Bab 2

9.7K 55 2
                                    

Kesedihan masih menghantui diri Feeya.

Fikirannya bercelaru tatkala jauh memikirkan tentang memorinya bersama bekas suaminya dahulu.

Memori cintanya bersama Haziq selama 3 tahun sudah terbuku dalam hatinya. Takkanlah dia mampu lupakannya begitu sahaja.

Feeya yang duduk di atas sofa bilik tidurnya ketika itu,bangun dan keluar dari biliknya.

Dia perlahan menuruni tangga dan menuju ke dapur.

"Eh,kak Feeyaaa..Kenapalah akak turun..Akak kan kena rehat...",tegur Neeysa yang meluru ke arah Feeya.

"Akak tak boleh duduk diam la Neeys... Kalau duduk diam-diam,banyak benda yang Akak terfikir.", kata Feeya sambil mencapai gelas dan membuka peti ais untuk mengambil sekotak jus oren.

Neeysa hanya mengangguk sedikit dan beralih ke ruang tamu.

" Mana yang lain,Neeys? Tak nampak pun?"

"Oh. Kak Dhia pergi market jap..Ummi dengan ayah pulak pergi kenduri rumah belakang,kenduri rumah Che Mah,tak silap..", jawab Neeysa yang leka menonton drama Korea favorite nya.

" Ohhh..."

"Uit,leka tengok drama China tu eh.", Feeya cuba untuk mengetepikan kisah sedihnya.

" Akak,ni bukan drama China,Ini drama Korea...Kdrama ok? Korean Drama..",terang Neeysa. Pantang apabila ada orang memperlekehkan trend kdrama nya itu.

"Hehehehe.. Akak tak pandai beza lah.... Semua kulit dorang fair... Tak fair lah camni.."

"Heiyaaaa,dah-dah la tu..Akak dah putih melepak macam Emma maembong dah. Meh jom layan drama nih.", pelawa Neeysa.

Feeya tersenyum. Namun,tiba-tiba sahaja senyuman nya bagai diresap sekelip mata.

"Feeya,Abang dah balik ni...",Haziq yang baru balik dari tempat kerjanya menyapa Feeya di sofa ruang tamu.

"Hmm",itulah jawapan Feeya yang leka menonton drama kesukaannya.

"Feeeee.....yaaaaa?",Haziq menyilangkan tangannya Dan memanggil nama isterinya itu sekali lagi.

"Ye,Abang. Jangan kacau Feeya tengok drama nih.",Feeya hanya melambaikan tapak tangan kirinya kepada Haziq walhal wajahnya masih bersemuka di hadapan kaca TV.

"Drama apa nih?",Haziq mencebik manja dan melayan sahaja kerenah Feeya.

"Drama cinta melayu le.. Best ni,meh la tengok skali.", Feeya menarik tangan suaminya supaya duduk di sebelah nya.

" Manja.... Yelah,tapi Abang kan........",Haziq pun duduk di sebelah Feeya dan mencuit pipi Feeya.

"Eeeeeee,bau busukla Abang ni.pergi mandi la.",kata-kata Haziq dipotong isterinya.

"Hah,itulah yang Abang cuba nak cakap ngan sayang.. Hehe."

"Abang nih...keje dekat office,tempat ada aircond pun balik bau macam baru main futsal."

"Kalau Abang taknak mandi? Malaslah....... Ngantuk..",mulalah Haziq ni bermanja dengan Feeya. Dia melentokkan kepalanya di bahu Feeya.

"Ish,mengadalah. Pergi lah mandiiii."

"Taknak"

"Ish,pergilahh."

"Jom mandi sama2?"

"Ishhh! Abang!"

_______________

"Akak?"

"Kak Feeya?"

"Akak. Nape nih?"

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now