Bab 1

9.4K 63 1
                                    

"Haziq Ryan bin Ahmad Kiran,aku nikahkan dikau dengan puteriku,Feeya Qaleesha binti Yussry dengan mas kahwin RM5000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Feeya Qaleesha binti Yussry dengan mas kahwin RM500 ringgit tunai."

"Sah."

Feeya tersenyum. Air matanya menitis dari birai mata hingga ke pipi nya. Dia dapat menggambarkan ibunya tersenyum,adik-beradiknya,rakan-rakannya,ibu mertuanya,keluarga mertuanya di sekelilingnya mengucapkan tahniah....Dan Haziq yang berjaya melafazkan akadnya.

Kemudian,tidak lama Feeya tersenyum keseorangan,dia menangis penuh kekecewaan. Segala gambaran bahagianya tadi hilang begitu sahaja.

Feeya rupanya di bilik tidurnya. Dia masih lagi menangis tanpa keruan. Dia menekupkan wajahnya pada bantal. Saat-saat diijabqabulkan 3 tahun yang lepas masih segar di ingatannya.

Tatkala menangis teresak-esak seperti sudah penat mengeluarkan air mata,pintu biliknya dibuka.

"Feeya...",Feeya mendongakkan kepalanya apabila terdengar seseorang memanggilnya.

"Ummi.......",balas Feeya perlahan umpama orang yang sudah putus harapan untuk hidup.

Ibunya mendekati Feeya.

Mereka saling berpelukan.

" Ini semua ujian hidup,nak...Ummi sentiasa ada dengan Feeya.",pujuk ummi Feeya.

"Ummi,apa salah Feeya? Kenapa Feeya kena hidup macam ni? Kenapa abang ceraikan Feeya sedangkan Feeya setia dengan dia!?", Feeya meluahkan segala soalan yang terpahat di buah fikirannya.

" Feeya,ini semua suratan takdir. Silap dia tak menghargai nilai kesetiaan Feeya. Ummi tahu Feeya tak bersalah pun tapi Feeya kena terima hakikat sayang....Allah sentiasa beri yang terbaik untuk Feeya kalau Feeya tabah. Tabah ye sayang?", ummi mengusap rambut Feeya dan mencium dahi anaknya itu.

Feeya mengeratkan lagi pelukannya dengan Ummi yang tersayang.

"Abang Haziq dah balik ke?", tanya Feeya yang masih ada sisa harapan supaya Haziq kembali.

" Dia dah balik,Feeya....Jangan mcm ni. Feeya kena kuat. ",Ummi cuba mengumpulkan semangat Feeya untuk tabah.

" Bila Feeya kuat hadapi semua ni,abang Haziq akan datang balik? Semua akan kembali kepada asal ke,Ummi?",soal Feeya.

Ummi hanya berdiam diri. Dia tidak tahu sama ada anaknya itu memang terlalu menaruh harapan terhadap Haziq ataupun memerli Ummi. Ummi tahu anaknya menanggung masalah yang amat berat. Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.

Yelah,dalam adik-beradik,Feeya seorang saja yang sudah bernikah. Yang si kakak sulungnya,Dhia Qaleeda masih tidak berkahwin kerana masih tiada jodoh. Tambahn pula dia kini masih sibuk dengan komitmennya sendiri.

Dhia tidak berminat untuk bercinta sebenarnya mungkin kerana dibuka tawaran kepadanya untuk melanjutkan pelajaran serta menjadi peguam bertauliah di sebuah syarikat guaman di Los Angeles 4 bulan lagi.

Neeysa Qamilea? Huh! Dia memang angan-angan bercinta dengan putera yang akan datang menceriakan hidupnya sedangkan umur baru sahaja menjangkaui 18 tahun.

____________

Makan malam sudah tersedia. Semua sudah memenuhi ruang meja makan. Hanya satu tempat duduk yang masih kosong.

"Feeya mana?", tanya Encik Yussry,merangkap kepada ayah Feeya.

" Dhia,pergi tengok adik tu kat atas. Panggil dia turun.",suruh Ummi kepada Dhia,kakak yang sulung antara tiga beradik ini.

"Okeyh,Ummi"

____________

Pintu dikuak sedikit.

"Feeya..", Dhia menjengahkan kepalanya masuk ke dalam bilik tersebut.

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now