BAB 2

16 2 1
                                    

Encik Faiq terkejut mendengar kata-kata Luq'ai.

       "Is it true, Sara?" Tanya Encik Faiq dengan tegas. Matanya merenung tajam ke arah isterinya yang tunduk memandang lantai. Muka isterinya saat itu memang tak payah cakapla, pucat lesi sehingga kalau ditoreh dengan pisau pun belum tentu keluar darah.

       "I.. I... I can explain about it, abang." Kata Puan Qaisara cuba membela diri. Gerun pula melihat renungan suaminya mengalahkan harimau nak bunuh orang.

      "It's not true, papa. Adik cuma salah faham. Actually, it's all my fault. Ai degil. So, that's why mama pukul Ai." Kata-kata Ayralissa membuatkan Puan Qaisara menarik nafas lega.

       'Fuh. Mintak-mintak laki aku percaya. Mujur kau cakap macam tu. Kalau kau berani mengadu hal yang sebenarnya dekat laki aku, memang lunyai kau aku kerjakan.' Kata Puan Qaisara di dalam hati. Dia melihat Ayralissa langsung tidak berani untuk melihat ke arahnya.

       "Betul ke ni, Ai?" Tanya Encik Faiq menginginkan kepastian.

       "Yes, papa. It's true. Papa janganlah marah mama." Kata Ayralissa dengan nada perlahan.

Di dalam sebuah ruangan pejabat yang sangat mewah, seorang lelaki berpakaian sut hitam berdiri di hadapan seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an yang mana merupakan bosnya.

       "So, macam mana dengan kerja yang saya suruh awak buat?" Tanya Dato' Richard kepada orang suruhannya.

       "Saya dah siasat. Isteri Dato', Datin Tengku Arlissa Erdinia Sofea dah meninggal namun anak kedua Dato' masih hidup. Ini hasil laporan yang saya berjaya dapatkan." Kata lelaki yang bernama Huzair itu lalu menghulurkan sebuah fail berwarna hitam kepada bosnya.

       "Anak?." Dato' Richard berasa hairan mendengar kata-kata orang suruhannya.

       "Ya. Dato' mempunyai seorang lagi anak iaitu Puteri Nur Ayralissa Cynthia Bella Euryllin binti Dato Muhammad Arion Richard Abdullah." Kata-kata orang suruhannya membuatkan Dato' Richard terdiam.

      Itu adalah nama yang dipilih oleh isterinya jika mereka memiliki anak perempuan. Tidak disangka, mereka benar-benar memiliki anak perempuan. Dengan tidak sabar, dia membuka fail itu.

      Di halaman pertama, dia terkejut apabila mendapat tahu selepas isterinya diusir dari rumah gara-gara fitnah yang disebarkan oleh kakak iparnya, isterinya hidup susah di kawasan setinggan. Sudahla saat itu isterinya mengandungkan puteri kedua mereka.

       Namun hatinya berasa lega apabila mendapat tahu isterinya ditolong oleh kawan baiknya, Encik Faiq Iqshal Ariffudin.

       Sewaktu isterinya hampir melahirkan puteri mereka, orang-orang upahan ibu bapanya sempat menangkap isterinya. Isterinya sempat dikurung dan tidak diizinkan untuk keluar ataupun meminta pertolongan. Tetapi isterinya akhirnya berjaya melepaskan diri dan pergi dari situ.

       "Di mana arwah isteri saya melahirkan?" Tanya Dato' Richard sambil melihat ke arah bawahannya.

      "Menurut orang-orang di kawasan setinggan itu, isteri Dato' melahirkan anak Dato' di rumah seorang bidan di kawasan tersebut. Namun selepas melahirkan, isteri Dato' meninggal dan anak itu dijaga oleh Encik Faiq." Kata Huzair membuatkan Dato' Richard terdiam.

       Di halaman seterusnya, terdapat beberapa keping gambar seorang budak perempuan memakai gaun dan bermain di taman bersama beberapa orang budak lelaki.

