BAB 18

4 1 0
                                    

Sinaran cahaya matahari perlahan-lahan mencelah masuk dari sebalik langsir jarang berwarna putih. Tirai langsir berwarna hitam pula sudah diikat di sisi kiri dan kanan tingkap.

     Aariz melihat ke arah jam di pergelangan tangannya. Waktu masih terlalu awal untuk membawa Ayralissa menemui ibunya. Punggungnya dilabuhkan di birai katil sementara matanya masih ralit melihat puteri kecilnya masih tertidur lena.

      Lingkaran hitam di bawah mata Ayralissa mengingatkannya tentang kejadian semalam. Rasa bersalah mulai menghimpitnya apabila melihat kanak-kanak sekecil itu menangis teresak-esak kerana ulahnya. Wajar bagi Ayralissa untuk sentiasa teringat akan rumahnya mahupun keluarganya.

      Buat pertama kalinya Mark terkejut melihat tuan mudanya tersenyum. Ish takkan bos aku ni pedofil pulak. Ish nauzubillah. Mark teringat akan sebuah buku novel inggeris yang selalu dibaca olehnya. Kisah seorang pedofil yang selalu menculik kanak-kanak dan menjadikan mereka sebagai hamba seksnya. Seram wei.

     Aariz mengucup dahi Ayralissa dengan lembut. Perlahan-lahan Ayralissa membuka matanya apabila merasakan ada kelibat di hadapannya. Namun dia menutupnya kembali sambil mengubah posisi tidurnya membelakangi Aariz.

      Aariz langsung tidak berasa marah. Dia tersenyum sebelum membangunkan Ayralissa dari tidurnya dengan perlahan-lahan. "Adik, bangun sayang. Hari ni kita nak jumpa ibu." Aariz menarik lengan Ayralissa dengan berhati-hati membuatkan gadis itu terduduk di atas katil.

       Ayralissa mengusap matanya tanpa mempedulikan Aariz yang berada di hadapannya. Saat dia memandang Aariz, dia terus ketakutan. Ingatan tentang lelaki itu memarahinya di ruang makan mula bermain di ingatannya. Salahnya kerana mengundang kemarahan lelaki itu. Kini dia takut untuk berhadapan dengan lelaki itu.

      Lelaki itu tersenyum melihat ketakutan yang terpancar di kedua belah bebola mata gadis itu. Meskipun rupa Ayralissa seiras adiknya namun tidak dengan mata dan warna rambutnya. Rambut adiknya berwarna hitam pekat begitu juga matanya. Malah mata adiknya memancarkan kesedihan. Tiada semangat mahupun keceriaan seiring dengan penyakit Luekimianya yang kian parah.

      Mata Ayralissa pula berwarna hijau. Memancarkan berbagai macam kebahagiaan dan kesenangan. Namun jika benar gadis kecil itu bahagia, dari mana datangnya bekas-bekas luka yang mengerikan di tubuhnya?

      "Takut?" Aariz membetulkan anak rambut Ayralissa yang menutupi wajah manisnya. Bagai satu keseronokan pula melihat Ayralissa hanya menundukkan wajahnya kerana takut. Dia terus mendekatkan wajahnya dengan Ayralissa.

      "Maafkan abang ye." Kata Aariz sebelum memeluk Ayralissa dengan erat.

      Ayralissa tergamam seketika melihat pelukan lelaki itu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan namun pada masa yang sama, dia berasa kurang selesa dipeluk oleh lelaki itu. Akhirnya dia meronta-ronta membuatkan lelaki itu melepaskannya.

        Kepalanya ditundukkan semula. Takut kalau-kalau lelaki itu memarahinya lagi. Namun lelaki itu hanya tersenyum.

       "Adik pergi mandi dulu. Jap lagi abang bawak pergi jumpa ibu." Aariz mengucup dahi Ayralissa dengan lembut.

       "Ibu?" Ingatan Ayralissa terus ke arah Ibu Aisy. Satu-satunya insan yang dipanggil ibu olehnya hanyalah Ibu Aisy. Memikirkan itu membuatkan dia gembira. Bibir merah darahnya mulai membentuk seulas senyuman yang cantik.

       Aariz tersenyum melihat tingkah Ayralissa. Dia pun bingkas bangun dari katil lalu keluar dari bilik itu bersama Mark. Pagi ini dia terasa bersemangat setelah bertemu Ayralissa.

Ayralissa menikmati roti sandwichnya bersama Aariz. Aariz tersenyum melihat pipi Ayralissa yang comot itu. Dia terus mengusap kesan comot itu menggunakan ibu jarinya.

Give me your loveWhere stories live. Discover now