BAB 16

3 1 0
                                    

Perlahan-lahan Ayralissa membuka matanya menatap ke arah lelangit kamar. Silauan cahaya lampu putih membuatkan dia terpaksa menutup matanya semula.

      "Daddy...." Terasa serak suaranya saat memanggil daddynya. Dia berasa haus dan ingin meminum air untuk menghilangkan rasa dahaganya.

       Rasa keliru melihat ruangan bilik yang cantik dihiasi warna biru muda membuatkan dia bingkas bangun.. Suasana di dalam kamar itu seperti berada di dalam lautan. Gambaran lautan yang menghiasi dinding membuatkan dia tersenyum. Itu kegemaran dia hanya saja... dia tak pandai berenang.

      "Adik dah bangun?" Tegur seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu membawa sedulang makanan dan segelas susu untuknya.  Perlahan-lahan lelaki itu menghampirinya lalu meletakkan dulang yang dibawanya di atas almari kecil di tepi katil.

      Ayralissa melihat ke arah dulang. Dia tersenyum melihat roti sandwich dan sup cendawan kegemarannya ada di situ. Tapi... yerk. Kenapa mesti ada susu putih? Dia tak suka minum susu putih.

      "Pak cik ni sape?" Tanya Ayralissa tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh lelaki tadi.

     "Jangan panggil pak cik. Ni abang. Abang Airis. Airis adik kandung abang." Lelaki itu mengusap rambut Ayralissa dengan penuh kasih sayang. Dia menatap Ayralissa dengan penuh kasih sayang. Tadi dia telah pun memberi pelajaran kepada Mark dan Syafiq kerana menyakiti Ayralissa. Jangan harap dia akan melepaskan orang yang telah menyakiti adiknya.

      "Abang? Adik?" Ayralissa berasa semakin keliru. Siapa lelaki ini. Tiba-tiba sahaja memanggilnya Airis dan mengaku abangnya. Setahunya namanya Ayralissa dan dia langsung tidak mengenali lelaki ini.

     "Adik pergi mandi dulu, lepas tu makan jap lagi abang datang balik tau." Lelaki itu tidak ingin mengganggu kanak-kanak perempuan yang dianggap sebagai adiknya itu.

     Ayralissa masih keliru namun dia hanya menganggukkan kepalanya. Loket di lehernya dibuka menampilkan gambar keluarga kandungnya. Mummy, daddy dan abang Aryannya. Tapi di mana mereka sekarang? Keluarga angkatnya juga tiada di sini membuatkan dia merasa semua ini hanyalah mimpi.

Suasana tegang menyelimuti ruang tamu di rumah agam milik Encik Faiq, saat ini Encik Faiq tidak sanggup mengangkat kepalanya memandang dua insan yang duduk bertentangan dengannya.

       Manakala Puan Qaisara pula masih tidak dapat menerima lelaki yang dia anggap sudah mati selama ini telah muncul di hadapannya. Apa semua ni? Bukankah Richard sepatutnya sudah meninggal? Dan bukankah Arlissa menikah dengan suaminya selepas kematian Richard? Apakah maksudnya semua ini?

      "Macam mana? Macam mana kau boleh ada dekat sini? Bukan ke kau dah mati masa accident tu? Macam mana..." Puan Qaisara tidak tahu harus mengatakan apa. Dia bingung dan keliru dengan situasi sekarang. Is there anyone can explain to her what is going on here right now?

     Anak-anak Encik Faiq yang lelaki kecuali Luq'ai turut hairan melihat reaksi ibu bapa mereka. Apa kaitan Aryan dan ayahnya dalam hal ini? Yang hilang adik mereka tapi kenapa isunya seolah-olah bukan tentang Ayra sahaja. Apa yang disembunyikan dari pengetahuan mereka?

