BAB 15

5 1 0
                                    

Kedua penculik Mark dan Syafiq membawa Ayra kepada bos mereka berdua. Syafiq mendukung Ayra seperti memikul guni beras melalui lorong yang gelap itu. Dia langsung tidak kesulitan membawa Ayra memandangkan Ayra masih pengsan. Sekali dilihat, Ayra kelihatan seperti hantu bersama darah yang tidak dibersihkan di dahinya.

      Dan kini mereka telah sampai di hadapan ketua mereka. Sedari tadi saat memasuki ruangan bawah tanah itu, mereka dapat merasai aura menakutkan berasal ketua mereka. Tidak perlu diteka, mereka juga sudah tahu apa yang akan diterima mereka jika tidak membawa orang-orang yang dimahukan.

      "Aku rasa aku cakap aku nak orang dewasa. Kenapa korang bawak budak ni?" Lelaki yang membelakangi mereka itu perlahan-lahan memusingkan tubuhnya menghadap pekerjanya. Di tangannya terdapat sebilah pisau yang sedang dimainkan tanpa rasa kekok.

     "Memang bos. Tapi dari tadi kita orang pusing-pusing kawasan itu tak de orang. Budak ni sorang je yang kitaorang jumpa." Jawab Mark sambil memberi isyarat kepada Syafiq agar meletakkan Ayra di atas meja di hadapan lelaki itu.

       Tangan lelaki itu terus terhenti dari memainkan pisau saat menatap wajah Ayra. Seketika, muncul sebuah memori sewaktu dia kecil dahulu.

        "Abang, adik nak makan aiskrim tu!"

       "Abang, sakit...!!! Tadi adik jatuh basikal. Hikss... hiksss..."

       "Abang, abang sayang adik tak?"

       "Abang sakit....!!!"

       Masih terbayang-bayang di matanya saat-saat akhir adik bertarung melawan penyakit Luekimia. Pada hari terakhir dia melihat senyuman adiknya. Hari itu, cahaya yang menerangi hidupnya seakan-akan pudar. Sirna bersama perginya puteri kecil kesayangannya. Membuat dia terpuruk dalam kegelapan bertahun-tahun.

      Melihat isyarat yang diberikan oleh bos mereka, Mark dan Syafiq memilih untuk keluar. Faham bahawa bosnya ingin bersendirian.

      Lelaki itu mengukir senyuman pahit. Seakan-akan tidak percaya dia dapat melihat budak perempuan seiras adiknya, Airis.

     Perlahan-lahan dia mengelus kepala Ayra dengan penuh kasih sayang. "Adik.." senyuman yang terukir di bibirnya menghilang saat melihat darah segar masih mengalir di dahi Ayra.

      Aura kemarahan terpancar di raut wajahnya yang kacak itu. Kedua tangannya terkepal dengan erat sebelum keluar dari ruangan itu.

Sesampainya Eriq dan Sandra di rumah, mereka langsung tidak melihat Ayra malah Luq'ai sendiri mengatakan Ayra masih belum pulang.

       'Aduh, manalah kau ni, Ayra?' Abang-abang angkat Ayra yang lain turut risau apabila mengetahui Ayra belum pulang dari sekolah. Nak cakap dia pergi ke rumah Ibu Aisy, selalunya dia mesti akan pulang ke rumah dahulu. Lagipun rumah Ibu Aisy selang beberapa buah rumah sahaja dari rumahnya.

      Elthan dan Ezril sudah pergi ke rumah Ibu Aisy dan kawan-kawan Ayra. Namun semuanya hanya menjawab tidak tahu.

       Mereka terus menghubungi Encik Faiq dan Puan Qaisara untuk memaklumkan perkara itu.

        "Eriq, macam mana boleh jadi macam ni? Bukan ke Ayra selalunya balik dengan kamu? Ni macam mana Ayra boleh tak ada dekat sekolah dia." Tanya Encik Faiq sebaik sahaja tiba di rumah.

       Sebentar tadi dia sudah menelefon Dato' Richard untuk bertanyakan keberadaan Ayra. Saat itu, dia langsung tidak berasa risau memikirkan Dato' Richard mungkin menjemput Ayra untuk keluar bermain dengan Aryan. Namun mendengar jawapan tidak serta beberapa soalan lain, dia terus pulang untuk memastikan hal ini.
    
      "Eriq, papa tanya tu kan. Eriq tak pergi jemput Ayra dekat sekolah ke? Macam manaAyra boleh hilang sedangkan dia duduk dekat sekolah tu dengan cikgu dan kawan-kawan dia." Soal Puan Qaisara pula bertubi-tubi. Selama ini dia dan suaminya beranggapan bahawa Eriq dan Sandra menjemput Ayra di sekolahnya.

       "Sebenarnya mama, Ayra yang selalu datang ke sekolah Eriq, bukannya Eriq yang jemput dia." Takut-takut Eriq menjawab membuatkan mereka terkejut.

        "Astarghfirrullahhal'azim Eriq, Ayra tu budak lagi dari Eriq tau tak? Kalau dah seumur sebaya Eriq dan Edzard ni pun mama dan papa masih risau, apatah lagi adik-adik kamu semua?" Puan Qaisara memijit kepalanya yang terasa pening.

      "Eii budak ni, kalau ikutkan hati aku dah lama dah mati kau hari ni!!" Jerkah Encik Faiq membuatkan Eriq ketakutan.

      Elthaan dan Ezril terus berusaha menenangkan papa dan mama mereka. Bukan mereka tidak geram dengan Eriq, namun marah semata-mata bukanlah jalan terbaik untuk dilakukan. Berfikir dan berusaha itu yang terbaik. Malah Edzard sendiri memilih untuk mencari Ayra sendirian tanpa bantuan sesiapa.

     "Sekarang ni apa yang kita patut buat?" Tanya Puan Qaisara kepada suaminya yang saat ini sedang mundar-mandir di ruang tamu.

      "Buat apa? Kalau kita nak report polis pun, tak sampai 24 jam lagi dan kita sendiri pun tak pasti mana Ayra pergi. Yang pasti, kita kena cari Ayra sampai dapat." Kata Encik Faiq. Sungguh pada ketika ini, otaknya terus blank untuk berfikir tentang apa-apa. Yang ada hanya fikiran negatif kian menguasai otak dia dan isterinya. Memikirkan anaknya mungkin diculik, diperkosa atau mungkin dibedah untuk mengambil organ dalaman.

      "Abang, macam mana kalau ada orang culik dia, ambil organ dia pastu jual dekat pasar-pasar gelap. Tak pun diorang suruh dia mengemis tepi jalan macam dalam tv tu." Puan Qaisara menyuarakan apa yang difikirkannya.

     "Mama, janganlah fikir macam tu. Mama cubalah fikir yang elok-elok pasal Ayra. Mungkin Ayra cuma pergi rumah kawan dia? Kawan yang baru je dia kenal. Mama pun tahu kan Ayra tu friendly dengan semua orang." Ezril mencuba menyedapkan hati ibunya walaupun dia sendiri tidak pasti akan hal itu. Mendengar kata-kata ibunya, dia sendiri pun takut.

      Baru sahaja Encik Faiq hendak menegur isterinya, terdengar bunyi loceng rumah ditekan membuatkan mereka semua berpaling ke arah pintu utama.

Give me your loveWhere stories live. Discover now