BAB 11

8 2 0
                                    

Hubungan Dato' Alex dan Datin Sally kian renggang. Hampir seminggu mereka tidak bersua muka. Entah di mana isterinya berada pun dia tidak tahu. Atau lebih tepat lagi dia malas nak ambil tahu.

      Kedengaran ketukan pintu serta salam ketika Dato' Alex ralit melakukan kerja-kerjanya.

       "Er Dato', ni fail yang Dato' mintak tadi." Kata Liza sambil memegang fail itu.

      "Letak je situ." Kata Dato' Alex hanya menoleh sekilas.

      "Dato' tadi ada seorang lelaki nak jumpa Dato' masa saya nak masuk bilik Dato'. Dato' nak jumpa dia sekarang ke?" Tanya Liza dengan lembut.

      "Siapa?" Tanya Dato' Alex kembali. Kali ini dia memandang Liza.

      "Dia cakap nama dia Tengku Zaryl Afzan, pemilik syarikat Mega Citra Holdings."

      Mendengar nama itu, Dato' Alex terus teringat akan lelaki yang ditemuinya di pejabat agama bersama Sally. Nama yang sama. Apa lagi yang dia nak? Dato' Alex tertanya-tanya sendiri di dalam hati.

      "Suruh dia masuk!" Enggan berteka-teki, Dato' Alex ingin menemui lelaki itu.

        "Baik, Dato'." Liza terus keluar dari ruangan itu.

        Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki muda yang mungkin sebaya dengannya. "Assalamualaikum." Tengku Zaryl menghulurkan salam perkenalan. Waktu itu dia tidak sempat berkenalan dengan Dato' Alex kerana perlu menyelesaikan salah faham akan kejadian malam itu kepada isterinya.

     Melihat huluran tangan itu, Dato' Alex menduga kedatangan lelaki itu mungkin membawa maksud yang baik. Dia pun menjawab salamnya dan menyambut huluran tangan itu.

      "Ada apa kau datang ke sini? Aku rasa syarikat aku tak ada apa-apa hubungan dengan syarikat kau." Kata Dato' Alex tanpa memaksudkan apa-apa. Malah nada suaranya juga mendatar tanpa nada sinis mahupun sindiran.

      "Macam ni... aku datang ke sini untuk menjelaskan salah faham tentang malam tu."Tengku Zaryl menghela nafasnya perlahan-lahan. Bukan apa, dia rasa bersalah jika tidak memberitahu perkara sebenar. Baik dia mahupun Salina, semuanya salah faham.

      "Salah faham? Dah terang lagi nyata yang kau berdua-duaan dengan isteri aku di dalam bilik hotel tu. Celah mana yang salah fahamnya? Atau kau nak cakap ada orang cuba nak perangkap kau dan isteri aku? Tak pun, isteri aku yang cuba perangkap kau, macam tu?" Kali ini terdapat nada sindiran dalam bicara Dato' Alex. Sukar baginya nak terima yang semua ini hanyalah salah faham. Tambahan lagi, perkara ini sungguh mengaibkan keluarga mereka.

      "Tak. Semua yang kau cakap tu semuanya tak betul. Sebenarnya camni..." Tengku Zaryl menerangkan perkara sebenar. Walaupun reaksi yang diberikan Dato' Alex hanyalah di antara percaya atau tidak, dia tetap mengatakannya.

      Usai segala-galanya, Dato' Alex berdiam diri seketika. Tidak mengatakan apa-apa dan hanya berfikir.

      Tengku Zaryl berasa tenang setelah mengatakan hal sebenar. Dia tidak ingin meruntuhkan rumah tangga orang lain kerana masalah ini. "Aku harap kau dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik. Seelok-eloknya jangan sampai bercerai. Aku tahu dah banyak khabar angin tentang isteri kau. Walaupun dia bukan seorang isteri yang baik tapi dia tak pernah curang dengan kau. Dan sekalipun dia suka dekat adik kau sendiri, tetap tak akan ubah apa-apa kerana Dato' Richard tetap cintakan Datin Arlissa. Jadi aku rasa masih ada peluang untuk kau perbaiki hubungan kau dengan dia." Kata Tengku Zaryl.

      "Susah. Camne aku nak perbaiki hubungan aku dengan dia kalau dia pun tak ada apa-apa perasaan dekat aku. Untuk apa aku teruskan perkahwinan ni lagi. Daripada aku seksa dia baik aku bagi dia cari kebahagiaan dia sendiri." Perasaan Dato' Alex berbelah bahagi saat mengatakan hal itu.

       "Are you sure? Kau sanggup ke nak lepaskan orang yang kau sayang? Kau dah berjaya ikat dia selama 8 tahun, kau nak lepaskan dia camtu je? Mana perginya sifat sabar kau tu? Aku tak nak kau menyesal je lepas ni. Mana tahu dia betul-betul insaf kali ni. Semua orang layak diberi peluang kedua. Kadang-kadang kita tetap perlu bersama dengan orang yang dah banyak sakitkan hati kita walaupun kita tahu dia takkan berubah. Bukan untuk beri peluang kepada dia untuk sakitkan kita lagi tapi untuk tunjukkan pada dia, walau semua orang membenci dia, dia tetap ada kita untuk tolong dia.

       Terimalah isteri kau balik. Bukan bagi dia peluang untuk sakitkan kau. Tapi bagi peluang untuk perbaiki hubungan korang. Bagi dia peluang untuk jadi isteri yang baik untuk kau. Bimbing dia ke syurga. Kau sendiri tahu bahagia datang dari hati yang ikhlas mencintai. Mungkin ada hikmah semua benda ni jadi. Dan hikmah tu tak mustahil Allah nak bagi peluang kedua untuk hubungan korang. We never know with who, by what or how we gonna get our own happiness." Sedikit sebanyak kata-kata Tengku Zaryl menyentuh hati Dato' Alex.

      "Okeyla. Aku dah lambat ni. Kau fikirlah baik-baik. Aku pergi dulu." Kata Tengku Zaryl lalu bingkas bangun dari kerusi. Dia bersalaman dengan Dato' Alex sebelum keluar dari ruangan itu.

      Dato' Alex terdiam seketika sebelum meminta PAnya membatalkan semua appointmentnya hari ini. Briefcasenya diambil begitu juga handphone sebelum keluar dari ruangan itu.

      Rasa-rasanya dia sudah tahu apa yang patut dia lakukan saat ini.

    

      

Give me your loveWhere stories live. Discover now