BAB 1

21 3 0
                                    

Pintu terbuka dari luar. Puan Qaisara melangkah masuk ke dalam stor itu. Terbit perasaan kasihan di hatinya apabila budak perempuan itu tertidur di lantai yang dingin dan sejuk. Kulitnya yang putih gebu juga sudah memiliki bermacam warna. Biru, merah, kuning dan ungu. Semuanya kesan daripada penderaannya terhadap budak kecil itu.

      "Kalau lah mak kau tak gatal nak kahwin dengan laki aku, mesti aku pun tak akan layan kau macam ni." Kata Puan Qaisara dengan nada perlahan.

      "Woi, bangun. Membuta je kerja kau ni kan." Jerkah Puan Qaisara dengan nada kasar sambil menarik telinga Ayralissa.

      "Mama sakit mama..." kata Ayralissa sambil mencuba memegang tangan Puan Qaisara di telinganya. Air mata kembali membasahi wajahnya.

       "Mama? Sape mama kau? Aku bukan mama kandung kau." Kata Puan Qaisara sambil menunjal dahi Ayralissa beberapa kali.

      "Mama..." Ayralissa menangis tersedu-sedu di situ. Dia tidak tahu kenapa mamanya sangat membencinya. Malah mamanya selalu mengatakan bahawa dia bukan anaknya. Kalau dia bukan anak mama dan papa, dia anak siapa?

      "Kau dengar sini? Papa baru je balik. Kalau kau mengadu apa-apa dekat papa, siap kau aku kerjakan. Faham!!!" Jerkah Puan Qaisara sambil mencubit-cubit lengan gadis itu.

      "Fa.. faham... mama sakit...." Ayralissa mencuba menepis tangan mama dari mencubit lengannya.

      "Kau pergi mandi, bersiap. Lepas tu turun jumpa papa." Kata Puan Qaisara lalu menolak Ayralissa ke lantai. Dia terus keluar dari bilik itu apabila terdengar suara suaminya memanggilnya.

"Ayralissa... meh sini sayang." Encik Faiq memanggil Ayralissa apabila melihat anak angkatnya itu sedang menuruni anak tangga bersama Puan Qaisara dan anaknya yang bongsu Luq'ai.

      "Papa..." Panggil Ayralissa dengan nada suara yang sedaya upaya cuba diceriakan.

      Encik Faiq terus mendukung Ayralissa apabila budak perempuan itu tiba di hadapannya. "Cantiknya anak papa ni." Puji Encik Faiq apabila melihat Ayralissa memakai baju gaun berwarna ungu muda dengan rambutnya ditocang dua. Sungguh cantik untuk dipandang.

      "Eh, kenapa dengan dahi Ayralissa ni?" Encik Faiq baru perasan akan luka di dahi Ayralissa yang sudah ditampal plaster. Malah dahinya juga panas menandakan bahawa puterinya itu demam.

      "Jatuh papa." Ucap Ayralissa dengan nada perlahan dan hampir-hampir tak terdengar pun.

      "Dia nakal sangat abang. Tu yang boleh jatuh. Abang ni macam tak kenal je perangai anak abang ni." Cepat-cepat Puan Qaisara bersuara. Dia takut jika suaminya tahu dia sering mendera Ayralissa. Malah luka di dahi Ayralissa pun dia yang buat.

      "Jatuh? Nakalnya anak papa ni. Mengalahkan abang-abang dia." Kata Encik Faiq sambil tersenyum memandang ke arah anaknya itu.

      Puan Qaisara hanya tersenyum tipis. Mujur suaminya itu tidak syak apa-apa. Malah seluruh kesan-kesan lebam di tubuh Ayralissa juga tidak kelihatan kerana gaun berlengan panjang separas buku lali itu.

       Tiba-tiba...

     "Mama ipu. Mama telalu putul tatak. Mama yang tolak tatak Ai tampai atuh." Kata Luq'ai dengan tidak berapa jelas bahasa melayunya.

      Encik Faiq terdiam mendengar kata-kata Luq'ai. Begitu juga dengan Ayralissa dan Puan Qaisara.

      Wajah Ayralissa dan Puan Qaisara juga sudah bertukar pucat. Ayralissa takut sekiranya Puan Qaisara akan memukulnya lagi manakala Puan Qaisara bimbang jika suaminya akan mengamuk macam dulu.

      Dulu, sewaktu Ayralissa masih dalam usia beberapa bulan, dia pernah mencampakkan Ayralissa begitu sahaja kepada suaminya yang waktu itu baru pulang kerja dan sedang berehat di kerusi luar rumah. Suaminya terus mengamuk sakan waktu itu. Dia masih ingat kata-kata suaminya saat itu.

       "Kau dah gila? Kalau mati budak ni macam mana?" Kata Encik Faiq dengan marah saat itu. Baginya, Ayralissa adalah amanat berharga daripada Datin Tengku Arlissa Erdinia Sofea untuknya. Dia tidak rela jika terjadi sesuatu pada Ayralissa.

      "Kalau dia mati lagi bagus. Tak delah saya kena susah payah nak jaga anak abang dengan betina gatal tu." Kata Puan Qaisara yang tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di antara suaminya dan kawan baik mereka. Dia menyangka ibu Ayralissa merampas suaminya darinya membuatkan dia membenci Ayralissa. Lebih-lebih lagi apabila rupa paras Ayralissa serupa macam ibunya yang kacukan melayu-inggris kecuali matanya yang berwarna hijau emerald seperti ayahnya.

       "Jaga sikit mulut kau tu. Dengar sini, antara aku dan Arlissa tak de apa-apa. Kau je yang salah faham." Encik Faiq cuba untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.

      "Abang ingat saya percaya? Abang ingat saya tak tahu hubungan abang dengan betina tu? Ingat saya ni bodoh ke? Selama ni abang kata outstation, sebenarnya abang pergi jumpa bini abang tu kan." Nada suara Puan Qaisara sudah meninggi.

      Pang!. Satu tamparan melayang di pipinya.

      "Dengar sini, kalau aku dapat tahu kau berani buat apa-apa dekat dia, aku akan bawa semua anak-anak kita pergi sejauh-jauhnya sampai kau tak dapat jumpa kitaorang lagi." Kata Encik Faiq dengan tegas. Namun sebenarnya dia hanya sekadar mengugut. Gila apa nak tinggal bini dia sorang-sorang kat sini. Walau macam mana pun perangai isterinya, dia tetap mencintainya. Sape tak sayang bini oiii.

      "Abang!! Sebab budak ni, abang sanggup nak tinggal saya. Nak pisahkan saya dengan anak-anak kita." Puan Qaisara sungguh terkejut mendengar kata-kata suaminya.

       "Ya. Memang aku sanggup." Kata Encik Faiq lalu berlalu pergi dari situ membawa Ayralissa yang menangis teresak-esak.

Give me your loveWhere stories live. Discover now