       "Is this is my daughter?" Tanya Dato' Richard menginginkan kepastian.

       "Yes, Dato'."

       "Sama macam mummy dia." Dato' Richard tersenyum apabila teringat akan arwah isterinya. Ralit dia melihat ke arah gambar anak gadisnya itu. Tiba-tiba, dia baru perasan akan kesan lebam dan luka di kawasan lengan dan dahinya.

       "How she can get all these bruises and injured at her head?"

       "Well, isteri Encik Faiq selalu dera dia." Kata-kata Huzair membuatkan Dato' Richard mengetap bibirnya.

       'Tak guna kau, Sara. Berani kau dera anak aku.' Dato' Richard mengepal buku limanya dengan erat.

       "Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu, Dato'." Kata Huzair dengan penuh rasa hormat terhadap Dato' Richard.

       Setelah Huzair keluar dari bilik itu, Dato' Richard menyandarkan badannya ke kerusi. Direnungnya gambar dia bersama isteri dan anak pertamanya, Muhammad Aryan Mikhail bin Muhammad Arion Richard Abdullah. Tanpa sedar, dia tersenyum sendirian apabila melihat wajah isterinya yang tersenyum.

       Dia teringat saat pertama kali dia berjumpa isterinya. Waktu itu, dia dalam perjalanan untuk ke klub malam. Tiba di suatu selekoh, dia hampir-hampir melanggar Arlissa. Terus dia menyumpah seranah Arlissa tanpa melihat wajahnya terlebih dahulu.

     "I'm so sorry, sir. I'm just try to save this cat." Kata Arlissa dengan penuh rasa serba salah. Dia hanya sekadar menunduk melihat ke arah kucing di pelukannya apabila memusingkan badannya menghadap ke arah lelaki itu.

       Dato' Richard tergamam seketika apabila melihat wajah Arlissa yang cantik bertudung litup itu. Tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu yang berlaku kepada jantungnya. Oh no, my heart is beating really fast. Is this mean I have been fall in love with this girl.

       Kedengaran pintu yang dibuka dari luar membuatkan Dato' Richard terkejut. Kelihatan seorang perempuan yang gedik dan seksi melangkah masuk ke dalam. Siapa lagi kalau bukan kakak iparnya, Datin Sally. Bukan orang putih okey, orang melayu. Ada ke patut nama Salina ditukar menjadi Sally. Ya, abangnya juga telah memeluk agama islam dan berkahwin setelah beberapa bulan dia memeluk agama islam dan berkahwin dengan Arlissa.

       Bunyi macam baguslah kan. Mesti korang ingat wife abang dia yang banyak membimbing abang dia tentang agama islam kan? Tapi sebenarnya abang dia yang kena membimbing Sally. Terbalik pulak kan. Sudahlah si Sally ni, tak cukup abang yang dia dapat, si adik pun nak jugak. Teruk bebenor perangai.

        "Sayang... jom teman I pergi makan. Laparla.." RengekDatin Sally yang sangat memualkan Dato' Richard.

       "Sorry, Dato'. Saya dah cuba halang dia tapi tak boleh." Kata PAnya.

       "It's so okey, Maya. Awak boleh sambung kerja awak balik." Kata Dato' Richard lalu meletakkan gambar yang dipegangnya ke atas meja.

      "Okey, Dato'." Maya akur dengan arahan bosnya. Kadang-kadang dia berasa kasihan melihat Dato' Richard dan berasa geram dengan sikap Datin Sally yang tergedik-gedik dekat bosnya itu. Tak padan dengan status isteri yang dipegangnya.

       Mujurlah saat ini abang Dato' Richard, Dato' Alex sedang berada di London atas urusan kerja. Kalau tak, nak je dia bagitau Dato' Alex tentang perkara ini. Biar padan muka si minah gedik itu.

Give me your loveWhere stories live. Discover now