BAB 8

5 1 0
                                    

Kereta yang dipandu oleh Furqan sampai ke sebuah rumah agam yang cantik dua tingkat. Di halaman depan rumah itu, dihiasi dengan pokok bunga mawar berbagai warna. Di sepanjang pagar rumah itu pula terdapat banyak sekali pokok buah-buahan tempatan seperti pokok durian, pokok manggis, pokok mangga dan banyak lagi membuatkan Ayralissa berasa kagum.

"Waahhh... cantiknya abang Aryan." Kata Ayralissa dengan nada teruja. Dia tidak pernah melihat halaman rumah yang luas dikelilingi bunga mawar. Di tengah-tengah halaman terdapat sebuah kolam air pancut dikelilingi pelbagai jenis bunga yang indah. Kelihatan beberapa ekor ikan sedang berenang di dalam kolam air pancut tersebut. Rumah papa Faiq pun tak seluas ini.

Keluar sahaja dari kereta, Ayralissa terus tersenyum lebar melihat sekelilingnya. Manakala Aryan, dia hanya melihat telatah adiknya yang over-excited itu. Terasa berat hatinya untuk menemui datuk dan nenek sebelah ayahnya itu. Sejak datuk dan neneknya mengetahui perkara sebenar tentang mummynya, mereka berdua terus meminta maaf kepada dia dan daddynya. Namun dia selalu mengelak dari menemui mereka. Ni pun hanya kerana daddynya yang memujuknya semalam. Kalau tak... memang tak la dia nak jumpa mereka.

Fikiran Aryan mula mengingati peristiwa semalam. Setelah makan malam, dia melakukan kerja sekolah di ruangan kerja daddynya sementara daddynya menyiapkan kerja-kerja pejabatnya yang dibawa pulang.

"Daddy, Aryan masuk tidur dulu." Ucap Aryan sambil menghabiskan air susu coklat di atas meja itu. Dato' Richard tidak mengizinkan dia meminum air kopi sepertinya kerana bimbang dia susah hendak tidur. Oleh kerana itu, setiap kali dia hendak menyiapkan kerja sekolah dengan daddynya, pasti daddynya menyuruh pembantu rumah untuk membuatkannya air susu coklat.

"Aryan, wait. Daddy ada benda sikit nak cakap dengan Aryan." Kata Dato' Richard. Dia terus mengalihkan tumpuannya kepada Aryan. Air kopi di atas meja diteguk sedikit.

"Nak cakap pasal apa daddy?" Tanya Aryan dengan sopan.

"Esok, daddy ingat nak bawak adik jumpa nanny and atuk. Jadi.. kalau boleh, daddy nak Aryan ada sekali dekat rumah nanny esok." Dato' Richard tahu, setiap kali dia mengajak Aryan ke rumah nanny Giselle dan atuk Darrick, pasti ada sahaja alasan Aryan untuk tidak mengikutnya ke sana. Dia tahu Aryan masih tidak dapat menerima apa yang bondanya lakukan terhadap Arlissa.

"Daddy... Aryan..." Aryan serba salah untuk menerima ajakan itu. Tidak tahu apa alasan yang patut diberi. Tambahan lagi, adiknya Ayralissa pasti mahu dia ada sekali.

"Daddy tahu. Camni lah. Apa kata Aryan ikut Uncle Huzair dan Uncle Furqan jemput adik esok. Daddy jumpa korang dekat rumah nanny. After that, we will go somewhere and playing together with adik. Is it okay?" Dato' Richard memberi cadangan. Tak sabar pulak rasa nak bertemu anak gadisnya.

"Tapi daddy..." Aryan serba salah. Nak pergi ke tak rumah nanny esok?

"Aryan, look. Semua orang buat salah and semua orang layak diberi peluang untuk tebus kesalahan diorang. Like me, like you, like nanny and atuk. Kita semua buat salah. Tak salah kalau kita maafkan diorang.

Tengok adik. Sejak kecik, dia tak pernah jumpa mummy. Tak pernah rasa macam mana kasih sayang mummy. Tak pernah rasa macam apa yang Aryan rasa masa mummy still with us. Adik tu, selalu kena dera dengan mama Sara. Tapi adik senyap je. Tak pernah nak bagitahu sape-sape yang dia kena dera.

Sedangkan Aryan, nanny dan atuk tak pernah pukul atau dera Aryan. Diorang cuma tak bagi Aryan jumpa mummy. Diorang tetap baik pada Aryan. Jadi cuba Aryan fikir, antara Aryan dengan adik, sape lebih menderita?" Kata-kata Dato' Richard seakan-akan membuka mata hati Aryan untuk berfikir tentang perkara itu.

"Okeylah. Aryan akan pergi rumah nanny dengan adik esok." Kata Aryan. Dia sedar apa yang dikatakan oleh daddynya itu betul. Oleh kerana itu, dia memilih untuk memaafkan mereka. Lagipun memaafkan orang yang buat salah dengan kita tu kan sifat nabi muhammad saw.

"Aryan masuk tidur dulu. Good night, daddy." Aryan menyalami tangan daddynya sebelum dia keluar dari ruangan itu.

"Abang... abang Aryan.." Kedengaran suara Ayralissa memanggil namanya sambil menarik-narik lengan kemeja putihnya menyedarkan dirinya daripada lamunan.

"Hah. Apa dik?" Tanya Aryan dengan nada terpinga-pinga.

"Abang ni... dari tadi lagi adik duk tanya abang. Daddy mana?" Ayralissa berasa teruja untuk menemui daddynya. Sejak tadi lagi, dia sudah melihat kawasan laman rumah itu walaupun tidak hampir kesemuanya. 'Luas betul rumah ni. Kalau main basikal dekat sini mesti best dengan Firash, Isyraf, Iqbal dengan Danish.' Ayralissa bercakap sendirian meninggalkan Aryan di belakangnya. Dia menuju ke arah Uncle Huzair yang memanggilnya di pintu utama rumah agam itu.

"Adik, tunggulah abang." Aryan terburu-buru mengikuti langkah adiknya itu. Terdengar suara adiknya mengomel namun kurang jelas.

Mereka bertiga baru sahaja hendak memberi salam ketika melihat ada sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumah agam itu.


Give me your loveWhere stories live. Discover now