BAB 9

3 1 0
                                    

Kelihatan kelibat seorang wanita sedang asyik berenang di dalam kolam renang dengan hanya memakai pakaian renang. Dia langsung tidak segan silu berenang di situ bersama rakan-rakannya yang hanya memakai bikini.

"Eh, Sally. You tak pergi keluar dengan skandal you ka?" Tanya salah seorang rakan Sally yang berbangsa cina itu.

Saat itu Sally sudah pun sampai di anak tangga. Dia meraup wajahnya hingga ke bahagian kepala. Melurut rambut perangnya yang beralun itu. "No. Tak de mood." Jawab Sally dengan dingin. Hatinya masih sakit mengenangkan kata-kata ibu mertuanya semalam.

"Asal dengan kau ni? Angin tak de. Puting beliung pun tak de. Bad mood je. Asal? Gaduh dengan Alex lagi ke?" Tanya Mona pula.

Sally menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah keluar dari kolam itu. "It's not about Alex. Ni pasal mak mertua aku tu." Dicapai tualanya berwarna biru muda lalu dia mengelap wajahnya dengan kasar.

"Ooo, I know. Ni mesti mak mertua kau tu brainwash kau cukup-cukup kan?" Kata kawannya yang berbangsa cina tadi, Mei lin. Soalan yang sudah dapat diteka jawapannya.

"Arghh... serabutlah aku cakap pasal dia. Jap lagi teman aku pergi shopping. I need to relax my mind from thinking what she said to me last night." Kata Sally dengan nada tertekan. Dia memang tak suka mendengar suara pujukan, teguran atau apa-apa saja kalau dah bad mood.

Kawan-kawan Sally tersenyum mendengar kata-kata Sally. Ini kerana Sally pasti akan membelanja mereka semua.

Sementara itu, Dato' Alex turut tiba di rumah ibu bapanya bersama tiga orang anaknya.

Semalam, Dato' Richard mengatakan bahawa dia ada sesuatu yang hendak diberitahu kepada mereka semua. Apabila ditanya, Dato' Richard hanya mengatakan kau datang je dulu, nanti kau tahu la.'

Dato' Alex mengendong Emir sambil keluar dari kereta bersama dua orang lagi anaknya.

"Jom kita pergi." Kata Dato' Alex setelah mereka bertiga keluar.

Bawahan Dato' Alex pun menutup pintu bahagian belakang sebelum memandu kereta ke bahagian garaj.

"Eh, Aryan. Kau pun ada kat sini?" Kata Eizlan apabila melihat Aryan ada di situ bersama bawahan Dato' Richard. Namun yang peliknya sape budak perempuan sebelah dia ni.

"Hai abang Aryan." Sapa Eunice, adik Eizlan yang berumur 4 tahun. Sebaya dengan Ayralissa.

Seperti Eizlan, Eunice dan Dato' Alex turut berasa pelik dengan kehadiran Ayralissa di situ.

Dato' Alex melihat wajah Ayralissa yang menyerupai wajah ibunya. Hanya saja, rambut dan warna matanya lebih mirip dengan dia.

"Assalamualaikum, pak cik." Ayralissa menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Dato' Alex.

Dato' Alex menjawab salam sambil menyambut huluran tangan Ayralissa. "Ni siapa Aryan?" Tanya Dato' Alex.

Aryan tersenyum sebelum turut menyalami tangan Dato' Alex. "Adik, ni Papa Alex. Pak saudara kita." Kata Aryan membuatkan semua yang ada di situ terkejut kecuali Huzair dan Ayralissa

"Adik!!!??" Kata Dato' Alex, Eizlan dan Eunice serentak.

Belum sempat untuk memberitahu lebih lanjut, Dato' Richard keluar dari dalam rumah. "Dah sampai dah semua?" Sapa Dato' Richard. Dia sekadar tersenyum melihat wajah terkejut Dato' Alex.

"Daddy..." Panggil Ayralissa membuatkan Dato' Richard menundukkan kepalanya. Dia pun mendukung Ayralissa.

"Comel puteri daddy hari ni." Puji Dato' Richard sambil mencium pipi Ayralissa.

"Jap. Ni anak kau ke Richard?" Tanya Dato' Alex membuatkan Dato' Richard menganggukkan kepalanya.

"Bila masa kau kahwin lain? Tup-tup kata budak ni anak kau." Dato' Alex langsung tidak tahu bahawa adiknya itu mempunyai seorang lagi anak perempuan dengan Arlissa.

"Eh, mana ada aku kahwin lain. Ni anak aku dengan Arlissa. Aku pun baru tahu yang selama ni aku ada anak perempuan. Dah la jom kita masuk dulu. Jap lagi aku citer." Kata Dato' Richard sebelum masuk ke dalam rumah.

Setelah masuk ke dalam rumah, Dato' Richard pun menceritakan segala-galanya kepada Dato' Alex, Mr. Darrick dan Mrs. Giselle yang turut terkejut melihat Ayralissa.

"Cantiknya cucu nanny ni. Ayra tidur sini malam ni tau." Kata Nanny Giselle sambil mengusap kepala Ayralissa. Melihat wajah Ayralissa pasti mengingatkannya kepada Arlissa. Dan sudah pasti, perasaan bersalah kepada menantunya itu pasti menghantuinya.

"Tak boleh la. Nanti kalau papa cari Ayra macam mana?" Tanya Ayralissa dengan polos. Hakikatnya bukan perkara itu yang dirisaukannya. Dia takut mama dia akan memukul dia lagi.

"Ala tak pe punya. Nanti suruh daddy bagitahu papa Faiq. Okey?" Kata Mr. Darrick sambil tersenyum.

Sedang Nanny Giselle mengusap lengan Ayralissa, lengan baju gaun yang dipakai oleh Ayralissa pun terselak sehingga menampakkan kesan lebam akibat dicubit oleh Puan Qaisara.

"Eh, kenapa dengan lengan adik ni?" Tanya Nanny Giselle membuatkan mereka semua terkejut. Mr. Darrick pantas memegang lengan Ayralissa lalu melihat luka lebam itu. Tidak cukup dengan itu, lengan baju gaunnya yang satu lagi turut diselak menampakkan beberapa kesan lebam yang lain.

"Macam mana adik boleh dapat kesan lebam ni?" Tanya Dato' Richard pula.

"Aa.. A.. Adik... adik jatuh." Kata Ayralissa sedikit tergagap-gagap. Dia tidak ingin menipu. Tapi kalau dia beritahu perkara yang sebenarnya, pasti mamanya akan memukulnya lagi. Dulu dia pernah memberitahu Ibu Aisy tentang perkara ini. Hasilnya dia dipukul dan dikurung berhari-hari di dalam stor. Ketika itu papanya berada di London atas urusan kerja dan adik-beradiknya yang lain dilarang daripada menolongnya. Mujurlah abang Edzard menolongnya dengan senyap-senyap memberinya makanan pada waktu malam.

"Jatuh???" Semua orang yang berada di situ kecuali Ayra, Eunice dan Emir sahaja yang tidak terkejut.

Dato' Richard langsung tidak mempercayainya sama sekali. Dia tahu Puan Qaisara sering memukul anaknya namun, dia tidak ingin memanjangkan hal itu di hadapan mereka semua. Perkara ini perlu diselesaikan di antara dia, Faiq dan Qaisara sendiri.


Give me your loveWhere stories live. Discover now