       Cassandra melihat ke arah Aryan. Dia tidak pernah melihat kanak-kanak lelaki setampan Aryan. Jika dilihat dari segi rupa Aryan dan ayahnya, macam tak percaya mereka anak dan ayah. Aryan memiliki rambut perang pucat dengan mata birunya yang diwarisi daripada mummynya. Manakala rambut dan warna mata ayahnya lebih kepada seperti Ayra. Eh, Ayra anak pak cik ni ke? Tapi pedulikan semua itu kerana dia lebih tertarik dengan Aryan. Senyuman manis dihadiahkan kepada Aryan namun tidak diendahkan oleh lelaki itu.

    Aryan lebih merisaukan adiknya. Baru beberapa bulan mereka bersama. Malah hubungan keluarga mereka bertambah lebih baik dengan perubahan mama Sally. Tapi kini, adik kesayangannya pula hilang. Macam mana dia tak sedih.

      Encik Faiq menyuruh anak-anaknya yang lebih tua pergi mencari Ayralissa. Manakala Cassandra dan Luq'ai disuruh bermain di dalam bilik masing-masing. Ini kerana hal di antara dia dan isterinya serta Dato' Richard bukanlah sesuatu yang patut diperkatakan di hadapan anak-anaknya.

      Dato' Richard menghela nafasnya sebelum memulakan bicaranya."Memang aku accident masa malam Arlissa kena kurung dengan ibu aku. Tapi aku tak mati. Yang mati tu orang yang langgar aku. Masa tu aku on the way balik dari Armsterdam. Aku tak tahu yang isteri aku dah mengandung masa tu. Bodohnya aku tak faham bila isteri aku cakap ada yang istimewa nak datang tak lama lagi. Sesuatu yang ditunggu-tunggu nak datang. Dan apa yang aku faham masa tu, mak mentua aku yang nak datang. Tu yang aku biarkan je.

      Malam tu, aku ditahan di wad beberapa hari. Keluar je dari wad, Arlissa dah lari dari situ. Aku cuba cari Arlissa tapi gagal. Sampailah orang bawahan aku jumpa Ayra. Dari situ aku tahu Ayra anak aku dan aku jumpa Faiq.

      Faiq, terima kasih sebab kau sudi tunaikan amanah terakhir isteri aku untuk jaga Ayra. Aku faham kau tak nak semua ni berlaku pada Ayra sekarang. Jadi aku tak akan salahkan kau. Aku dah suruh orang-orang aku untuk cari Ayra." Kata Dato' Richard dengan nada tenang. Awalnya dia memang marah saat mengetahui puterinya hilang tapi dia sedar. Semua ini bukan salah sesiapa. Lagipun yang terbaik untuk masa sekarang ini adalah bersama-sama mencari Ayralissa.

       "Wait. Jadi Ayra bukan anak abang dengan Arlissa? Ya Allah, abang. Apa yang saya dah buat selama ni?" Puan Qaisara berasa menyesal terhadap apa yang telah dilakukannya terhadap Ayra. Andai waktu dapat diulang kembali, pasti dia tak akan memperlakukan Ayra seperti itu.

       "Saya dah cuba untuk jelaskan benda ni pada awak. Tapi awak tak pernah cuba untuk dengar apa yang saya cakap. Awak hanya ikut perasaan cemburu awak tu. Sampai awak tak nampak kebenarannya." Encik Faiq turut kesal dengan apa yang telah terjadi. Namun dia sedar waktu tak mungkin berulang kembali.

       "Ya Allah, abang. Malunya saya selama ni pada arwah Arlissa. Dah macam-macam yang saya buat dekat Ayra, bang." Puan Qaisara menangis tersedu-sedu sambil dipeluk oleh suaminya.

     "Sudahlah tu Sara. Benda dah lepas. Nak dikenang pun tak guna. Sekarang kita kena bertenang. Berdoalah agar Ayra selamat." Ujar Dato' Richard sambil mengusap belakang Aryan yang kelihatan murung itu.

Give me your loveWhere stories live. Discover now