?

"I boleh handle makeup I sendiri and a few more models. Tapi tujuh orang ni dalam masa 2 jam takkan sempat. Unless kalau ada lagi seorang yang boleh tolong kita.",model itu bersuara lagi. Dia menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan masalah itu. Mungkin sudah renyah menanti makeup artist yang menghilang secara tiba-tiba tersebut.

"Kalau macam tu, I boleh tolong.",Feeya sedia untuk membantu. Nak kata pro bab makeup tu tidaklah, tapi ada lah juga beberapa makeup style yang dia tahu sewaktu dia bekerja di sebuah syarikat kosmetik dahulu.

Model yang dikenali sebagai Maya Alyna itu kelihatan seperti ragu-ragu dengan kebolehan Feeya tetapi hanya mendiamkan diri sahaja. Malas mahu membuat onar sebab semua staf sudah berkerumun pada Feeya mengucapkan terima kasih atas bantuannya.

🌼🌼🌼

Masa persiapan untuk bersolek sudah bermula. Segala makeup supplies pantas dicapai Maya untuk solekan model yang pertama. Model kedua pula diurus Feeya yang masih sedikit kekok meletakkan bedak asas pada wajah model tersebut.

Jelingan tajam Maya serba sedikit menambahkan kegugupan Feeya. Seolah-olah sedang diadili dalam pertandingan ujibakat pula rasanya.

"Model kedua perlukan solekan 'smokey eyes', tahu kan?"

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now