BAB 12

4 1 0
                                    

Kedengaran suara kanak-kanak gembira sambil bermain bola di hadapan rumah agam milik Dato' Alex.

      "Ala... Adik... kenapa adik tendang  bola tu sampai keluar pagar?" Kata Aryan dengan nada mengeluh. Daripada tadi lagi Ayralissa asyik menendang bola ke arah luar. Hish.. ni la susah bila main bola dengan orang perempuan. Kan bagus kalau mummy lahirkan Ayralissa tu sebagai lelaki.

      "I'm so sorry." Kata Ayralissa dengan nada serba salah.

       "Pergi ambik bola tu!" Arah Eizlan sambil mengesat mukanya. Dilihat wajah Eunice sudah seperti wajah Ayralissa. Merah padam mengalahkan udang rebus. Topi di kepala adiknya diambil lalu dia membetulkan rambut adiknya yang serabai. Dia terus memakaikan topi itu di atas kepala adiknya semula.

      "Abang Eizlan.. adik panasla." Rungut Eunice sambil membuang topi di kepalanya. Air di tangan abangnya diambil lalu diminumnya.

      "Duduk sini." Eizlan menyuruh Eunice duduk di atas beranda itu sementara dia membuka kipas. Eunice terus mengibas-ngibas bajunya kerana panas.

      Sementara itu, Ayralissa pergi keluar rumah. Sewaktu dia hendak mengambil bola di tengah jalan itu, dia terpandang seorang wanita bertudung sedang memerhatikannya. 'Eh, macam kenal. Ni bukan ke..' Ayralissa langsung tidak perasan akan sebuah motosikal sedang menuju ke arahnya dengan laju. Semuanya berlalu dengan cepat apabila wanita itu meluru ke arahnya lalu membawanya ke tepi.

       "Ayra okey?" Tanya Datin Sally. Sikunya terasa pedih terkena tar jalan raya itu.

       Ayralissa masih tergamam. "Mama Sally."

       "Adik, adik okey?" Tanya Aryan dengan nada risau sambil menghampiri adiknya. Dibeleknya lengan Ayralissa kiri kanan begitu juga kepalanya.

      Eizlan dan Eunice menghampiri mereka bertiga. Eizlan dan Eunice terkejut melihat Ayralissa hampir dilanggar namun yang lebih mengejutkan adalah kemunculan mama mereka berdua.

       "Mama.." Eunice dengan perasaan gembira ingin menghampiri Datin Sally sebelum dihalang oleh abangnya. "Kenapa abang tak bagi adik dekat dengan mama?" Tanya Eunice dengan polos.

      "Tak payahla adik nak dekat dengan mama. Dia bukan mama kita. Dia tak pernah jaga kita pun." Kata Eizlan tanpa memandang wajah Datin Sally.

      Datin Sally terkedu mendengar kata-kata Eizlan. Tak dinafikan apa yang dikatakan oleh anaknya itu betul. Usahkan menjaga, sentuh pun tak pernah. 'Kejamnya aku ya Allah sebagai seorang ibu.'

      Eizlan mengambil bola manakala Aryan menolong Ayralissa untuk bangun. Saat itu mereka melihat kereta Dato' Alex memasuki kawasan rumah.

      "Eh, papa dah balik." Eunice bersorak gembira apabila melihat kereta ayahnya.

      Tanpa sempat untuk Eizlan menghalang, Eunice terus berlari ke arah kereta papanya. "Adik.." Eizlan cukup risau melihat adiknya berada di belakang kereta ketika kereta papanya itu mengundur sedikit ke belakang sebelum dimatikan. Menggeleng kepala sebentar Eizlan melihat perangai adiknya yang childish itu. Eh adiknya memang la childish sebab nama pun budak lagi. Baru umur 4 tahun. Aiyaaa..

      "Papa.." Eunice seperti Ayralissa apabila melihat orang yang disayanginya. Gembira macam setahun tak berjumpa.

      Dato' Alex terus keluar menyambut Eunice yang sudah tersenyum menantinya. Didukungnya anak gadisnya itu dengan gembira lalu mencium pipinya."Papa.. awalnya papa balik." Kata Eunice sambil mencium pipi papanya.

       Pandangan Dato' Alex tertuju pada isterinya. Dia berasa risau melihat siku isterinya yang berdarah itu namun dia hanya mempamerkan wajah datar. Sengaja tidak mahu menunjukkan betapa dia risaukan isterinya itu. Langkah kakinya dituju ke arah mereka semua.

        "Papa.." Eizlan bersalaman dengan papanya begitu juga Aryan dan Ayralissa.

       Dato' Alex menurunkan Eunice yang digendongnya lalu menyerahkan beg kertas yang dipegangnya kepada Eizlan. "Nah. Pergi ajak adik dengan Aryan dan Ayra main dekat taman. And you, we need to talk." Kata Dato' Alex kepada isterinya dengan tegas.

      Eizlan terus melakukan apa yang disuruh oleh daddynya manakala Datin Sally pula mengikut suaminya ke ruangan kerja mereka.

      "Waaa....." ucap Eunice dan Ayralissa serentak apabila melihat beberapa pistol air  di dalam beg kertas itu beserta peralatan memanah mainan.

       Mereka berempat terus mengambil pistol air itu sebelum pergi ke paip air untuk mengisi air ke dalam pistol mainan itu.

       "Hiyaaa... tembak..." Mereka terus saling menembak sambil ketawa riang.

       

Give me your loveWhere stories live. Discover now